10 Himpunan Pantun Ucapan Terima Kasih Sebagai Pengganti Kata Penghargaan Seseorang

Pantun berkias untuk sampaikan kata-kata ucapan Terima kasih kepada seseorang yang telah memberikan bantuan kepada kita. Berterima kasih adalah satu bentuk penghargaan atas usaha seseorang yang telah membantu anda.

 

Jadi jom kita selongkar koleksi pantun ucapan terima kasih sebagai pengganti kata 

1. Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di warung Siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas semua jasa dan bakti.

2.Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dipetik tadi,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan abadi.


3. Terima kasih kamu ucapkan,
kerana kalian selalu membantu,
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.

4. Merah menyala si buah ceri,
Sungguh cantik berseri-seri,
Terima kasih ucapan diberi,
Kerana sudi datang ke mari.

5. Pohon sirih pohon selasih,
tumbuhu merimbun di hujung laman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.

6. Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi menolong kami,
Kalau ada kesulitan kami,
Diharap sudi membantu lagi.

7. Berkejaran ikan ombak di laut,
Memukul pantai berpasir bersih,
Budi tuan disebut-sebut,
Kerja selesai dengan ucapan terima kasih.

8. Burung helang terbangnya tinggi,
Hinggap sebentar di pohon jati,
terima Kasih saudara saudari,
Memberi tumpuan sepenuh hati.

9. Licin badan si ikan keli,
Tinggalkan sendiri di dalam perigi,
Saya insan yang lemah sekali,
terima Kasih bantuan yang diberi.

10. Terima kasih daun keladi,
Ucapkan kepada yang telah memberi 
 

Semoga bermanfaat

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post