Senarai Pemenang Juara Mentor & Protege Dari Musim 1 - Mentor Milenia (2019) Tunjuk Ajarku Sifu

Imbas kembali pemenang-pemenang program Mentor dari musim pertama (2005) sehingga mentor Milenia (2019). 


Mentor antara program nyanyian yang banyak melahirkan bintang ternama dalam industri hiburan negara seperti Black, Salma, Aiman Hakim, Aina Abdul dan ramai lagi.


Jadi jom kita selongkar pemenang dari musim pertama sehingga hari ini.

Mentor 1 (2005)

Juara
Protege Pija
Mentor Zainal Abidin

Musim pertama Mentor menampilkan lapan peserta dipilih dari proses ujibakat pada bulan Februari dan Mac, untuk menerima bimbingan dari lapan artis ternama. Musim ini diacarakan oleh Johan Farid Khairuddin dan Ezlynn dan disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada setiap malam Ahad dari 15 Mei hingga 21 Ogos 2005 di TV3.

Di malam pusingan akhir, Pija selaku anak didik Zainal Abidin menjadi juara musim pertama Mentor, membawa pulang kereta Proton Gen-2, wang tunai RM20,000, dua tiket pergi balik ke Los Angeles dan sebuah motosikal Demak sebagai hadiah utama. Naib juaranya Nabil menerima wang tunai RM10,000 dan sebuah motorsikal Demak.


Mentor 2 (2006)

Juara
Protege Fiq
Mentor Amy Search

Musim kedua Mentor disiarkan mulai 9 Julai hingga malam kemuncak pada 3 Disember 2006 dengan format yang berbeza dari musim lalu. Rancangan ini diberhentikan selepas 17 September, untuk memberi laluan kepada bulan Ramadhan dan Aidilfitri, dan kembali bersiaran pada November dengan acara separuh akhir. Ezlynn kembali sebagai pengacara tetapi digandingkan dengan Ashraf Sinclair. Konsert mingguan tetap diadakan setiap malam Ahad di Sri Pentas 2. Pemarkahan pula berdasarkan 50% penilaian juri dan 50% undian penonton.

Fiq di bawah bimbingan Amy Search menjuarai musim ini dan meraih kontrak rakaman bersama EMI dan wang tunai RM50,000.


Mentor 3 (2009)
Juara
Protege Black
Mentor Mas Idayu

Setelah berehat selama dua tahun, akhirnya Mentor disiarkan semula pada tahun 2009. Kali ini pula, enam orang mentor mengadakan uji bakat sendiri di hari-hari yang berlainan untuk mencari bintang harapan yang memenuhi kriteria tersendiri yang ditetapkan oleh setiap seorang mentor tersebut. Bagi edisi kali ini yang disiarkan dari 19 April hingga 12 Julai 2009 dengan Ally Iskandar sebagai pengacara, sebenarnya tujuh orang layak ke pertandingan sebenar, dua daripadanya digabungkan menjadi duo oleh mentor mereka.

Tiga orang (Black, Fira, Nakatake) berentap di konsert akhir di Stadium MBSA pada 12 Julai 2009, yang berakhir dengan kejuaraan di tangan Black dengan hadiah tunai RM 100 ribu.






Mentor 4 (2010)
Juara
Protege Mohd
Mentor Ziana Zain

Untuk musim kali ini juga, enam orang mentor mengadakan uji bakat sendiri di hari-hari yang berlainan untuk mencari bintang harapan yang memenuhi kriteria tersendiri yang ditetapkan oleh setiap seorang mentor tersebut. Sebelum itu, ujibakat khas diadakan untuk penduduk Malaysia Timur dengan Ajai sebagai jurinya.

Mas Idayu mencipta kontroversi apabila gagal memilih protege ketika habis proses ujibakat. Satu ujibakat khas yang dijalankan dengan kerjasama TV3 dan Mas Idayu sendiri telah diadakan di Johor Bharu. Biarpun begitu, akhirnya Mas Idayu memilih peserta ujibakat dari Kelantan, Shaq. Bagi edisi kali ini yang disiarkan dari 2 Mei hingga 11 Julai 2010 dengan Ally Iskandar sebagai pengacara dan dibantu oleh Nas Ahmad, berlaku banyak kontroversi antaranya ketika konsert pengenalan, Mas Idayu menghentikan persembahan protegenya akibat kecederaan suara peserta itu. Ziana Zain pula bertindak menggugurkan protegenya, Katy Natalia Rasul (Thalia) akibat prestasi yang tidak memuaskan hingga menimbulkan rasa tidak puas hati Thalia. Thalia kemudian dikaitkan dengan masalah disiplin. Ziana bertindak memilih peserta ujibakat Mas Idayu, iaitu Mohd Izwan 48 jam sebelum konsert minggu pertama.



