30 Nama Warna Dalam Bahasa Melayu Klasik Orang Dulu-Dulu

Terdapat pelbagai jenis Warna yang menceriakan dunia sekeliling kita.
warna kata nama sinonim dengan rona. Warna merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar.  



 Menurut jantungmelayu, warna ada banyak variannya dalam bahasa Melayu. Ada 11 varian warna biru, 12 varian warna putih, 14 varian warna kuning, 15 varian warna hitam, 26 varian warna merah dan banyak lagi.
Senarai nama nama warna dalam Bahasa Melayu

Perak/Silver : Galuh
Merah/Red : Biram
Ungu/Purple : Kundang
Merah Jambu/Pink : Kalas/Samor
Emas/Gold : Kencana
Violet (Warna biru kemerah-merahan, merah ungu) : Lembayung
Teal (Warna biru kehijau-hijauan, hijau tua) : Wilis
Vermillion (Warna oren kemerah merahan, merah merona) : Jernang
Indigo )Warna biru tua keungu-unguan, nila) : Tarum
Ivory (Warna putih kekuning-kuningan) : Gading
Turquoise (Warna biru kehijau-hijauan) : Firus
Beige (Warna coklat kekuningan) : Kapuk
Cyan (Warna biru kehijau-hijauan) : Nilangsuka
Amber (Warna kuning kemerah-merahan) : Layung
Royal Blue (Warna biru gelap) : Nilakandi
Orcchre (Warna kuning keperangan) : Hartal
Azure (Warna biru gelap seperti warna permata lapis lazuli) : Lazuardi
Amethyst (Warna ungu/lembayung seperti warna batuan Amethyst) : Kecubung
Plum (Warna merah keungu-unguan) : Ijas
Lavender/Periwinkle (Warna ungu/lembayung yang lebih cerah/terang seperti warna bunga lavender) : Gandaria
Salmon (Warna merah jambu kejingaan seperti ikan salmon) : Jingga Kesumba
Olive (Warna hijau gelap kekuningan seperti buah zaitun) : Zaitun
Scarlet (Warna merah menyala yang hampir sama dengan warna jingga) : Kirmizi
Verdigris (Warna biru kehijauan yang terhasil pada tembaga yang terdedah terlalu lama kepada persekitaran) : Kerak Terusi
Grenadine (Campuran warna merah dan merah jambu menghasilkan seakan akan merah delima) : Dewangga
Hijau/ Green : Gadung
Biru/ Blue : Belau
Hitam / Black : Langking
Merah/ Red : Jahang
Gangsa / Bronze : Perunggu

Menarik bukan nama-nama warna dalam Bahasa Melayu klasik atau bahasa melayu lama yang kita tak tahu dan jarang dengar. Selain varian warna di atas , terdapat nama varian lain daripada 7 warna utama alam melayu.

Sedia maklum kita tahu bahawa warna asas atau dikenali warna primer adalah warna utama dalam pembentukan warna-warna yang pelbagai.

Warna asas ada 3 warna iaitu :

Merah
Biru
Kuning

Warna sekunder

Warna Sekunder ialah warna yang terhasil daripada campuran dua warna asas dan mempunyai tiga warna sekunder :

Warna Asas 1 + Warna Asas 2 = Hasil Warna
Merah + Kuning = Jingga
Kuning + Biru = Hijau
Biru + Merah = Ungu

Warna tertier

Campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya. Warna tertier terdiri daripada 6 warna.

Warna Asas + Warna Sekunder = Hasil Warna

Kuning + Hijau = Kuning Hijau
Kuning + Jingga = Kuning Jingga
Merah + Jingga = Merah Jingga
Merah + Ungu = Merah Ungu
Biru + Ungu = Biru Ungu
Biru + Hijau = Biru Hijau 
Orang dulu kalau sebut warna kelabu mesti sebut kelabu tahi anjing. Teringat juga scene dalam cerita Ali Baba Bujang Lapuk si Ketua Penyamun (P.Ramlee) marah Sarjan (Ibrahim Pendek) sebab salah pangkah rumah. Kelabu asap!"

p/s : boleh la lepasni… yg jual tudung ke lipstik guna nama nama ni

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post