Nasi goreng memang merupakan menu favourite ramai orang kerana simple dan mudah dibuat campak-campak pun jadi. Dalam banyak-banyak jenis nasi goreng, apa kata cuba nasi goreng Udang telur ni serius nampak mengiurkan daripada step by step foto in the making nya.

Buat yang rajin beli udang di pasar tu boleh la sekali sekali jadikan lauk dalam hidangan nasi goreng. Sedap wei utk breakfast pagi! Jom kita buat.
- Bawang putih
- udang
- 3 biji telur
- nasi
- Blackpepper
- Bawang (pilihan)
- Garam sedikit sahaja mengikut citarasa korang.
Jom kita start!
Masak bawang putih sekejap, Kemudian masukkan Udang yang dah dikopek.
Goreng sampai udang berbentuk C
Kemudian masukkan telur 3 biji. Jangan kedekut telur kalau nak sedap.
Biarkan sekejap baru dikacau telurnya.
Kemudian masukkan nasi
Gaul sebati semuanya
Dan masukkan bumbu blackpepper dan garam ikut citarasa sendiri.
Taraa...Tahu-tahu dah siap untuk dihidang
warna pun merah-merah tanpa letak sambal pun sebab dapat warna tu dari telur.
Selamat mencuba, Tengok gambar pun dah terliur
Lapar dibuatnya.
Kredit : Jom Masak