Mentor 5 (2011)
Juara
Protege Salma
Mentor Erra Fazira

 

Setelah empat pusingan, Ayish dan Aiman tersingkir, menjadikan empat daripada peserta yang kekal dalam rancangan ini kesemuanya wanita. Sementara itu, Ratnah tersingkir selepas separuh akhir kedua. Malam penentuan menentukan Salma sebagai Juara Mentor 5 dengan Salma berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze manakala mentornya, penyanyi dan pelakon Erra Fazira turut memenangi hadiah wang tunai RM100,000.

 Sementara, Shiha mendapat wang tunai RM30,000 berserta sebuah Vespa LX150 tajaan Naza World. Mentornya, Sharifah Aini juga menerima hadiah wang tunai RM30,000. Diikuti dengan Iqa dengan mentornya Edry KRU yang berada di tempat ketiga, membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 setiap seorang.




Mentor 6 (2012)
Juara
Protege Caroline
Mentor Ella

Seperti musim kelima Mentor, musim keenam Mentor memperlihatkan keenam-enam artis menjadi mentor buat kali pertama. Untuk kali keempat berturut-turut, Ally Iskandar adalah pengacara untuk rancangan yang bersiaran dari 4 Mac hingga 10 Jun 2012, kecuali pada 8 April untuk memberi laluan kepada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

Sebelum digantikan oleh Tisha, protege asal Ferhad ialah Wanie atau nama sebenarnya Salwani Sawi, dari Labuan. Selepas konsert pengenalan, Wanie menarik diri atas masalah kesihatan dan Tisha menggantikan tempatnya.

Perjalanan Ana dan KJ dalam Mentor berakhir selepas empat pusingan, manakala Tisha tersingkir pada separuh akhir kedua. Caroline, Zatul dan Anas berjaya ke separuh akhir, dengan Caroline dan mentornya Ella menjuarai dengan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi. Zatul (mentor Fauziah Ahmad Daud) dan Anas (mentor Faizal Tahir) berada di tempat kedua dan ketiga, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM30,000 dan RM10,000. Zatul juga menerima sebuah trofi.




Mentor Legend (2014)
Juara
Protege Azmil
Mentor Dayang Nurfaizah
Tidak seperti musim ketiga hingga keenam yang menggunakan Ally Iskandar sebagai pengacara, musim ketujuh Mentor yang menggunakan nama Mentor Legend menggunakan Awal Ashaari sebagai pengacara. Zuan Azmi yang juga pengacara rancangan Melodi ialah pengacara di belakang pentas. Ia disiarkan dari 16 November 2014 hingga 22 Februari 2015, kecuali pada 28 Disember 2014 dan 18 Januari 2015. Semua peserta Mentor Legend turut membuat persembahan istimewa di Anugerah Juara Lagu ke-29 pada 18 Januari 2015 untuk memperingati mangsa banjir serta tragedi MH17 dan MH370.

Mentor Legend menggunakan mentor-mentor yang pernah menjadi juara pada musim sebelumnya, kecuali Ajai (musim ketiga) dan Dayang Nurfaizah (musim keempat) yang kedua-duanya memenangi tempat kedua. Mereka masing-masing menggantikan Ziana Zain dan Erra Fazira yang tidak dapat menyertai atas sebab-sebab tertentu. Musim ini juga merupakan musim terakhir yang menggunakan format asal program ini sebelum format baharu diperkenalkan di Mentor Milenia 2016.

Mentor Legend dimenangi oleh Azmil dan mentornya Dayang Nurfaizah. Beliau dan mentornya membawa pulang hadiah wang tunai RM300,000 serta trofi. Sementara itu, naib juara, Aina dan mentornya Ella membawa pulang wang tunai RM200,000. Disusuli dengan Sarah dengan mentor Amy Search yang memenangi wang tunai RM100,000.





Siri Format Baharu

Mentor Milenia 1 (2016)
Juara
Protege Fareez
Mentor Hazama Azmi

Mentor Milenia merupakan siri pertandingan program realiti TV yang menggunakan format Drama nangis nangis , emosi baharu yang diadaptasi daripada siri asal Mentor. Jika siri asal menggunakan khidmat yang dibarisi penyanyi-penyanyi lama sebagai Mentor, siri Milenia ini dibarisi oleh penyanyi-penyanyi muda masa kini yang dilantik menjadi Mentor dalam mencari bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian. Kesemua protege musim baharu ini juga sudah tidak diasingkan kepada dua kumpulan seperti siri asal program ini. Mentor Milenia 2016 dibarisi oleh empat orang mentor iaitu Akim, Hazama, Azlan dan Black. Yang menariknya, Black yang juga merupakan juara Mentor musim ketiga yang lalu dilantik menjadi salah seorang Mentor Milenia kali ini.

Diakhir pertandingan ini, Fareez Hazwan iaitu protege kepada Hazama dinobatkan sebagai Juara Mentor Milenia 2016. Manakala Naib Juara dimenangi oleh Qody dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Iqbal dimana kedua-dua protege Black masing-masing di tempat kedua dan tempat ketiga.





