8 Langkah Kejutkan Anak Bangun Daripada Tidur Dengan Tertib

Mengejutkan anak bangun daripada tidur sememangnya suatu cabaran bagi ibubapa. 

Bila dikejutkan dengan cara tak betul pasti ada adegan menangis, marah-marah dan segalanya menjadi lambat, dan merosakkan mood hari itu. kesudahanya kita lambat bergerak ke tempat kerja, anak-anak juga lambat ke sekolah.


Dan yang paling kita tidak mahu, kesan negatif pada anak dengan kemarahan kita.

Sebaiknya nak kejutkan anak atau seseorang daripada tidur pun ada caranya. Kalau tak kena caranya boleh lain jadinya. 
Jadi jom kita selongkar cara atau adab membangunkan anak yang tidur, anak yang masih bayi, kanak-kanak , remaja atau dewasa.
 
1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur. "Assalamualaikum anak ibu, jom bangun".

2. Sentuh ujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.

3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.

4. Kalau masih belum bangun, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.

6. Bangunkan sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.

7. Setelah anak bangun, usap kepalanya sambil berucap dengan lembut agar ia mandi, sholat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

8. InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan otak yang cerdas karena dibangunkan dengan penuh kasih sayang.

Tip Agar Anak Bangun Dengan Sendiri

1. Untuk anak-anak 5 tahun ke atas , kita boleh latih mereka berdikari sendiri seperti sediakan jam loceng mereka dan letakkan berdekatan tempat mereka tidur :).



2. Latih anak supaya tidur awal waktu, sesetengah anak-anak , sukar bangun pagi di sebabkan masih mengantuk sebab tidak cukup waktu tidur. contohnya pada jam 10 malam, kita tutup semua lampu, tv, simpan permainan dan sebagainya.

3. Elakkan minuman berkafien di malam hari, seperti kopi, selain itu, minuman berkafien ini pun tak berapa elok kan :).

4. Buatkan sarapan kegemaran anak. ketika kejutkan mereka. informkan sekali " ibu ada buatkan makaroni goreng dengan air teh untuk nuha, sedap sangatt. lambat bangun habis :) " .. haa tetapi pujuk.

Semoga bermanfaat.

Kredit : Kun Anta

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post