10 Tip Tanam Pokok Daun Sup Tahan Lama & Subur Gebu Daripada Cikgu Kebun

Bagusnya cikgu ni, dia ajar satu2 cara berkebun, bercucuk tanam dan jaga pokok, free je! banyak tips2 berguna untuk jaga pokok, tanam pokok dan gemokkan pokok! terbaik Cikgu Kebun (CK), kepada yang suka menanam pokok, dari pokok sayur, pokok hiasan dan pokok buah-buahan boleh follow Cikgu Kebun ni, dia banyak share mcm2 ilmu. terbaik sangat!

  
Ini antara tips dari CK yang min jumpa antaranya : 
Tip tanam pokok Daun Sup dari biji benih. Ramai orang gagal tanam pokok daun sup ni tapi pokok ni ramai org suka sebenarnya.

CK juga ada kongsikan tip mudah bagaimana nak tanam pokok ni. Pokok daun sup untuk bagi tahan lama dan subur gebu kita kena semai dia dengan biji benih.

Selalunya orang akan beli pokok sup di pasar dan tanam dia semula. Tapi pokok tak dapat hidup lama. Last2 kita kecewa.
Jadi CK cuba bantu hangpa bagi berjaya tanam pokok daun sup.. raya korban dah dekat ni..hangpa mesti nak masak sup daging kan nanti..hehe

1. Step awal hangpa kena semai pokok ni guna tanah yang sesuai, selalunya CK semai guna tanah peatmoss ada banyak jual kat pasaran.

2. Hangpa cari satu pasu yang besar sikit, isikan tanah peatmoss ni.

3. Kemudian hangpa tabur sahaja biji benih tu macam tabur dedak bagi ayam makan..biar banyak sikit tak apa..

4. Lepastu siram dan letakkan pada tempat yang redup.

5. Jaga kelembapan air peatmoss tu sehingga biji benih bercambah. Selalunya ambil masa 2 minggu ke atas.

6. Bila bercambah dedahkan biji benih pada cahaya cerah secara berperingkat.

7. Buat pemindahan biji benih selepas biji benih mula keluar daun untuk bagi ruang pokok membesar.

8. Mulakan dengan pembajaan yang betul, CK guna baja wangi serbuk tabur pada akar dan sembur pada daun pokok tersebut.

9. Buat kawalan serangga dan kulat secara konsisten pada setiap minggu dengan guna Cuka Kayu dan Bio Control organik...

10. Bila pokok dah besar hangpa jangan cabut pokok tersebut. Tapi ambil satu persatu daun yang hangpa nak guna untuk masak. insya allah pokok boleh tahan lama jika betul2 jaga step2 diatas....
Kalau korang nak belajar cara tanam pokok-pokok ni bagi berjaya subur cantik, Macam mana cara pembajaan, kawalan serangga dan teknik tanaman yang betul supaya hangpa tak "give up", Insya allah korang boleh belajar bersama cikgu kebun di TikTok cikgu kebun, page Gardening by Cikgu Kebun dan YouTube channel Cikgu Kebun.

Macam-macam CK kongsi ilmu penanaman dalam tu, hangpa boleh belajar slow2.

Kalau korang yang minat pokok2 indoor plant boleh join Group Indoor Plant Lover Malaysia.

Korang belajar2 lah menanam, boleh jimat2 duit dapur dengan ekonomi sekarang ni boleh follow CK ni kt sini :

Kalau korang nak pergi kursus bayar mahal, baik belajar dgn CK ni dari media sosial dia je, banyak ilmu2 berguna dia share! cepat follow dia skrg!

Sekian

Kredit : CikguKebun

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post