10 Resipi Berasaskan Tofu Telur Sedap! Yang Tak Suka Tauhu Pun Boleh Suka

Inspirasi resipi berasaskan tofu telur. Sungguh sedap dimakan dengan nasi putih panas2. Tak perlu lauk lain. Wajib cuba 


Kalau biasa tak makan tauhu, cuba rasa Tofu telur ini, mesti boleh masuk kerana rasanya berbeza.


Bagi yang tak tahu, beginilah rupa tauhu telur tu. Di paketnya tulis egg tofu.  

Nori Egg Tofu Chinese Style


30 minit
Ramuan
  • 5 orang
  • 3 bungkus egg tofu/tofu telur
  • 3 keping seaweed/nori sheet
  • Tepung jagung-secukupnya
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 2 tangkai daun bawang- potong halus
  • 3-5 biji cili api (pedas ikut selera)- cincang
  • sedikit serbuk cukup rasa
  • 3 sb kicap cair/kicap masin
  • Minyak untuk menggoreng tofu
  • Garlic infused Extra Red Palm Oil- Harvist
Langkah Penyediaan.
  1. Gunting hujung plastik dan memanjang untuk keluarkan tofu dari pembalut
  2. Gunting nori sheet mengikut size tofu, gulung kemas (lihat gambar).Guna air untuk lekatkan sheet dengan kemas.
  3. Gunakan pisau tajam, potong bulat setiap tofu.(Lihat gambar)
  4. Salutkan tofu kedalam tepung jagung.
  5. Panaskan minyak. Goreng hingga keperangan.
  6. Angkat dan toskan.

Panaskan 1 sudu besar minyak garlic kelapa sawit merah. Tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan daun bawang, kacau lagi.
Masukkan kicap cair dan secubit serbuk cukup rasa, gaul hingga berbuih.
Masukkan tofu, gaul perlahan dan tutup api.
Sedia untuk dihidang dengan nasi putih.

RESEPI SUP TAUHU TELUR 


BAHAN-BAHAN
Tauhu telur
Bawang putih – cincang
Serbuk lada hitam
Udang / isi ayam
Sos tiram – anggaran 2 sudu besar
Cendawan shimeji / fresh shitake
Lobak merah – hiris halus memanjang
Daun sup – hiris
Tepung ubi – bancuh dengan sedikit air (kalau nak ganti dengan tepung jagung pun boleh)
2 biji telur – pukul dengan garfu
Garam
Serbuk perasa (kalau suka)
 
CARA-CARA
1. GORENG TAUHU
Sebelum membuat sup, potong dulu tauhu untuk digoreng. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan tauhu.
Bila dah kekuningan baru terbalikkan supaya tak hancur. Bila dah siap goreng, angkat, tos dan ketepikan.

2. TUMIS BAHAN
Sekarang sediakan periuk untuk memasak supnya pula.
Mula-mula tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Seterusnya masukkan udang / ayam dan serbuk lada hitam.

3. TUNGGU MENDIDIH
Seterusnya masukkan sos tiram, air dan cendawan. Tunggu hingga mendidih.

4. PERASAKAN
Bila dah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam.

5. TUANG BANCUHAN TEPUNG UBI
Sambil kacau kuah sup, tuang bancuhan tepung ubi. Jangan sampai bergentel ya.
Sekiranya guna tepung ubi, jangan terlalu banyak sebab bila makan nanti akan membuatkan lidah seperti ‘bergam’.

6. MASUKKAN TAUHU
Selepas itu, masukkan tauhu telur yang sudah digoreng tadi.

7. TUANGKAN TELUR
Kemudian, perlahankan api dan tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat). Biarkan dalam dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau.
Tujuannya supaya telur tu nampak seperti ‘bertali’.

8. TABUR DAUN BAWANG
Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata. Siap!


Tauhu Telur Masak Sos Tiram



Ramuan
3 orang
2 tiub tahu telur
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil garam
1 cawan air

Langkah
Mula2 goreng tauhu telur kemudian ketepikan seketika.
Seleps itu sediakan kuah atau sos tauhu telur tadi. Amik sedikit minyak dan tumis bawang putih dan merah.
Perasakan dengan garam dan gula.
Tuang kuah atas tauhu telur yang telah digoreng tadi.
Siap untuk dihidang.


