#Belasungkawa, Selebriti Malaysia Yang Telah Meninggal Dunia 2022

Perginya sebutir bintang di dalam industri seni tanah air di tahun 2022, kita kehilangan insan seni yang bnyak berjasa dalam industri hiburan tanah air. 

Kepergian mereka pastinya dirasai.


Pian Cecupak
Pelawak Pian Cecupak atau nama sebenarnya, Mohd Rafik Abdul Rahman, yang berusia 51 tahun menghembuskan nafas terakhir jam 8 malam di rumah ibunya di Flat Sentul Murni, Taman Datuk Senu, Sentul.  



Amran Tompel
Pelakon dan pelawak terkenal, Amran Tompel menghembuskan nafas terakhir jam 4.37 petang.
Allahyarham Amran atau nama sebenarnya, Amran Aman Ramlie meninggal dunia pada usia 72 tahun.
Salam takziah buat keluarga. Al-Fatihah..

 

Aripah Damanhhuri
Allahyarham yang juga kakak kepada pelakon Normah Damanhuri sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Pada 23 April lalu, Allahyarham terpaksa ditidurkan selepas paras oksigennya menurun.
Aripah aktif berlakon sejak 1980-an dan pernah membintangi dua filem antaranya Senario XX dan 8 jam.



Hamid Gurkha
Pelakon dan pelawak Pak Hamid Gurkha telah kembali ke Rahmatullah jam 2.11 petang di HTAR
Doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

 


Adibah Noor
Penyanyi dan pelakon serba boleh, Adibah Noor meninggal dunia pada jam 7.45 malam Sabtu (18 Jun) di sebuah hospital swasta di ibu negara, setelah mengalami sesak nafas.

Khabar dukacita itu mula diketahui umum menerusi hantaran di akaun Instagram kenalan artis iaitu pelakon, Datin Emylia Rosnaida.




Aman Shah
Penyanyi dan pelakon, Aman Shah Abu Kassim disahkan meninggal dunia pada usia 68 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi jantung.




Bob Lokman

Mohd Hakim Lokman atau dikenali sebagai Bob Lokman, 58, yang meninggal dunia  akibat komplikasi jantung di rumahnya di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.




Al-Fatihah
Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa Allahyarham dan mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta tergolong ahli syurga.

Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post