Kenapa Mesti Pergi MAHA 2022, Tarikan Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan

Ekspo Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2022 (MAHA2022) yang dianjurkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bermula pada 4 ogos sehingga 14 ogos 2022 selepas empat tahun tidak dianjurkan akibat pandemik.


Ekspo MAHA 2022 yang ditunggu-tunggu telah bermula dan berlangsung dari 4 hingga 14 Ogos 2022 dan waktu operasi 10AM-10PM. Ia bertempat di MAEPS, Serdang, Selangor dan bagi yang pernah ke sana tahu betapa besarnya ekspo ini.



Tema MAHA 2022

Tema penganjuran MAHA 2022 tahun ini adalah ‘sekuriti makanan untuk masa depan’ selari dengan cabaran yang dihadapi negara dan global masa kini.

Apa yang Ada di MAHA 2022, Jom kita selongkar antara tarikan yang terdapat di Ekspo ini

MAHA 2022 ni agak memenatkan kalau kita tak ready & tak research terlebih dahulu. So jom kita selongkar beberapa tip utk korang supaya tak ikut sama penat
 
Akan ada beberapa golongan yang pergi ke MAHA ni;
1. Ibubapa yg nak bawa anak dia jalan-jalan. Siap ada yg bawa anak dia dlm trolley camping.
2. Orang tua yg nak pergi tengok pokok-pokok, buah atau sayur ataupun ternakan. Yg ni aku sendiri tengok ada makcik tu usung Guinea Pig weh 
3. Remaja-remaja yg sukakan makanan. Memang heaven!
4. Ofcoz geng-geng korporat & bisnes yg nak cari peluang & 'tools' utk bisnes diorg.
5. Yang ni wujud, dak-dak single. Memang ada! Kesian makan sorang, pi jalan sorang, naik bas pun sorang.
  • Google map MAHA2022 dulu dan download, simpan dalam phone. Jangan cari dkt website, leceh & kekadang server down. So tengok je dekat Google tu. 2022 tau jangan salah!
  • Kenalpasti dulu korang golongan mana based on aku listkan dekat atas tu. Kat sini akan memudahkan kerja korang.
  • MAHA macam biasa yg korang pernah pergi, besar dia sebesar MAEPS tu, ada dua entrance. Laman Tiba 1 & Laman Tiba 2.
  • Buat korang yg 1,2 dan 3 tu kan. Aku suggest utk masuk daripada Laman Tiba 2. Waze je 'Laman Ternakan' nanti dia bawa masuk daripada belah Putrajaya.
  • Kalau korang golongan ke-4 masuk daripada Laman Tiba 1. Korang akan sampai ke main hall dia dulu, ada Dewan A, B, C dan D.
  • Kalau golongan ke-5 tu lantak kau, pandai-pandailah hidup.
  • Kalau masuk daripada Laman Tiba 2, korang akan jumpa Laman Ternakan dulu. Kat sini memang banyak booth binatang-binatang ternakan. Boleh beli & murah. Makanan ke, sangkar ke atau apa-apa berkenaan ternakan semua ada.
  • Dekat Laman Tiba 2 pun masuk-masuk dah ada 'food festival'. Panjangggg. Jalan depan sket dah jumpa Ladang Ternakan. Situ pun ada G2G Valley, ada live band sendu, ada ternakan dan ada makanan/minuman.

