Kadar Tol Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) Yang Sudah Dikenakan Bayaran

Pengguna Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash) akan dikenakan bayaran tol bermula pada 12.01 tengah malam, 1 Disember (Khamis).



Dash dalam kenyataan hari ini berkata kadar tol sama dikenakan kepada pengguna yang melalui tiga plaza tol lebuh raya Dash iaitu Plaza Tol Denai Alam, Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara) dan Plaza Tol Kota Damansara mengikut kelas kenderaan.

“Kadar tol bagi kenderaan jenis kereta ialah RM2.30, lori RM4.60, treler RM6.90, teksi RM1.20 dan bas RM2.30.

“Kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan RFID,” katanya.

Lebuh raya Dash ialah satu daripada enam lebuh raya kendalian Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), pengendali lebuh raya terbesar di Lembah Klang.

Pada majlis perasmian pembukaan lebuh raya Dash pada 13 Oktober lepas, kerajaan mengumumkan lebuh raya sepanjang 20.1 kilometer itu dibuka kepada pengguna secara percuma bermula 14 Oktober sehingga 30 November. 


Kadar tol yang dikenakan adalah seperti berikut: 
Cars - RM2.30
 Taxis - RM1.20 
Busses - RM2.30 
Lorries - RM4.60 
Trailers - RM6.90 

DASH adds that the toll payments will be charged at: Denai Alam Toll Plaza RRIM Toll Plaza (Kwasa Damansara) Kota Damansara Toll Plaza.

Sekian.


Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post