(24/7) Telur dadar bersama tauhu telur


Hani Shaimi
6 minit
Ramuan
  • 3 - 4 orang
  • 1 pack tauhu telur
  • 2 Biji telur
  • Daun bawang
  • Garam
Langkah
Potong kec tauhu telur masukkan dlm bekas.
Pecahkan telur, pukul sedikit dan letak sedikit garam
Campur kan telur dan tauhu tadi.
Dadarkan seperti Telur dadar biasa.
Tabur daun bawang diatasnya. Bila telah garing terbalikkan.
Biar kedua-dua belah cukup garing.
Letak dan pinggan dan sedia untuk dihidangkan.


Tofu Telur Viral

Mahadiah Lagi resipi oleh @kualihelena
lagi
20 minit

Ramuan
3 orang
2 paket egg tofu
Tepung jagung-salut tofu
3 ulas bawang putih- cincang
5 tangkai cili kering- potong 2
1 sb kicap manis*
1 sb kicap cair*
1 sb madu*
1 sb sos tiram*
1/2 st lada putih*
50 ml air*
sedikit cukup rasa
Sedikit bijan putih- hiasan

Langkah
Sediakan bahan2.
Potong tofu telur. Salut tepung jagung.
Panaskan minyak. Goreng tofu hingga keemasan. Angkat dan tos minyak.
Panaskan minyak dalam pan; tumiskan bawang putih hingga naik bau; masukkan cili kering, tumis lagi.
Masukkan bahan bertanda *. Kacau rata. Masukkan tofu telur tadi. Masukkan sedikit secukup rasa.
Gaul rata.
Taburkan bijan putih sebelum dihidang.


Tauhu telur balado
@RASA _KITCHEN


Sesuai untuk juadah santai. Cepat dan mudah disediakan
15 minit

Ramuan
5 - 6 orang
2 batang tauhu telur
3 batang cili merah
3 batang cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit tepung jagung
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Langkah
Sediakan bahan
Salutkan tauhu telur dengan tepung jagung yang dicampur dengan sedikit air, kemudian goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan
Panaskan minyak masak, masukkan bahan2 kisar (cili padi, cili merah, bawang putih dan bawang merah). Masukkan gula dan garam. Kemudian Masak sehingga pecah minyak. Tutup api. Letakkan di atas tauhu telur yang sudah dihidang.
Selamat mencuba😋🥰

Tofu Telur Jepun ButterMilk
Radhiah@wradhiah Malaysia



Skrg ni WFH, nk masak simple tp sedap, ni makan dengan nasi panas2 fuhhh sedap
Saja nak try biasa guna ayam/udang/sotong je tp sbb malas nak thaw kan bahan2 tu kita guna tofu telur je lg mudah dan cepat 😂
Tofu goreng yg lilit hitam tu sy cuba balut dgn seaweed, yg ni lagi sedap sbb ada rasa seaweed tu
lagi
20 min

 

Ramuan
2-4 orang
Tofu Telur & Tepung Jagung
1-2 sudu besar Butter
1 Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
4 cili padi hijau/ merah
1 tangkai daun kari
1 sudu rempah kari
Susu cair
Sedikit air

Langkah
Tofu Telur di goreng bersama tepung jagung
Guna minyak goreng tofu tadi sikit, masukkan butter
Tumis bawang merah, putih, cili & daun kari sehingga wangi/ agak kering. Masukkan rempah kari & tumis sampai masak
Masuk susu cair, gaul & masuk kan air kalau tak nak terlalu pekat, masukkan tofu jepun dan siappppp!!!

