Cadangan Pembangunan Semula Tapak Stadium Shah Alam Kepada Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA)

Cadangan pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) akan dimuktamadkan selepas mengambil kira faktor kesesuaian serta maklum balas daripada rakyat Selangor.


Reka bentuk konsep awal kompleks ini lebih berpusat kepada Stadium Shah Alam yang akan menjadi stadium pelbagai guna, lengkap dengan kemudahan sukan, riadah dan aktiviti komersil.

Justeru, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mempelawa orang ramai memberi maklum balas mengenai cadangan pembangunan berkenaan menerusi emel kssa.maklumbalas@gmail.com.







Cadangan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam oleh pihak MRCB dan MBI. Cadangan rekabentuk Kompleks Sukan Shah Alam telah dibentang.

Ia mempunyai ciri-ciri berikut :
- Stadium berkapasiti 35 ke 45 ribu penonton.
- 60% kawasan kompleks adalah untuk aktiviti sukan dan stadium bertaraf antarabangsa.
- Rekabentuk akan mengambil kira dan menyelesaikan masalah trafik, menghubungkan pengangkutan awam, menyelesaikan isu banjir.
- Stadium terbuka dan mempunyai fungsi untuk menjadi stadium tertutup bagi mengendalikan pelbagai acara.
- 40% kawasan kompleks akan digunakan bagi ruang rekreasi awam.
- Taman awam, pusat rekreasi dan pembangunan belia turut akan disediakan.
Orang ramai digalakkan menghantar maklumbalas menerusi emel kssa.maklumbalas@gmail.com
Satu pameran awam beserta model reka bentuk ini akan diadakan dalam masa terdekat.
Cadangan ini akan dimuktamadkan setelah mengambil kira faktor kesesuaian serta maklum balas dari rakyat Selangor.

Kompleks Sukan Shah Alam termasuk stadium negeri dijangka melalui proses pembangunan semula bermula awal tahun depan dan siap dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post