Kadar Agihan Dividen & Bonus ASB 2022

Bila tiba hujung tahun pastinya ramai yang tertunggu-tunggu berapa dividen yang diumumkan oleh pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bagi produk Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang mana ramai pelabur yang terlibat.


Jadi pada 22 Disember 2022, pihak PNB telah mengumumkan dividen atau pengagihan pendapatan ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 adalah 5.1 sen seunit atau 5.1% iaitu 3.35 sen seunit untuk jumlah pengagihan, 1.25 sen seunit untuk bonus dan 0.50 sen seunit untuk bonus tambahan.

Bonus tambahan adalah terhad kepada 30,000 unit pertama sahaja. Kalau bahasa mudahnya, hanya RM30,000 dalam pelaburan ASB anda sahaja yang akan dapat bonus tambahan 0.50 sen tersebut. Manakala 4.60 sen seunit (3.35 + 1.25) untuk keseluruhan jumlah pelaburan anda.

Keseluruhan pengagihan ini membabitkan RM8.9 bilion dengan melibatkan 10.6 juta pemegang saham ASB bagi tahun ini.



Untuk perbandingan kadar pengagihan pendapatan atau dividen

2019 : 5.00 sen seunit + 0.50 sen seunit (bonus) = 5.50

2020 : 3.50 sen seunit + 0.75 sen seunit (bonus) + 0.75 sen seunit (bonus tambahan) = 5.00

2021 : 4.25 sen seunit + 0.75 sen seunit (bonus) = 5.00

2022 : 3.35 sen seunit + 1.25 sen seunit (bonus) + 0.50 sen seunit (bonus tambahan) = 5.10



Tarikh Dividen dikreditkan ke dalam ASB adalah pada 1 Januari 2023 dan urusniaga ASB Di semua saluran adalah 3 januari 2023.

Dividen tahun ini antara dividen yang rendah tapi tak serendah pada tahun 2020.

Tapi pulangan di ASB boleh dikatakan releven jika kita buat perbandingan dengan pelaburan lain yang dalam katogeri pelaburan risiko rendah seperti fixed deposit atau simpanan tetap.

Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post