"SINDROM RAMSAY HUNT"
Baru-baru ni, Justin Bieber (JB) umumkan dia terpaksa tangguh konsert jelajah dunianya. JB sebenarnya sedang alami kelumpuhan di sebelah mukanya, akibat kondisi yang dinamakan sindrom Ramsay Hunt.
Sindrom ini hanya berlaku kepada orang yang pernah mengalami cacar air(chicken pox). Ini kerana ia disebabkan oleh jangkitan virus varicella-zoster, iaitu virus yang sama yang menyebabkan cacar air dan kayap (shingles).Justin Bieber via Instagram: "IMPORTANT PLEASE WATCH. I love you guys and keep me in your prayers"
— Justice Tour Updates (@JusticeTourNews) June 10, 2022
pic.twitter.com/itS0nrsq94
Selepas seseorang pulih dari cacar air, sebahagian virusnya akan kekal di saraf. Ia kemudian boleh aktif kembali. Jika ia berlaku di saraf rusuk, maka ia menjadi kayap, manakala di saraf muka pula menjadi sindrom Ramsay Hunt.
Secara teori, pengaktifan virus itu semula berlaku kerana penurudan sistem imun. Sistem imun boleh menurun pada individu yang kurang zat, stress, warga emas, wanita hamil, serta penghidap kanser, serta penyakit kronik.
Sindrom Ramsay Hunt kelihatan yang hampir serupa dengan Bell's palsy, tetapi gejalanya lebih banyak, iaitu:

- Sakit telinga
- Pendengaran terjejas
- Kelumpuhan sebelah muka
- Ruam berlepuh (seperti kayap)
- Vertigo(pening berpusing)
- Kering mata dan mulut
Rawatan untuk sindrom ini adalah sama seperti rawatan untuk cacar air dan kayap:
- Ubat antiviral
- Ubat kortikosteroid
- Analgesik (tahan sakit)
- Terapi (fisioterapi dan carakerja) Lebih cepat dapat rawatan, lebih tinggi peluang pulih.
Pemulihan boleh memakan masa berbulan-bulan. Sebahagian besar pesakit pulih sepenuhnya, manakala selebihnya lagi mengalami kelumpuhan muka dan masalah pendengaran yang kekal.