Senarai Penuh 16 Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK2022)

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2022 diadakan secara maya hari ini bagi meraikan pemain, jurulatih, pasukan, pegawai dan kelab penyokong terbaik sepanjang Liga Malaysia musim ini. Ia disiarkan secara langsung di Facebook Malaysian Football League (MFL) dan UnifiTV.


ABK 2022 menyaksikan JDT mendominasi kategori pemenang anugerah yang dipertandingkan dengan Arif Aiman Hanapi menggondol gelaran Pemain Muda Terbaik, Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP). Manakala ayam tambatan mereka dari Brazil, Bergson da Silva pula menggondol anugerah Penjaring Gol Terbanyak Import Liga Super dan Pemain Import Terbaik. JDT turut meraih anugerah Pasukan Terbaik Liga Malaysia musim ini.


Walaupun tidak bertanding dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan, PJ City meraih dua anugerah iaitu Penjaring Gol Terbanyak Tempatan Liga Super (Darren Lok) dan Anugerah Fair Play. Manakala penjaga gol Negeri Sembilan, Syihan Azmi diangkat sebagai Penjaga Gol Terbaik.


Jurulatih baru Kedah, Nafuzi Zain pula dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik berikutan pencapaiannya bersama Terengganu musim ini. Manakala gol jarak jauh Mukhairi Ajmal Mahadi untuk Selangor diiktiraf sebagai Gol Terbaik Liga Malaysia 2022.


Senarai pemenang ABK 2022.

Keputusan ABK 2022:Anugerah Fair Play: PJ City FC


Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022
Daryl Sham (Johor Darul Ta’zim Ii) Dan Nurshamil Abd Ghani (Kelantan Fc)


Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022
Abu Kamara (Kuching City Fc)


FAN XI
Berikut merupakan kesebelasan terbaik dan jurulatih pilihan penyokong Liga Malaysia!


Penjaring Gol Terbanyak Tempatan Liga Super: Darren Lok (PJ City)


Penjaring Gol Terbanyak Import Liga Super: Bergson da Silva (JDT)


Penjaga Gol Terbaik: Syihan Hazmi (Negeri Sembilan)


Pemain Pertahanan Terbaik: Shahrul Saad (JDT)


Pemain Tengah Terbaik: Afiq Fazail (JDT)


Pemain Muda Terbaik: Arif Aiman Hanapi (JDT)


Pemain Import Terbaik: Bergson da Silva (JDT)


Penyerang Terbaik: Arif Aiman Hanapi (JDT)


Jurulatih Terbaik: Nafuzi Zain (Terengganu)


Gol Terbaik Liga Malaysia 2022: Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor)


Pasukan Terbaik: JDT


Pemain Paling Bernilai (MVP): Arif Aiman Hanapi (JDT)


Tahniah kepada semua pemenang.


Kredit : Malaysian Football League

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post