14 Peserta Awesome Raja Lawak (2022) Cungkil Bakat Lawak Anjuran Awesome TV

Program pencarian bakat lawak kini kembali! Selepas hampir sedekad, program pencarian bakat pelawak 'Raja Lawak'  dijenamakan semula dengan nama 'Awesome Raja Lawak' kembali menemui peminat bermula 7 September ini di saluran Awesome TV.



Sebanyak 14 peserta yang bakal bertanding bagi merangkul takhta juara untuk musim pertama. 4 peserta solo iaitu Azhar, Kanmani, Hanif dan Zunny. 6 peserta duo terdiri daripada kumpulan Soda, Se'eh, Sedare, Mabo, Manja dan Beduk. Manakala peserta trio pula ada 4 juga iaitu kumpulan Kacau, Semmat, Pelan dan Sesah.

Senarai Peserta Awesome Raja Lawak 2022

Berikut merupakan senarai peserta 'Awesome Raja Lawak' 2022

1. Azhar


2.Beduk



3.Hanif


4.Kacau


5. Kanmani


6. Mabo


7. Manja


8. Pelan


9. Se'eh


10.Sedare


11. Semmat


12. Sesah


13. Soda


14. Zunny


 
Juri
Seramai 3 juri tetap yang akan mengadili para peserta dimana mewakili 70% dan 30% lagu daripada undian online. Mereka ialah Saiful Apek, Khir Rahman dan Ayda Jebat. Manakala Ajak Shiro, Atu Zero dan Tauke Jambu dilantik sebagai mentor bagi memberikan kelas bimbingan untuk para peserta. 




Pengacara
Awesome Raja Lawak juga telah memberikan kepercayaan kepada Chiwan Cilok dan Nizam Jentik-Jentik untuk mengemudi pentas utama selaku pengacara program. Manakala Kamalia Jamaludin, pengacara baharu pula dilantik sebagai pengacara 'Back Stage' untuk program ini.

Setiap minggu, setiap peserta akan diberikan cabaran berbeza mengikut tema yang ditetapkan dan akan ada juga penyingkiran yang akan dibuat antara barisan peserta yang mendapat markah keseluruhan terendah.

Hadiah
Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 beserta trofi. Manakala untuk pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan memenangi RM25,000 dan RM15,000 juga beserta trofi.

 
Waktu Siaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan program atau konsert mingguan Gelanggan Awesome Raja Lawak dimana akan bersiaran secara langsung dari Studio FINAS selama 10 minggu pada setiap hari Rabu, pada pukul 9.00 malam mulai 7 September 2022 di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post