8 Pesanan Penting Buat Pasangan Yang Baru Mula Bercinta Daripada Tok Abah

Ini nasihat Tok Abah Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah buat pasangan yang baru nak mula bercinta menerusi laman Twitternya. Jom kita selongkar



1. Terlalu Posesif
Jangan bazirkan masa untuk hubungan yang penuh dengan sifat cemburu dan berpasangan yang kuat mengongkong.

2. Rasa Terabai
Jika kamu diabaikan, hormati keputusannya dan pergilah dari hidupnya.

3. Kalian tidak akan ada hubungan yang sihat jika berpasangan dengan si toksik. 
Fikirannya negatif dan dia akan perlahan-lahan memakan kamu. Kalau jumpa begini, cepat-cepat angkat kaki.
4. Berhenti duk mencari yang terbaik. 
Sekarang ini fokus untuk menjadi yang terbaik. Lelaki terbaik hanya untuk perempuan terbaik. Begitu juga sebaliknya.

5. Jika seseorang suka pada kamu, kamu sendiri akan tahu. 
Gerak hatimu akan nampak lenggok caranya yang meminatimu. Namun jika dia tidak suka pada kamu, kamu sendiri jadi was-was, keliru. Kalau sudah keliru, kamu sudah tak tetap hati. Jadi elak dari bertepuk sebelah tangan ya.

6. Jenis Cepat Down
Jika dengan menjaga dan mempertahankan diri sendiri membuat pasangan anda kecewa atau down, jadi biarkan dia down. Orang begini jenis tak faham hak orang lain.

7. Sayangi Diri Sendiri
Perasaan menyayangi diri sendiri itu perlu lebih kuat berbanding rasa cinta pasangan terhadap diri anda. Kerana cintanya boleh pudar. Namun cinta kamu pada diri kamu tetap utuh.

8. Hati-Hati 
Orang yang masuk ke dalam hidupmu umpama sejenis 'virus' yang mudah merebak. Dia akan hadir cepat dan meninggalkan kesan paling dalam sepanjang hidup kita. Maka kena hati-hati.

Semoga bermanfaat ya, nak.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post