100 Perkataan Bahasa Brunei Beserta Terjemahan Dalam Bahasa Melayu

Bahasa Brunei ada persamaan sedikit dengan dialek Sabah dan Sarawak. Perlu diingatkan juga ada perkataan yang sama tapi membawa maksud yang berlainan. Seperti di Malaysia, Brunei juga mempunyai banyak dialek contohnya Bahasa Iban, Bahasa Murut, Bahasa Kedayan, Bahasa Belait, Bahasa Bisaya, Bahasa Tutong dan Bahasa Dusun. 


Hari ini kita akan belajar bahasa MELAYU BRUNEI iaitu bahasa harian warga Brunei. Mari tah sama-sama belajar bekurapak Brunei. Mana lah tahu, jika kamu semua ada rezeki ke Brunei, kamu boleh kurapak sama mereka bahasa Brunei.

Jadi jom kita selongkar Koleksi perkataan dalam bahasa Brunei -  Bahasa Melayu

Kata ganti nama / diri

Aku = Saya
Kita / Biskita = Kamu
Kitani = Kita
Bisdia/bisdurang = Mereka
indung - ibu bapa
nini laki/perempuan - nenek lelaki/perempuan
Kaka - Kakak
mama/babu - ibu



Kata ganti nama tunjuk


Ani = ini
Atu = itu
Miatu = begitu
Miani = begini
camatu = macam itu
camani = macam ini

Perkataan asas


Awu = Ya
Inda = Tidak
Tah = Lah
Mun = Kalau
Bibiran = Celupar
Mengelimut = Mengumpat
Tampik = Belah
Usin = Duit
Gadung = Hijau
Tarukubi = Ungu
Indada = Tiada
Bangkawat = pelangi
Tambing = Sungai
Tabasan = Sawah
Menguyung = Menghalau
Payuk = Tangkap
Sangal = Sengal
Panyap = Kemas
Bejurit = Bersepah
Jarih = Letih
Limpang = Baring
Daras = Kuat
Damit = Kecil
Basar = Besar
Bekarih = Bersungguh
Belurih = Berhasil
Andang = Memang
Bekameh = Buang air kecil
Beria = Buang air besar
Ijap = Takut
Sasah= Cuci
Mengantak = Menjerang/Memasak
Alai = Sayang (panggilan)
Mua = Muka
Marung = Muram
Bida' = Hodoh
Ulah = Perangai
Birah = Kegatalan (perangai)
Apa ulah = Apa boleh buat
Parun,Tunu,Salai = bakar
Simpar = Libas
Sambat = pagi
Panggilan = Kenduri kawin
Tarabah = Jatuh
Tapuruk = Terperosok
Bajaur/Bajau (kedayan) = Berjalan-jalan
Cuik = piring kecil
Kudut = Piring Besar
Sasaban = Kayu pemotong makanan
Esbok = Peti Sejuk
Kepaingan = Kebiasaan
Kebuliyangan = Terkejut
Kurapak = Sembang
Ngalih = Penat
Palui = Bodoh
Sigup = rokok
Malabui = timbul
Gulayan = Sayuran
Batah = lama
Berinut = minta diri.
Mulih = Pulang
Bubut = kejar
Lusir = lari
Nyaman = sedap
Bisai = cantik,indah,baik
Linggang = lembik
Berantam = bergaduh
Menyeluru = mengejek
Buyuk = tipu
Kudut =pinggan
Awu = iya
Iskul = sekolah
Samak = semak
Licak = lembut
Piasau = kelapa
Biabas =jambu
Berinut = minta diri
Limpas = lintas,lalu
Kampis = nipis
Bangas = basi
Lakat = masih
Ingar = bising
Pelakian = boyfriend/Suami
Pebinian = girlfriend/isteri
Basing = tupai
Baie = khinzir
Kuyuk = anjing
Kilala = kenal
Sikui = tembikai
Kepayas = betik
Ambuk = monyet
Dian = lilin
Bekarap = bekelip
Dandam = rindu
Semberana = cuai
Lagau = panggil
Bepanggil/Menitir = kenduri
Memapak = mengunyah
Baibun = begurau
Menyasah = cuci kain
Pelacahan = takungan air di dapur atau parit
Kamah = kotor
Tuntul = siput sedut
Tekuyung = Siput
Dalus = lokan
Carik = koyak
Merakit = mendekatkan
Tuhut = lutut
Buntak = pendek
Mengalakari = menipu
Tejulayak = tersadong
Mengarabat = jatuh
Bekerabatan = bertempiaran
Pendidip = mancis
Bedudun = Berkunjung
Aimulah = Arwah
Luan = Terlampau
Ingau = Peduli
Bagas = Bekas
Gauk/jajal = Nakal
Begual = Main muzik tradisional
Kalat = Tali
Takul = peluk
Kubak = Kopek
Lakap = Tertanggal
Takuladas = Terkupas
Rumpang = tiada gigi
Sumpak = sumbing
Melagur = berdentum
Lagur lakap = porak peranda,kucar kacir.
Kaban = peti
Celapa= tempat simpan sireh
Calap = Celup
Pencalap = pewarna
Aing = Air
Umoh = Serbuk pencuci
Gagawi = Sudip kayu
Lanjang = periuk
Tapuk = Sembunyi
Sandi = Teruk
Marak = Menyala

Sebenarnya banyak lagi perkataan harian yang digunakan.Insyaallah lepas ni akan ada lagi Word Brunei yang akan saya kongsikan.Biar pun sedikit kita pelajari tapi ianya bernilai. Bak kata pepatah brunei , Biar Sadikat Asal Palikat.

Kredit : kisahrissaziela

2 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post