6 Lokasi Restoren Milik Chef Terkenal Di Malaysia

Tau atau tidak sebenarnya, Chef terkenal di Malaysia mempunyai restoren mereka yang tersendiri bagi peminat menikmati hidangan dan signature food sentuhan chef-chef terkenal ini.

Jadi jom kita selongkar lokasi restoren chef terkenal di Malaysia.

1. Chef Gordon Ramsay - Restoren Bar & Grill
Disenaraikan sebagai antara chef terbaik di dunia, anak kelahiran Scotland kini mempunyai 35 buah restoran di seluruh pelosok dunia – dari selatan New Zealand sehingga di kawasan pergunungan Maghribi. Kini sudah dibuka di Malaysia.

Alamat: Lobby Level Sunway Resort, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Nombor Telefon: +6 03-7492 8000
Waktu Buka: Setiap hari, 10 pagi hingga 11 malam


 
2. Chef Wan - De.Wan 1958 / Cafe Chef Wan
De.Wan 1958 oleh Chef Wan mempersembahkan pengalaman pengembaraan masakan Malaysia moden yang dihidupkan oleh chef dan duta kulinari, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan. 

Menunya? Lauk pauk orang Melayu — macam rendang daging, bubur pulut hitam, kambing kuzi dan juga ada lauk Nyonya dan Peranakan sikit.


3. Chef Zubir - Laman Grill Steak & Bar-B-Que
chef selebriti yang cukup terkenal dalam rancangan Master Chef di saluran tv tempatan iaitu Chef Zubir.Chef Zubir semestinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menggunakan kemahirannya yang ada untuk membuka kedai makan yang diberi nama Laman Grill. Terdapat beberapa cawangan di KL dan Selangor.  

Jika ke Laman Grill, tentu sekali pelanggan akan mencuba pelbagai steak di restoran itu sebab Chef Zubir memang terkenal dengan kepakarannya dalam penyediaan steak.

  
4. Chef Ammar - Restoren Chef Ammar
7 STAR Nasi Mandy Saffron Egg with Lamb Shank & Chicken Kabsa daripada Chef Ammar yang viral sewaktu Ramadan dengan jualan lamb Shank di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam.

No 12, Jalan Usj 4/1, Usj 4,, Subang Jaya, Malaysia


5.  Chef Dato' Ismail  (Restoran Rebung)
Chef Ismail memang terkenal dalam dunia masakan tanahair. Beliau merupakan pakar masakan Melayu dan kampung.Chef Ismail membuka restoran yang dikenali sebagai Restoran Rebung di Bangsar, Kuala Lumpur. Restoran ini dibuka bersama seorang lagi dikenali ramai iaitu angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Makanan di restoran ini tentu sekali masakan Melayu dan masakan kampung.

5-2 Cascade Parking Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur



6. Chef Nobuyuki Matsuhisa - Nobu Kuala Lumpur
Untuk pengalaman menjamu selera Jepun-Peru yang benar-benar dalam suasana yang canggih, lihat Nobu, Kuala Lumpur. Restoran itu mencetuskan heboh di media apabila ia mula dilancarkan pada 2015 oleh pemilik Chef Nobuyuki Matsuhisa dan pelakon terkenal Robert DeNiro. 

Dapur kini dikendalikan oleh Chef Philip yang berbakat yang mempunyai pengalaman dan kepakaran luas dalam masakan masakan Jepun-Peru. Daripada pengalaman omakase yang dipilih susun kepada sushi dan sashimi yang lazat, restoran ini mempunyai semuanya.

Alamat: L4A-05, Level 4A Shoppes di Four Seasons Place Kuala Lumpur No, 145, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Nombor telefon: +6 03-2380 0028
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 11.45 pagi hingga 2 petang, 6 hingga 10.30 malam, Sabtu dan Ahad 1 petang hingga 4 petang, 6 petang hingga 10.30 malam


Lain-Lain Restoren Selebriti 

Chef Sherson Lian - Makhan oleh Kitchen Mafia (bersama Chef Johnny Fua)

Chef Zam -Food Theory Kitchen
Selain mengajar khursus kulinari, Chef Zam juga membuka sebuah restoran yang diberi nama Food Theory Kitchen di Petaling Jaya. Antara menu yang terdapat di restoran tersebut termasuk Pasta, Spaghetti, dan Mee Kari.

Chef Nik Michael - PickNik
Chef Michael membuka sebuah restoran bernama PickNik yang menggunakan konsep dapur terbuka. Antara menu masakan restoran ini ada makanan Barat. Makanan yang terdapat di restoran ini adalah seperti Pasta, Lamb Steak dan Salmon. Ia juga menyediakan Nasi Lemak bagi menu masakan Malaysia. Restoran PickNik terletak di Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Chef Adu - Kafe The Canteen
Kafe The Canteen By Chef Adu di Muzium Tekstil Kuala Lumpur, menyediakan resipi sihat dengan suasana kafe merentas budaya dan sejarah.

Kafe berkonsep muzium dilengkapkan dengan perabot dan hiasan dari pelbagai budaya diimport dari Turki, Eropah sebagai ekspresi diri Chef Azu atau nama sebenar Adu Amran Hassan, 46, yang menyanjungi dunia sejarah, seni, budaya dan fabrik.

Antara hidangan popular di Kafe The Canteen adalah Laksa Johor Kuah Ikan Tidak Kedekut, Nasi Lemak Tidak Telanjang, Nasi Pesto Selasih, Beef Teriyaki, Rojak Darat dan Brownies Pisang Salai Nostalgia.


Bukan senang nak usahakan kafe dan restoran. Seperti dalam perniagaan lain pasti ada naik turunnya. Ia sedikit sebanyak memberikan imej yang baik kepada artis tanah air yang bekerja keras dan berani mencuba perkara baru. Anda pula jangan lupa singgah di kafe-kafe ini ya! Kalau bernasib baik dapat jumpa dan bergambar dengan tuan kedai!

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post