BAGI anda yang pernah ke Times Square, New York di Amerika Syarikat atau pernah menonton filem-filem luar negara yang memaparkan suasana di sekitar lokasi itu, pasti dapat menggambarkan betapa besarnya papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) di sana.
Kebiasaannya, bukan calang-calang jenama atau wajah yang dipaparkan di sana.
Selepas Yuna, Layla Sania, Dolla dan Iman Troye,Vanessa Reynauld, Tok Ti juga turut menghiasi iklan digital tersohor, Times Square, New York, Amerika Syarikat.
1. Yunalis Zarai
1. Yunalis Zarai
Penampilan Yuna di papan iklan Time Square bukan sekali, bukan dua kali tetapi tiga kali! Kemunculan pertama Yuna di papan iklan adalah pada 2016 dan sekali lagi pada 2018 ketika dia mempromosikan albumnya “Rogue”.
Penampilan terakhirnya adalah pada 2020 apabila dia dipilih sebagai wajah kempen “Akar Kami, Bunyi Kami” Spotify.
Foto : @YUNAMUSIC
2. Layla Sania
Penyanyi baharu, Layla Sania menjadi selebriti Malaysia kedua selepas Yuna yang dipaparkan menerusi papan iklan digital gergasi di New York Times Square, Amerika Syarikat
Tergamam melihat imej sendiri terpamer di sebuah mercu tanda kota metropolitan tumpuan dunia tersebut, penyanyi berusia 19 itu berkata, tidak menyangka wajahnya boleh terpilih untuk disaksikan dunia untuk promosi kempen EQUAL anjuran platform penstriman muzik Spotify.

Foto : @LAYLASANIA
3. Dolla
Kumpulan gadis Malaysia Dolla telah membanggakan negara selepas dipaparkan di Papan Iklan NY Time Square pada tahun 2021.
4. Aina Abdul
Penyanyi kelahiran Johor, Aina Abdul juga telah menghiasi skrin Billboard NY Time Square pada Mac tahun ini. Penyanyi lagu “Cahayamu” dipilih untuk kempen Spotify EQUAL mewakili Malaysia.
3. Dolla
Kumpulan gadis Malaysia Dolla telah membanggakan negara selepas dipaparkan di Papan Iklan NY Time Square pada tahun 2021.
Foto : DOLLA.OFFICIAL
4. Aina Abdul
Penyanyi kelahiran Johor, Aina Abdul juga telah menghiasi skrin Billboard NY Time Square pada Mac tahun ini. Penyanyi lagu “Cahayamu” dipilih untuk kempen Spotify EQUAL mewakili Malaysia.
“Bergabung dengan beberapa pemuzik feminin terbaik untuk kempen pemasaran EQUAL tetap terasa nyata bagi saya! Ke satu lagi pencapaian!” dia berkata.
5. Iman Troye
5. Iman Troye
Iman Troye mencipta fenomena tersendiri lewat lagu ‘Teman’ yang sehingga kini telah meraih 45 juta tontonan di laman YouTube. Lagu Hari Rayanya ‘Pejam Celik Hari Raya’ juga telah mendapat tontonan sebanyak 11 juta sejak dilancarkan Aidilfitri lalu.
Penyanyi muda Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin yang lebih popular dikenali sebagai Iman Troye menjadi artis Malaysia berhijab ketiga untuk muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.
Penampilan Iman yang mewakili negara Malaysia pada papan iklan terkenal itu adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify. EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.

Foto : @IMANTROYE
6. Vanessa Reynauld
Penampilan Vanessa mewakili Malaysia di papan iklan terkemuka adalah sebahagian kempen EQUAL oleh platform penstriman digital, Spotify.
6. Vanessa Reynauld
Penampilan Vanessa mewakili Malaysia di papan iklan terkemuka adalah sebahagian kempen EQUAL oleh platform penstriman digital, Spotify.
Vanessa menjadi artis kelima dari Malaysia yang fotonya dipaparkan di papan iklan digital gergasi itu. Ia adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital, Spotify.
Foto : @VANESSAREYNAULD
7. Dato' Seri Siti Nurhaliza
Penampilan Dato' Seri Siti Nurhaliza mewakili negara Malaysia pada papan iklan ini adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.
Foto : @CTDK
EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia. EQUAL juga merupakan program global yang dibawakan dalam memupuk ekuiti atau mengetengahkan penglibatan artis wanita di seluruh dunia.
Secara kesuruhan terdapat 35 senarai penggiat industri seni EQUAL yang merangkumi artis dari lebih 50 buah negara.
Semoga semakin ramai lagi artis Malaysia dapat pendedahan dan pengiktirafan antarabangsa begini di masa akan datang.