Bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini akan diteruskan bagi tahun 2023 menurut ucapan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dalam Sidang Parlimen Dewan Rakyat, 20 Disember 2022. Beliau telah membentangkan peruntukan khas (bajet mini) untuk perbelanjaan perkhidmatan berjumlah RM107 billion yang seterusnya telah diluluskan sebulat suara Dewan Rakyat termasuklah pengumuman berkaitan Bantuan tunai takyat yang kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Menurut beliau juga, bayaran BTR fasa 1 akan disalurkan awal pada bulan Januari 2023 dan bukanlah pada bulan Mac sepertimana yang diumumkan sebelum ini.
CARA SEMAK STATUS LAYAK FASA 1 STR
1. Layari Portal Rasmi STR
4. Pastikan kata kunci keselamatan betul (sama seperti BKM)
5. Masukkan kata laluan (sama seperti portal BKM)
6. Setelah berjaya log masuk, klik Semakan Pembayaran Fasa 1
7. Maklumat akan dipaparkan.
Apa itu Sumbangan Tunai Rahmah STR?
‘Saya mengambil pertimbangan untuk menyegerakan bantuan ini kerana masalah pekebun kecil getah dan petani, nelayan terutamanya di Terengganu & Kelantan yang terpaksa menanggung kesempitan akibat banjir, maka jadual bayaran pada bulan Mac itu akan diawalkan supaya mereka perolehi bantuan tunai ini pada bulan Januari’ ujar Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ‘Bayaran Fasa 1 bantuan tersebut akan memberi manfaat 9 juta penerima dengan peruntukan RM 2 billion.
Jumlah bayaran pula adalah sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah manakala yang masih bujang adalah sebanyak RM100′ kata Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat sesi pagi hari Selasa. Pengumuman ini diharapkan dapat memberi nafas lega kepada rakyat-rakyat Malaysia khususnya mereka yang terkesan dengan musibah banjir Dewan Rakyat pada hari Selasa, 20 Disember 2022 telah pun sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.
Ini telah dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat setelah tiada perbahasan untuk kedua-dua usul yang telah dibentangkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) : Borang Permohonan, Semakan Status & Tarikh Bayaran Berikut dikongsikan perincian mengenai STR terkini untuk rakyat yang disahkan untuk diteruskan pada tahun 2023 serta maklumat lain yang berkaitan.
TERKINI: Bantuan Tunai Rakyat kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Dibayar Mulai 17 Januari 2023 (Selasa) Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan media.
CARA SEMAK STATUS LAYAK FASA 1 STR
1. Layari Portal Rasmi STR
2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik Log Masuk
4. Pastikan kata kunci keselamatan betul (sama seperti BKM)
5. Masukkan kata laluan (sama seperti portal BKM)
7. Maklumat akan dipaparkan.
Klik Maklumat Bayaran untuk status penkreditan.
Apa itu Sumbangan Tunai Rahmah STR?
Ianya adalah bantuan tunai untuk B40 yang diberikan setiap tahun seperti yang diperuntukkan oleh kerajaan dalam pembentangan bajet tahunan khusus untuk rakyat. Antara bantuan seperti ini bagi tahun sebelumnya termasuklah BKM, BPR, BSH dan BR1M.
Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Maka program bantuan tunai STR ini dilaksanakan.
Bayaran Fasa 1 Seperti bantuan-bantuan sebelum ini, bayaran bantuan dibuat secara beberapa fasa. Bagi bantuan tahun 2023, bayaran Fasa 1 akan dibuat seperti berikut:
Tarikh Bayaran Fasa 1 :
Diawalkan mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat (berbanding Mac seperti dimaklumkan sebelum ini) Jumlah Bayaran Fasa 1
Bayaran STR fasa 1 bagi 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pengkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti berikut:
Isi rumah : RM 300
Warga Emas
Tiada Pasangan : RM100
Bujang : RM 100
Siapakah yang layak menerima pembayaran pada Fasa 1 STR 2023?
Penerima STR 2023 yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022.
Penunaian Di BSN
Bagi openerima STR yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 17 Januari 2023.