Gaji Perlu Dihabiskan Kemana? Ada 4 Benda Kena Tengok Untuk Income Management

Dapat Gaji Buat Apa? Perlu habiskan kemana apabila dapat gaji bulanan?

Dalam buku ‘Worry-Free Money’ by Shannon Lee Simmons (Financial Planner), dia kata dalam gaji ada 4 benda ini. Kalau tak ada, income management masalah. 



1) Fixed Expenses 
2) Meaningful Savings 
3) Short-term Savings 
4) Spending Money 

Baca sampai habis

1. Fixed Expenses 
Perbelanjaan wajib setiap bulan. Utk bayar sewa, bil, insurans etc. Duit belanja ini tak boleh lari. Asingkan siap2 bayar komitmen dan elakkan dari bankrup sebab tak bayar hutang. Cara lebih baik set limit 50% gaji untuk belanja ini.

2. Meaningful Savings 
Simpanan yang korg patut ada untuk meningkatkan net worth. Kualiti hidup pun dpt ditingkatkan. Simpanan ini termasuk - pelaburan persaraan, simpanan pendidikan, simpanan utk hartanah. Pendek kata Simpanan dalam aset Kewangan & Nyata. Aset ini yg dlm Net Worth.


 
3. Short Term Savings 
Tujuan simpanan jangka masa pendek sbg persediaan jika berlaku kecemasan atau memerlukan perbelanjaan yg tinggi. Simpanan ini nak mengelakkan dari berhutang. Contohnya perbelanjaan rawatan hospital yg insurans tak cover atau kerosakan kereta.
 
4. Spending Money 
Inilah dia ‘Hard Limit’ dlm gaji. Lepas tolak yang atas-atas ini, dapat baki ini buat belanja bersuka ria & berjimba. Pentingnya tolak komitmen & simpanan siap2 supaya tak over-spend. Hard limit ini jadi signal kemampuan kita untuk berbelanja.


 
Rancanglah gaji pertama dengan baik. Berapa pun nilai gaji, hidup lebih teratur bila susun gaji dgn betul.

Kredit : Rusydi Hassim

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post