Tauhu Telur Kung Fu
Resipi Kakak Faa


Kalau buat masak macam ni, buat ratah pun boleh. Feveret sangat. Makan pulak dengan cili api hiris + sos ikan. Memang terbaik. Panas-panas. Kalau ada dapur sizzling, lagi mantul.
30 minit

Ramuan
2-3 orang
Bahan tauhu telur goreng
3 ketul tauhu telur (bilas sikit dan hiris)
Minyak masak secukupnya
2 biji telur (dipukul dengan sedikit garam)
Bahan kuah kung fu
4 ulas bawang putih (cincang halus)
4 sudu besar minyak sayur
1/2 cawan isi ayam (cincang kasar)
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
1/2 sudu besar cuka
Garam & gula secukup rasa
3 pokok sawi bokchoy
1/2 batang carrot (hiris)
1 biji tomato (belah 6)
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)

Langkah Penyediaan
Panaskan minyak masak, celup tauhu dalam telur yg dipukul, goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Baki telur jangan dibuang. Simpn tepi.
Susun tauhu telur goreng dalam pinggan.
Untuk kuah kungfu. Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai garing. Masukkan isi ayam, kacau. Tambah sos tiram, kacau dan masukkan air.
Masukkan carrot. Perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa. Kacau dan biar mendidih.
Tambah sawi bokchoy dan tomato. Kacau. Tuang baki telur goreng tauhu tadi kedalam kuah, kacau perlahan.
Masukkan air tepung jagung, kacau dan bila dah mendidih dan pekat, tutup api.
Tuang diatas tauhu telur goreng tadi. 
Siap


Tauhu Telur Lada Kering

Nuharahmat@Nuha



Encik suami bereksperimen dengan tauhu telur. Sedap lah pulak kan. Sesekali dia nak beraksi mestilah kena kasi chance kan supaya dia lagi bersemangat di dapur. Ye disaat kecemasan perlu jugak tenaga encik suami di dapur. Terima kasih la encik suami menyumbang tenaga sesekali tu amatlah bermakna sekali. Amboihh! Kemain kakak memuji kan...hahaha...
lagi
10minit

Ramuan
2 sajian
1 Tiub Tauhu telur digoreng separa garing
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung
3 lada kering kering dipotong kasar
2 sudu besar air
1 sudu kecil serbuk lada hitam


Langkah

Goreng tauhu telur separa garing
Lembutkan lada kering dalam microwave selama 1 minit.
Masukkan sos tiram dan bancuhan tepung jagung. Kacau rata.
Tumis bawang putih dan lada kering.
Kemudian masukkan pula tauhu telur yang sudah digoreng tadi. Kacau sebati.
Siap! Thanks encik suami. Sesekali dia beraksi. Sedap la pulak kan..

Eggless Salad Wrap
FZ Adzlin@NOADZ17


Melengkapi cabaran masak apa tanpa telur..Kali ni Alin plih menu yang Simple saja..Menu breakfast yang cukup mengenyangkan ...Sesuai jugak untuk yang sedap berdiet..Tapi Alin xlarat nk keluar beli tofu petak tu..so Alin gantikan je dgn egg tofu..lagi
10 minit

Ramuan
1 sajian
1 keping wholegrain wraps (mission)
1 tiub egg tofu
1 sudu besar daun bawang (potong kecil)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk bawang putih
Secubit garam
1 sudu kecil mayonis (kewpie)
1 sudu kecil chili flakes
Sedikit salad

Langkah
Hancurkan tofu...
Letakkan semua bahan...
Kacau sebati.
Panaskan sekejap wholegrain wrap..
Letakkan salad diikuti bahan tadi
Lipat dan siap di hidangkan..




Tauhu Berlauk

Ann👩🏻‍🍳@nuxxin


Simple dan mudah di buat. Bole buat makan petang, pagi dan bila2 ikut suka Hari tu bagi jiran sikit depa kata sedap, siap request buatkan lagi depa upahh

Ramuan
Isi ayam (dada)
Tauhu petak
Tauhu telur
Telur
Bawang holland
Carrot
Daun sup
Garam, kiub ayam, lada hitam, lada sulah. Letak ikut citarasa sendiri ya

Langkah
Blend tauhu petak, isi ayam, tauhu telur dan telur..
Campurkan bahan blend tadi dgn carrot, bawang holland dan daun sup yang dh dicincang...Masukkan garam, serbuk lada hitam, lada sulah dan 1ketul kiub ayam.. gaul semua sekali. kalo nk masuk cili padi, boleh hentam buh.. lagi sedap..
 

Masukkan dlm bekas, xkisah bekas mcm mne pon, kukus dalam 15 mnt…dan itulah hasilnyaa
Pahtu kalau nk makan, just celup dgn telur and goreng.. boleh cicah sos cili atau cili kicap..👌🏼

Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post