  • Dah sampai G2G, jangan rambang mata tau. Control nafsu membeli tu sebab seberang G2G ada pula FarmFresh punya exhibition dan foodcourt plak. Kat sini makanan/minuman/barangan dia agak berpatutan sedikit berbanding tempat lain. Sedap-sedap gak!
  • Korang jangan terkejut tengok keldai kat situ, sebab keldai memang mcm tu. Jgn argue kenapa keldai mcm tu sebab dia memang mcm tu.
  • Berdekatan dengan Laman Tiba 2 ada Laman Ternakan, Laman Padi dan Laman Perikanan. Ada juga Pony Ride dekat situ.
  • Laman Padi ada aktiviti-aktiviti menarik kalau korang sukakan aktiviti sawah. Pertandingan tangkap ikan, badang beras, menampi beras. Pertandingan mewarna kanak-kanak pun ada.
  • Kat mana-mana tempat pun diorang akan sediakan aktiviti. Dan paling best setiap aktiviti ada hadiah menarik. Tadi ada abg sorang tu dia menang dan dpt memiliki sebatang pokok durian atas nama dia. Kalau ada hasil, dia dapat pasive income.
  • Harga letak nama dkt pokok tu RM10k tau. Bukan kaleng-kaleng!
  • Kalau masuk daripada Laman Tiba 1, bersedia utk parking jauh. Kalau parking dekat tu pun selalunya penuh. Kalau bernasib baik, dapatlah. Kalau tak, parking je tempat parking besar tu pastu naik bas atau tramp yg disediakan.
  • Tramp atau Bas Rapid akan selalu available. Kalau penuh jangan berebut sebab tak sampai 5 minit, akan sampai yg baru.
  • Setiap tramp ada route dia, ada tempat persinggahan dia. Ada juga transit utk korang tukar tramp dan pergi ke tempat korang nak tuju. Tanya je abg kakak baju oren tu.
  • Jangan tanya RELA atau orang-orang yg tak berkenaan dengan MAHA tau. Jadi mcm kitorg nanti, buang masa & sesat 
  • Toilet dan surau bersepah-sepah diorang sediakan. Kalau tak jumpa, tanya je krew MAHA yang pakai baju oren tu.
  • Sampai je dekat Laman Tiba 1, lihat depan korang akan ada Foodtruck Festival. Sebelum pagar masuk tu ada juga tempat jual pokok-pokok sebelah luar.

