Rasional Logo, Maksud Tema & Lirik Lagu Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 65 (2022)

Lirik Lagu, Rasional Logo, Cara Download Logo Merdeka, Maksud Tema Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan bagi tahun 2022 telahpun diperkenalkan iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama.


TEMA & RASIONAL TEMA HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2022

Pemilihan adalah selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia



merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran

TEGUH
bermaksud kukuh, kuat dan erat

BERSAMA
membawa maksud bersama-sama beserta atau bergandingan

Manakala frasa TEGUH BERSAMA mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan
LOGO & RASIONAL LOGO






LOGO BERKONSEPKAN JALUR LIPUTAN INTERNET


Melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

TIGA JALUR BIRU, MERAH DAN KUNING
Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.

TITIK MERAH

Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.

KEDUDUKAN YANG BERSELANG-SELI

Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.



Untuk dapatkan salinan atau file original bagi Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia beserta Logo, anda boleh download atau muat turun di laman web rasmi di merdeka360.my


KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA - ALIF SATAR & THE LOCOS
Lagu Tema Hari Kebangsaan pada tahun 2022 dipersembahkan buat pertama kalinya oleh Alif Satar & The Locos secara rasmi pada 30 Julai 2022 yang dilancarkan YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Putrajaya bersembena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama di hadapan 15000 Keluarga Malaysia.
 






Setiap jiwa pasti bangga
Atas nama bangsa Malaysia
Sekian lama merdeka
Tertumpahnya cinta

Usia kita makin dewasa
Berkali-kali kita diuji
Kasihnya bangsa dibela
Maruah dijaga

Ooooo Laungan kita
Malaysiaku..tanah airku
Negaraku.. Malaysiaku..
Lihatlah kita..wahai bangsaku

Semaikan cinta gerak hati pasti murni
Nyala semangat dipalu
Kita bagaikan aur dengan tebing
Keluarga Malaysia teguh bersama


Tajuk : keluarga malaysia teguh bersama
Penyanyi : alif satar & the locos
Lagu : ku sham lirik : zaira sham
Terbitan : orkestra rtm jabatan penyiaran malaysia

Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post