Korang pun dah tahu kepentingan dashcam, Jom kita selongkar 8 tips khas ini untuk korang.
Dekat Shopee, Lazada dan platform-platform yang lain, korang boleh nampak ada banyak sangat pilihan dan harga pun berbeza-beza. Berapa bajet yang diperlukan untuk pasang dashcam ni?
Sebelum korang beli, korang kenalpasti dulu jenis dashcam, ciri-ciri dan model dashcam. Selepas itu, barulah korang boleh membuat perbandingan dengan lebih bijak dan pilih yang paling sesuai.
1. Kualiti dan Resolusi Rakaman DashcamHaa ini perkara pertama yang korang mesti check dulu. Dengan kualiti atau resolusi yang sesuai, korang akan boleh dapat rakaman dashcam yang lebih jelas.
Bayangkan kalau korang terlibat dalam kemalangan dan rakaman dashcam korang tak dapat mengenalpasti nombor plat kereta yang langgar. Rugi je nanti korang melabur duit untuk beli dashcam mahal-mahal.
Pastikan resolusi dashcam korang mempunyai sekurang-kurangnya 720P. Nak lebih elok, ambil yang resolusinya 1080 atau 2K.
Tapi korang kena ingat matlamat utama dashcam adalah untuk mendapatkan nombor plat dengan jelas bukan untuk rekod video paling cantik. Lagipun, lagi tinggi resolusi semakin tinggi memori dashcam korang nanti.
2. Night Vision
Waktu siang memang mudah untuk dashcam rekod perjalanan dengan jelas. Bagaimana pula dengan waktu malam?
Oleh itu, korang kena pastikan ada spesifikasi night vision dalam dashcam korang. Ia akan memastikan kualiti rakaman pada waktu malam berada dalam keadaan yang terbaik.
Lagi power kalau dashcam korang dilengkapi dengan High Dynamic (HD) Range. Korang akan mendapati rakaman video korang jauh lebih jelas waktu malam.
Penting untuk memastikan dashcam berfungsi pada waktu malam sebab waktu malam ni korang lagi berisiko untuk mengalami kemalangan. Lebih-lebih lagi kalau lalu jalan yang tak ada lampu dan kereta juga biasanya lebih laju kerana keadaan trafik yang tak begitu sesak.
3. Memori Dashcam
Rakaman daripada dashcam akan disimpan dalam kad memori. Untuk pengetahuan korang, semakin tinggi resolusi dan kualiti video, makin besar saiz video.
Korang boleh dapatkan 8GB, 16GB, 32GB, 64GB, 128GB dan banyak lagi. Seeloknya korang beli terus kad memori yang mempunyai saiz yang besar.
Pastikan juga kad memori dashcam korang tu boleh ditanggal dan diganti. Ini akan memudahkan korang untuk menyimpan video-video kalau korang nak.
4. LCD
Seterusnya, pastikan dashcam korang yang dilengkapi dengan paparan skrin LCD. Apa fungsi LCD ni sebenarnya?
Sebenarnya, LCD memudahkan korang untuk menetapkan arah rakaman pada bila-bila masa dan tonton rakaman video yang dirakam tanpa skrin komputer.
5. Parking Mode
dashcam keretaDashcam yang ada ciri parking mode ini lebih mahal berbanding dashcam yang biasa-biasa. Walau bagaimanapun, ramai yang berpendapat berbaloi untuk mengeluarkan kos tambahan untuk memastikan semua kejadian yang melibatkan kenderaan mereka direkodkan.
Dengan adanya parking mode, korang akan mengetahui apa yang terjadi pada kereta korang semasa korang tak ada dekat dengan kereta.
Selepas ini korang akan tahu punca kenapa kereta korang tiba-tiba calar atau ada kesan dilanggar semasa kereta korang tengah park.
6. GPS
GPS pada dashcam berfungsi untuk merekod secara automatik lokasi dan kelajuan kereta korang dalam rakaman video korang. Model yang datang dengan ciri GPS biasanya datang dengan perisian untuk melihat data yang dirakam.
7. Sambungan Wifi
Dengan mendapatkan dashcam yang mempunyai sambungan wifi, korang boleh terus tengok video dengan mudah melalui telefon pintar korang je!
8. Dwi Kamera
Pasang juga dashcam pada bahagian belakang. Korang boleh dapatkan rakaman sebagai bahan bukti kalau korang kena langgar dari belakang dan sebagainya