  • Kalau nak pergi exhibition tempat teknologi, servis, bisnes dan sebagainya, korang boleh mendaki bukit tu lebih kurang 3 minit pastu sampai dkt Dewan A dulu. Kalau haus lepas mendaki, boleh beli air milo betul-betul depan tu.
  • Psst.. kalau taknak penat mendaki, korang boleh ikut shortcut tau. Kalau daripada pagar masuk tu, korang tengok belah kiri. Ikut je jalan tu sampai ke Dewan D. Masuk ikut Food Empire.
  • Dekat Food Empire ni pun banyak makanan. Ada konsep foodtruck, ada juga konsep gerai. Ada satu foodtruck tu dia jual Nasi Tsunami. Tu sedap! Ambil level pedas kaw kaw, menangis tapi sedap.
  • Ada fresh oyster, ada nasi ganja, ada pancake krabi, ada macam-macam. Sini agak pricey but worth to try!
  • Susunan booth dan dewan kalini agak keliru sedikit. So kalau sedang mencari sesuatu, jgn cepat berpuas hati. Kena round semua dewan dulu tapi dekat-dekat je
  • Daripada Laman Tiba 1 tu, korang jalan depan sedikit akan jumpa Castle of Fruits. Senang cerita syurga buah. Macam-macam buah ada. Baik daripada benih sampailah ke hasil buah. Rambang mata cok kalau jenis makan buah 
  • Berdekatan dengan Laman Tiba 1, ada R&R. Situ ada rawatan islam & berurut. Untuk urut kaki & rawatan mata, diorang bagi PERCUMA je. Yg lain, wallahualam.
  • Berlepas daripada Laman Tiba 1 dengan menaiki tramp, dia akan berhenti dekat Miracle Garden dulu. Yang ni kaki selfie atau dak-dak o'od mesti suka. Tempat tu memang cantik sangat susunan bunga-bunga dan hiasan dia!
  • Lepastu korang akan sampai Pavilion Negeri. Kat sini best gila untuk korang explore! Setiap Pavilion ada konsep, makanan, persembahan & aktiviti dia. Hadiah-hadiah pun best!
  • Tapi ada gak negeri yg buat ala kadar. Sedih & sayang. Ntah lah mungkin diorg ada reason tersendiri.
  • Sangat rekomen sangat untuk singgah ke Pavilion Nismilan. Banyak makanan percuma & meriah. Yang kedua, Perak sebab ada persembahan. Yang ketiga, Kedah sebab ada kopi free dan laman arnab. Boleh beli & murah!
  • Daripada Pavilion Negeri, korang boleh cross ikut jambatan. Pastu korang akan jumpa kedai jual ikan laga. Cantik-cantik. Gigih abg tu buat live tiktok tadi sebab dia sorang-sorang menjual dkt situ.
  • Jalan depan sedikit korang akan jumpa Laman Perikanan. Yang ni tak sempat nak jenguk tadi 
  • Basically setiap checkpoint ada tramp dia sendiri mcm aku cakap tadi. Ada A, B, C dan D. Semua ni connect each others tapi kena transit. Kalau korang ada map mcm aku suggest awal tu, korang akan paham setiap laluan tramp tu.
  • Kalau tengok map tu, ada merah, kuning, hijau dan biru. Tulah laluan tramp. Tapi tulah, instruction tak jelas. Penat explore tadi.
  • Yang pasti, biru tu kalau tak silap bas rapid. Yang menghubungkan Laman Tiba 1 & Laman Tiba 2.  
Tip Penting untuk Ke MAHA
  • Pakai flat shoes/sport shoes/sandal. No high heels please. Kesian tengok adik2 yg pakai kasut tinggi day satu.
  • Trem selalu penuh. Kalau rasa tak larat jalan..park yg hujung² parking lot. So di trem nanti kita nak naik ada la tempat duduk. Kalau park depan².trem penuh..depa bye² je kita nanti. Jalan kaki jauh sikit pun takper boleh sihatkan badan.
  • Bawa payung. Kalau tak hujan boleh berlindung dari panas matahari, kalau hujan ya berlindung dari hujan la yer.
  • Kalau bawa anak kecik bawa carrier/stroller. Jangan nak dukung aje, penat tu seharian.
  • Kene ready mental dan fizikal untuk berjalan skit.
  • Macam tak sesuai nak bawa mak ayah yang dah tua bertongkat berjalan di MAHA. Kesian tengok. Tapi jika ada kerusi roda ok.
  • Makanan dan air banyak dijual. Tak payah bawa bekal.
  • Bawa baby wipes kot emergency anak poopoo dan ada toilet tetapi terhad dan air perlahan.
  • Bagi muslimah, Bawa telekung sendiri senang. Telekung sangat limited dan orang ramai.
  • Make sure hari yang plan untuk ke MAHA tiada plan lain selepas tu. Biar sehari suntuk di sana so takde la rushing². Boleh jalan dan rehat di mana². Jalan lagi & makan pula..solat, baru balik..
  • Kalau rasa nak shopping byk, nak beli pokok ke..etc..bawa troli siap2. Troli or bakul pasar pun ok.
  • Jgn segan makan tester. Alang² dah kat MAHA2022..rasa je tester yg usahawan bagi.
  • Parking for visitor RM5. bayar di pintu masuk guna TOUCH N GO.
  • Kalau nak beli makanan² dulu, boleh park dan masuk dari pintu yang dekat hospital Serdang. Tapi kalau nk beli pokok² dan jalan² ke Laman Florikultur, Laman Perikanan, Laman Ternakan, parking di pintu besar highway dari Puchong menghala ke bangi tu.
  • Pakai mask dan kerap sanitize tangan. Jika demam, batuk & selsema duduk rumah dulu.
  • Datang awal pagi pun takpe. 9am dah siap parking. Nanti pi pun dengan hati tenang.
  • Bawa beg besar skit. So barang² dibeli boleh sumbat dlm 1 beg. Tp ade trolley lagi bagus.
  • Make sure anak² dalam pengawasan kita.
  • Mana² anak² kecil yang jenis kencing tak boleh tahan, elok dipakaikan pampers. Takut nak ke toilet nanti jauh skit nk jalan. Terkucil pula.
  • Masuk pun PERCUMA tapi cuma kena bayar parking masa masuk tu guna Touch 'n' Go. Tu pun RM5 je.

Ambil gambar nak upload dalam media sosial jangan lupa hashtag #MAHA2022#myDOA#LamanFlorikultur dan #MiracleGardenDOA tau.


Kredit Perkongsian dari Saudara Muhammad Iszee

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post