3 Sebab Kenapa Filem 35MM Tidak Ditayangkan Di Panggung Wayang Tetapi Di Astro First

Supertele filem terbaru bertajuk 35mm hasil karya youtuber terkemuka Syazmi Sazli bergandingan lagi bersama Yoh Paree, Asif Suhaimi akan menemui penonton bermula 21 Jun 2022 (Khamis) menerusi pawagam rumah anda di Astro First.


Filem 35mm tak masuk dalam pawagam, ini jawapan Syahmi Sazli .Selepas berjaya mencipta fenomena melalui filem sulung Mael Totey The Movie sehingga meraih kutipan RM6.4 juta, Muhammad Syahmi Sazli kini tampil dengan karya terbaru yang akan ditayangkan tidak lama lagi.


   Ramai yang menimbulkan pertanyaan mengapa filem kedua kali ini tidak ditayangkan di pawagam selepas pawagam sudahpun pembukaan kapasiti penuh penonton.



Susulan itu Syahmi menerusi hantaran Facebook menjelaskan ada beberapa faktor yang menyebabkan filem keduanya tidak dapat ditayangkan di pawagam antaranya mengambil kira tempoh menunggu untuk ditayangkan yang lama.

“Pertamanya, filem ini Mi deal tahun lepas lagi dengan pihak penerbit dan kru produksi. Kontrak dan bayaran semua berdasarkan tayangan Astro First. Bayaran untuk kru talent semua kena ditambah lagi kalau kita tukar tayangan di pawagam.

“Keduanya, masa Mi berurusan nak buat filem ini, pawagam masih lagi belum dibuka untuk 100 peratus kapasiti dan harus berjarak.

“Selepas selesai penyuntingan baru-baru ini baru keluar SOP baru yang pawagam sudah boleh masuk 100 peratus kapasiti. Bermakna kami sudah terlambat.

“Ketiga, untuk tayangan pawagam, ambil masa yg boleh tahan lamanya. Antara sebabnya adalah kena tunggu giliran. Kalau filem 35MM ini nak tayang pawagam, mungkin paling awal pun tahun depan atau 2 tahun depan,” jelasnya.




Justeru itu Syahmi berkata, dia dan pihak penerbit putuskan untuk tayang di Astro First walaupun karya ini memakan kos sebanyak RM1 juta.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post