Jaclyn Victor Juara, Ini Keputusan Penuh Pemenang Gegar Vaganza Musim 9 (2022) Beserta Hadiah Kemenangan

Syabas Jaclyn Victor tepati ramalan! Pasti ramai yang tertunggu-tunggu siapakah yang akan menang malam ni kan? Ini kerana musim kali ini kita nampak barisan finalist dengan nama yang besar bertanding di atas satu pentas yang sama.


Setiap finalis juga perlu membuat persembahan dengan 2 buah lagu bagi pusingan 1 iaitu Medley & Mashup. Manakala untuk pusingan battle juga buah lagu rap (hip-hop).
 
Senarai Pemenang Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Jaclyn Victor Juara Gegar Vaganza 9 (85.86%)
Jac berjaya merangkul dan membawa hadiah utama RM100,000, piala Gegar Vaganza, penginapan di Royale Chulan Cherating dan percuti ke Paris dan sekali gus merangkul Anugerah Bintang Memukau Adabi. Sebelum itu juga, Jac turut memenangi Anugerah Juara Next Level Digi.


Naib Juara, Bob Yusof (76.28%)
Bob Yusof berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000, trofi, pakej penginapan di Royale Chulan Damansara dan pakej percutian ke Dhubai dan Abu Dhabi. Dia juga membawakan 2 buah lagu iaitu Rahasia Perempuan daripada Ari Lasson dan juga Sejati nyanyian asal Wings


Tempat Ketiga - Shila Amzah (76.02%)
Tempat ketika pula dirangkul oleh Shila Amzah yang membawakan lagu Tak Ada Logika nynyian asal Agnes Monica dan Secret Love Song daripada Little Mix & Jason Derulo. Dia berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, piala Gegar Vaganza, pakej penginapan di Royale Chulan dan percutian ke Seoul, Korea .


 
Tempat Keempat - Tomok (75.83%)
Tempat keempat diraih oleh Tomok yang berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, trofi, pakej penginapan di Royale Chulan, Seremban dan percutian di Chiang Mai, Thailand . Pada malam tersebut, Tomok membawakan lagu Berhenti Berharap nyanyian asal Shiela On 7 dan Time Is Running Out daripada Muse.


Tempat Kelima - VE (72.39%)
 Manakala tempat kelima dimenangi oleh VE yang membawakan lagu Ikhlas Tapi Jauh nyanyian asal R.A.P dan Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja nyanyian Judika. Peserta kumpulan tersebut membawa pulang hadiah RM15,000, trofi beserta pakej percutian dan penginapan di Dalat Vietnam dan Royale Chulan.
 

Tempat Keenam - Hairul Nizam  (69.75%)
Hazrul Nizam berpuas hati di tempat keenam dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, trofi dan pakej percutian ke Jakarta, Indonesia. Dia membawakan lagu Crazy daripada Gnarls Barkley dan Terlanjur Cinta nyanyian asal Hael Husaini & Cakra Khan.


  
Untuk battle round, Hazrul Nizam telah dipasangkan bersama Bob Yusof dengan membawakan lagu Ice Ice Baby dan Swipe. VE bersama Jaclyn Victor untuk lagu The Real Slim Shady dan Sang Saka Biru. Manakala Tomok Dan Shila Amzah untuk pasangan ketiga berentap untuk lagu Too Legit To Quit dan Party Sampai Pagi.

Kesemua persembahan keenam-enam finalis Gegar Vaganza 9 telah dinilai oleh 3 juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, ibu Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz juga beserta seorang juri jemputan iaitu Edry Abdul Halim.


GV9 telah bersiaran selama 11 minggu yang bersiaran setiap hari Ahad, pada pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post