12 Channel Youtube Bagus Untuk Tontonan Anak-Anak

Rekomen CHANNEL YOUTUBE terbaik untuk ANAK-ANAK

Sudah menjadi kebiasaan kanak-kanak zaman sekarang diberikan tontonan kartun dengan menggunakan tablet atau telefon pintar. Ada rancangan kanak-kanak yang memberikan input positif kepada anak-anak namun ada juga yang menyelitkan unsur pronografi dalam rancangan tersebut tanpa kita sedar.

Jadi jom kita selongkar channel Youtube untuk anak-anak yang boleh anda boleh jadikan tontonan anak-anak. Insyallah terbaik!
 
12 CHANNEL YOUTUBE YANG BAGUS UNTUK ANAK

1. RIKO THE SERIES

Riko The Series. merupakan hiburan pendidikan (edutainment) yang turut menyajikan kandungan sains berkaitan al-Quran (Quranic Sciences) dalam setiap episod.

Link: Youtube Riko The Series


2. LEARN WITH ZAKARIA
APP ini padat dengan kandungan pendidikan yang hebat yang akan membuatkan anak-anak anda ketawa dan tersenyum sambil mengajar mereka abjad, warna, bentuk, nama haiwan, buah-buahan, sayur-sayuran dan banyak lagi… dalam bahasa Arab, Inggeris dan juga Perancis.

Anak-anak anda juga akan seronok belajar dan menghafal “Quran” dengan cara yang menyeronokkan dan unik, dengan watak comel kami.

Link: Youtube Learn With Zakaria

 

3. ALIF & SOFIA
Alif & Sofia ialah siri animasi pendek Malaysia yang diterbitkan oleh Blindspot Studios dan Primeworks Studios, dan disokong oleh Malaysia Digital Economy Corporation. Siri ini mengisahkan sepasang adik beradik bernama Alif & Sofia, mempelajari pelbagai topik ilmu seperti spiritual dan keagamaan, fizikal dan kesihatan, nilai moral, sains & matematik, seni, kemahiran kendiri dan nilai persahabatan di dalam kehidupan seharian mereka.

Link: Youtube Alif & Sofia

 

4. NAT GEO KIDS
National Geographic Kids ialah majalah kanak-kanak yang diterbitkan oleh National Geographic Society. Isu pertamanya dicetak pada September 1975 di bawah tajuk asal National Geographic World.

Link: Youtube Nat Geo Kids

 

5. NUSSA
Nussa ialah siri animasi Indonesia yang diterbitkan oleh The Little Giantz dan 4Stripe Productions.Animasi ini pertama kali disiarkan di YouTube sejak November 2018, dan telah popular sejak itu.

Kisah Nussa terletak di sekitar kehidupan seharian Nussa, seorang budak lelaki dengan kaki palsunya, dan kakaknya Rarra bersama keluarga dan rakan mereka. Setiap episod membenamkan nilai Islam, menunjukkan terasnya sebagai siri bertemakan keagamaan. Nussa, nama kucingnya Anta dan Rarra bertujuan untuk mencerminkan perkataan Nusantara.

Link: Youtube Nussa

 


6. NUMBERBLOCKS
Numberblocks ialah siri televisyen animasi British untuk kanak-kanak prasekolah yang memulakan kerjaya di CBeebies pada 23 Januari 2017. Program ini dicipta oleh Joe Elliot dan diterbitkan oleh Alphablocks Ltd dengan Blue Zoo.

Link: Youtube Numberblocks

 

7.AJAR
Pendidikan luar buku teks yang menunjukkan cara pembelajran subjek secara interaktif dan menarik!

Link: Youtube Ajar Malaysia

 

8. AQIL STORY
Animasi Islamik untuk kanak-kanak. Matlamat animasi adalah untuk memupuk nilai moral yang positif.

Link: Youtube Aqil Story
 
 


9. Blippi Educational video for Kids
Mari terokai dunia yang menakjubkan bersama rakan baik semua orang, Blippi. Bagaimanakah trak kitar semula berfungsi? Apakah yang dilakukan oleh tukang roti? Apakah taman permainan terbaik di sekeliling? Terdapat begitu banyak perkara menarik untuk diterokai dan dipelajari.


 

10. Daniel Tigerhood - Manners
Siri animasi prasekolah ini menampilkan Daniel, seekor harimau berumur 4 tahun yang pemalu tetapi berani yang tinggal di Neighborhood of Make Believe. Dengan bantuan daripada jirannya, keluarga dan rakan-rakannya – O the Owl, Prince Wednesday, Katerina Kittycat, dan Miss Elaina – Daniel berseronok sambil mempelajari kemahiran utama yang diperlukan untuk sekolah dan kehidupan.


 

11. Yufid kids tv
Channel video belajar anak muslim, sesuai untuk anak-anak di rumah, sekolah, cocok untuk pembelajaran anak dengan media hiburan menarik dan kreatif Video pendidikan anak islam seperti belajar membaca, belajar huruf, belajar huruf hijaiyah, belajar mengenal angka belajar a ba ta, belajar membaca, belajar bahasa, belajar mengaji, belajar bahasa arab.

Link : YufidKids
 
 

12. Zaky and Friends

Nikmati dan belajar daripada video dan lagu daripada channel One4kids, dimana mereka sentiasa berusaha keras untuk menghasilkan video baru yang menyeronokkan dan pendidikan untuk anak-anak anda dan memerlukan sokongan berterusan anda.

Link Youtube : One4kids

 
  


Ini 12 channel Youtube yang bagus untuk anak anak kita. boleh rekomen kepada anak-anak untuk layan

Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post