Melalui perkahwinan, zuriat keluarga akan terus bersambung selain menambahkan bilangan umat Islam.
Perkahwinan campur membawa maksud perkahwinan yang melibatkan dua individu dengan latar belakang berbeza. Latar belakang yang berbeza ini termasuklah latar belakang agama, budaya, bangsa atau kewarganegaraannya.
Sebagai contoh, orang Melayu berkahwin dengan orang Cina. Orang Cina berkahwin dengan orang India.
1. Dapat mengenali budaya dalam masyarakat pasangan lantas mengukuhkan dan mengeratkan lagi hubungan antara kaum masing².
2. Bagi kebanyakan pasangan yang berkahwin campur, apabila sudah menjadi pasangan suami isteri, ia memberikan keserasian dalam kehidupan baru dan sekaligus mendorong pasangan ini untuk mengenali antara satu sama lain dan secara tidak langsung mereka akan memahami budaya serta tradisi pasangan masing-masing.
3. Ramai mempercayai bahawa hasil dari perkahwinan campur ini akan melahirkan generasi yang elok rupa parasnya, cantik dan kacak.
4. Dapat memperluaskan agama kita sebagai contoh kita boleh menarik pasangan kita untuk memasuki agama kita sekaligus kita akan dapat pahala.
5. Dapat mengenali sejarah negara, pasangan mereka mungkin akan tertarik dengan negara pasangannya.
6. Dapat mempelajari bahasa dan loghat pasangan. Mereka juga dapat memperluaskan bahasa mereka.
Pasangan yang saya minat adalah durian kimchi iaitu Ryzal Ibrahim dan Mariam You Narae kerana pasangan ini mempunyai tarikan yang tersendiri dan kelakar.Maryam pula gigih untuk mempelajari bahasa melayu dan loghat kelantan. Maryam juga mencuba memperbaiki penampilan diri sebagai seorang korean muslim.Ryzal pula suka menyakat isterinya .
Perbezaan budaya bukanlah penghalang.