10 Makanan Viral Sepanjang Tahun 2022 Di Malaysia FYP Di TikTok

Makanan yang viral dan tular di sepanjang tahun 2022 menerusi TikTok dan sosial media lain. Mungkin sesetengah makanan yang di senaraikan ini sudah biasa didengar dan dirasa oleh penggemar atau sesetengah orang tetapi ia juga fresh untuk anda yang baru ingin mencuba. 


Jadi jom kita selongkar, senarai makanan yang tiba-tiba viral di TikTok 2022

Donut Susu Viral
Donut susu viral Gebu Gabas RM3 untuk 5 Biji Donut dekat PANDAN JAYA! Ini lah dia Tempat kalau nak makan Donut Susu Viral dengan Flavour! Kelembutan donutnya macam Big apple dan Dunkin weh!



Pani Puri
Pani puri ialah makanan “streetfood” yang berasal dari India yang mempunyai pelbagai rasa seperti rasa manis, masam, pedas yang cukup dan sesuai dimakan untuk tekak malaysia. Keropok berbentuk bulat akan dipecahkan pada bahagian tengah untuk memuatkan intinya yang digual dan dilenyek rata. Setelah itu, keropok yang dilubang tengah itu akan dicelupkan dengan air asam memenuhi pani puri. 

Cara makannya pula perlulah hanya sekali suapan bagi memastikan semua rasa sebati di dalam mulut anda. Makanan ini mula viral di kedai serbaneka Khan Foods yang terletak di Jalan Raja Laut Chow Kit KL.

Foto : foodviva


Cendawan Enoki Butter
Viral di laman media sosial bila ada perkongsian resepi dari seorang pelakon popular yang menggunakan cendawan enoki. 

Menunya adalah cendawan enoki butter yang hanya menggunakan bahan yang mudah dan cara masak pun memang senang. Cuma, anda kena pastikan step masakan adalah betul supaya hidangan tidak menjadi muak apabila dimakan.

Foto : Cookpad

Kunafa Cheese dan Cream

Kunafa ialah pencuci mulut dari negara timur tengah iaitu Turkey yang dibuat dengan pastri seperti mi nipis atau adunan semolina halus, manis berasaskan gula dan biasanya berlapis dengan keju atau krim. Makanan ini terus menjadi viral dan ramai yang ingin mencubanya dek kerana tidak pernah merasai sebelum ini. Salah satu kedai yang menjadikan makanan dari timur tengah ini viral ialah di foodcourt level 1 Pavilion. 

Kedai ini menghimpunkan beberapa jenis makanan dari timur tengah dan juga owner kedai tersebut juga diimport dari negara timur tengah kerana itu juga ramai wanita yang datang membeli sambil mencuci mata mereka. Antara makanan lain yang boleh dicuba adalah Mandy Chicken Rice, Baklava, Dan Lamb Biryani.


Link tiktok :Kunafa viral

Jagung Cheese Leleh

Pengolahan jagung yang diletakkan keju diatasnya sebagai top makanan tersebut telah membuatkan ramai penggemar makanan terliur dengan presentation makanan tersebut. Rasa sama seperti jagung susu dan hanya meletakkan keju yang disagat penuh diatas jagung tersebut telah membuatkan makanan ini viral kembali dan banyak juga vendor atau gerai-gerai kecil menjual jagung cheese leleh ini. Jagung leleh viral ini boleh juga didapati berhadapan klinik kesihatan Meru hanya waze sahaja dan anda akan sampai ke destinasi anda.




