Senarai 3 Kapten & 6 Peserta Program Nyanyian Terpaling Juara (2022)

Program nyanyian terbaru yang dinanti-nantikan telah tiba! Terpaling Juara mempertaruhkan tiga kapten bersama-sama dengan enam peserta sepanjang lapan minggu yang terdiri daripada tiga penyanyi senior dan tiga peserta yang dipilih daripada uji bakat.


Tiga kapten itu terdiri daripada bekas pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) iaitu Akim Ahmad (Juara Lagu 30 - Potret); Hael Husaini (Juara Lagu 32 - Jampi & Juara Lagu 33 - Haram); dan Naim Daniel (Juara Lagu 34 - Sumpah).


Sementara itu, Ifa Raziah, Hazami dan Rahmad Mega ialah tiga penyanyi yang popular dengan genre muzik masing-masing menyahut cabaran untuk melakukan anjakan paradigma dalam kerjaya nyanyian mereka.


Selain itu, tiga peserta yang terpilih pula terdiri daripada Shaz (Shazreen Shaharum, 26); Aqmal (Aqmal Ramdan, 26) dan Aqeesh (Aqeesh Aleeya, 18).


Team Akim

Team Hael


Team Naim Daniel


Host
Terpaling Juara menampilkan Haziq Hussni dan Shiha Zikir sebagai hos 


Juri
Datuk Hattan dan Fauziah Latiff sebagai juri tetap.


Pemenang Terpaling Juara bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM100,000, manakala naib juara bakal memenangi RM50,000 dan pemenang ketiga pula menerima RM30,000.

Terpaling Juara menampilkan Vivo sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital.


Saksikan Terpaling Juara  Setiap ahad Jam 9 malam hanya di TV3!

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post