Mentor Milenia 2 (2017)
Juara
Protege Elica
Mentor Akim Ahmad

Masih mengekalkan format siri baharu seperti musim yang lalu, Mentor Milenia musim kali ini juga masih mengekalkan barisan mentor musim yang lalu kecuali Azlan dimana tempatnya telah digantikan dengan Tomok.

Di kemuncak konsert akhir musim kali ini, protege kepada Akim, iaitu TMJ diumumkan sebagai juara musim kali ini. Sebagai juara TMJ membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah trofi, pakej telefon bimbit pintar Neffos X1, serta pakej percutian ke London. Manakala naib juara dimenangi oleh Usop Santorian, Along di tempat ketiga dan Syaheera di tempat keempat.





Mentor Otai (2018)

Juara
Protege Elvira
Mentor Misha Omar

Mentor Otai adalah merupakan salah satu siri adaptasi daripada program realiti televisyen Mentor yang disiarkan di TV3. Tidak seperti musim yang lain yang mengentengahkan bakat-bakat muda dalam bidang nyanyian, format kali ini sangat berbeza apabila musim ini mencari dan mengetengahkan bakat-bakat baru yang berusia 30 tahun hingga 50 tahun keatas. Barisan mentor kali ini adalah Zarul Husin, Misha Omar, Siti Sarah dan Tam Spider.

Dikemuncak konsert akhir, Elvira iaitu protege kepada Misha Omar dinobatkan sebagai juara Mentor Otai. Selaku juara, Elvira membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi. Tempat kedua pula dimenangi oleh protege kepada Zarul Husin, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Alina, iaitu kepada Siti Sarah, dan tempat keempat dimenangi oleh AJ yang merupakan protege kepada Tam Spider.




Mentor 7 (2018)
Juara
Protege Zaaim
Mentor Siti Nordiana 

Mentor 7 memperkenalkan barisan pembimbing baharu seperti Datuk Syafinaz Selamat, Aizat Amdan, Hafiz Suip dan Siti Nordiana. Setiap mentor bakal memilih dua protege daripada 3 bakal protege dalam konsert minggu pertama dan kedua. Konsert mingguan Mentor 7 (2018) akan mula bersiaran secara langsung mulai 4 Oktober 2018, setiap hari Ahad pada pukul 9.00 malam di Media Prima TV3.

 

Mentor 7 akan dihoskan oleh Nana Mahazan dan Shuk Sahar diiringi Sarancak di belakang tabir. Persembahan protege akan dihakimi oleh dua juri iaitu Datuk Wah Idris, seorang komposer lagu. Pemarkahan adalah berdasarkan penjurian oleh juri tetap (50%), undian atas talian di laman web www.xtra.com.my (30%) dan juri awam (20%).

 
Juara telah dimenangi oleh Protege kepada penyanyi Siti Nordiana iaitu Zaaim Abdullah. Zaaim telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM80,000 serta sebuah kereta tajaan Aerocar dan trofi.

Pasya yang membawakan lagu Bunga-Bunga Cinta (solo) dan Bohemian Rhapsody (duet bersama Jaclyn Victor) pula sekadar berpuas hati meraih gelaran nain juara.

Untuk tempat ketiga pula diraih oleh Azmirul dan Ranisha pula sekadar berpuas hati di tempat ke-4. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 (naib juara), RM20,000 (ketiga) dan RM10,000 (ke-4) berserta trofi.
 
Mentor Milenia (2019)
Juara
Protege Apex Tajudin
Mentor Hazama

Setelah setahun siri ini direhatkan dan tidak disiarkan disebabkan ingin memberi laluan kepada siri Mentor Otai dan Mentor 7 pada 2018, Mentor Milenia kembali disiarkan untuk musim ketiganya pada tahun 2019. Barisan mentor seperti Akim, Hazama dan Black masih dikekalkan dengan disertai oleh Stacy dan Ernie Zakri sebagai mentor musim kali ini.



Apex Tajudin iaitu protege kepada Hazama dinobatkan sebagai Juara Mentor Milenia 2019 kali ini dimana ini merupakan kemenangan kedua Hazama selepas menjuarai Mentor Milenia buat kali pertama pada tahun 2016. Selaku juara, Apex membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah trofi,dan buah motorsikal Benelli RFS 150i beserta awek Thailand. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Daus Husny, tempat ketiga dimenangi oleh Aedy Kama dan tempat keempat dimenangi oleh Iqbal Ali.

 

Musim kali ini juga tercipta sejarah apabila buat kali kedua (selepas musim pertama) dimana menyaksikan kejutan apabila kedua-dua protege Akim gagal mara ke konsert akhir Mentor Milenia apabila mereka tersingkir awal. Manakala Stacy juga nyaris mengalami igauan ngeri apabila Iqbal Ali, iaitu satu-satunya protege yang masih bertahan ketika itu (selepas Remy Manaf tersingkir konsert kelima) hampir tersingkir di konsert suku akhir namun terselamat disebabkan tiada penyingkiran dilakukan ketika itu.
 
Tahniah, Semoga dapat mewarnai industri tanah air suatu hari nanti. 

Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post