Biscoff Milkshake

Biscoff terdapat dua jenis iaitu biskut biscoff dan biscoff spread. Lebih kurang dua tahun yang lepas biscoff telah viral dengan dessert yang diolah menjadi pelbagai pemanis mulut seperti Biscoff Cheesecake, Biscoff Burn Cheesecake, Tart Biscoff dan pelbagai lagi. Tetapi, pada tahun ini ada kelainan yang dibuat iaitu mengolahkan biscoff ini dalam bentuk milkshake yang kini viral di Tiktok. Rasa lemak-lemak manis vanilla ice dan biscoff spread membuatkan ramai yang ingin mencubanya dan juga telah mendapat review yang baik oleh warga tiktok. Dapatkan biscoff milkshake yang terletak berhadapan Dewan Melati Seksyen 7 Shah Alam.


Foto : hungryhealthyhappy



Royce Chocolate

Disebabkan drama Korea “Strong women Do Bong Soon” Royce Chocolate menjadi viral dan ramai yang ingin mencuba merasainya. Disebabkan rasa coklat ini sangat legit dan mempunyai tekstur yang lembut tidak hairanlah ramai yang ingin mencubanya apatah lagi bagi penggemar coklat. Boleh didapatkan di Lot P1.25.03, Level 1, Pavilion Kuala Lumpur Mall. Selamat mencuba!



Naise Tomyum Viral Ipoh

Gerai ini menyediakan makanan tomyam Bangkok yang mempunyai pilihan mee mengikut selera anda seperti bihun, kuey teow atau maggi. Satu set mempunyai datang dengan dua mangkuk berharga RM20. Rasanya pekat dan pedas membuatkan warga Tiktok terliur untuk merasai sendiri tomyum tersebut. Di atas tomyum tersebut juga dihiasi empat ekor udang yang segar bersama dengan portion yang banyak membuatkan mereka yang ingin mencuba perlu beratur panjang untuk mendapatkannya. Walaupun terletak di Naise street food, Ipoh ramai juga yang menetap di tengah-tengah kota sanggup datang jauh bagi menikmati rasa sebenar tomyum viral tersebut.



Kek Titisan Hujan

Kek ini asalnya dari Jepun dengan nama Mizu Shingen Mochi. Kini popular di Amerika dengan nama Raindrop cake juga ia dikenali sebagai gigitan magis. Rasa yang lembut seperti jelly dan dikenakan bersama topping pilihan sepert air gula melaka dan kekacang membuatkan ia menjadi kombinasi yang menarik apabila dikunyah sebati di dalam mulut. Makanan ini juga telah menjadi viral dan ada juga yang membuat kek ini di rumah. Makanan ini viral di malaysia bermula di gerai concubine lane, Ipoh.

Link tiktok : Kek titisan hujan

Apam Balik Tebal (Murtabak Indonesia)


Biasanya apam balik yang dijual digerai-gerai hanya meletakkan kacang hancur dan jagung didalam isinya. Kali ini Eh! mahu kongsikan apam balik yang mempunyai pelbagai inti seperti pisang + chocolate, nutella + cheese, dan nutella + cheese yang membawakan versi yang berbeza. Isi yang padat, mampat dan sedap ini menjadikan gerai ini viral di Tiktok kerana isinya yang banyak dan tidak kedekut. Waze sahaja Maroz Tailoring, Keramat dan anda akan sampai di gerai ini.


Link tiktok :Apam balik unique

Crab Rangoon


Crab rangoon menjadi viral di Tiktok disebabkan cara penyediaannya yang mudah. Snek ini memang sedap dan sesuai dijadikan snek dan kudapan di rumah. Resipi asal menggunakan kulit wantan segera yang boleh diperolehi di pasaraya intinya pula berasaskan isi ketam dan juga cream cheese. Rasa ranggup, berlemak dan dicicah bersama sos pilihan menjadikan snek ini pembuka selera pada waktu petang. Disebabkan ramai yang warga Tiktok kongsikan cara pembuatannya dan mudah untuk disediakan ia menjadi viral dan ikutan ramai untuk cuba membuat Crab Rangoon yang ranggup ini.

Foto : kitchenswagger

Link Tiktok : Crab Rangoon


Sedapnya, rasa nak cuba. Menarik sungguh

Sekian.
 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post