6 Perkara Perlu Lakukan Di Usia Muda Agar Tidak Menyesal Di Hari Tua

PERKARA YANG ANDA PATUT LAKUKAN DI USIA MUDA AGAR TIDAK MENYESAL DI HARI TUA. 



Catatan ini ditujukan kepada rakan yang masih ‘teenagers’ bawah umur 30. Semoga ianya menjadi pendorong kepada anda semua untuk ‘strive to be the best’ dalam kehidupan.


1. Kelilingi diri anda dengan rakan-rakan yang positif
Jim Rohn (seorang motivational speaker) : “You are the average of the five people you spend the most time with.” Ianya tersangat tepat kerana jika anda ingin berjaya dalam hidup, berkawanlah dgn org yg berjaya.

Banyak kali saya perhatikan seorang non smoker akhirnya menjadi seorang smoker apabila berkawan dengan smokers Studies mendapati jika anda bergaul dengan orang obese,ada 45% kemungkinan anda sendiri menjadi obese dalam 2 hingga 4 tahun. Your friends really are your future.

2. Worry less and enjoy life
Ada manusia yang suka dengan penyakit resah risau dan setiap kerja, mereka akan risau. Worry yang berlebihan boleh mengundang kepada penyakit yang lebih teruk iaitu ‘Anxiety Disorder’. Ada beberapa cara saya tackle masalah worry ini :

- mind control. Think of the worst that could happen. Adakah anda akan mati jika rancangan tidak berhasil. Tentunya tidak. Anda masih boleh terus hidup dan berusaha lagi untuk mencapai matlamat.

• siapkan pelan kontigensi. Jika plan A tidak berhasil, pergi ke plan B dan seterusnya. Sentiasa baca surah Al-Inshirah (surah 94). Memang surah ini sangat berkesan dan mustajab untuk menghilang penyakit risau dan saya selalu mengamalkannya

• talk to your trusted friends about your worries. Meluahkan kerisauan kepada seseorang boleh mengurangkan beban kerisauan tersebut. • exercise dan tidur. Beriadah dan tidur cukup boleh meringankan apa apa masalah yang anda risau.

Jika anda boleh ‘tackle’ penyakit worry ini, insyaAllah anda boleh enjoy life to the fullest sehingga umur tua.



3. Travel diusia muda
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran menggalakkan umat manusia berkelana ke setiap pelusuk dunia. Tidak ada ayat yang menyuruh manusia travel bila cukup kewangan.

Travel boleh dilakukan mengikut kemampuan masing-masing. Anda tidak perlu musafir jauh keluar negara, kerana bermusafir dalam negeri pun boleh menimba berbagai pengalaman dan membuka minda.

Alhamdulillah saya telah mula travel dari usia belasan tahun dan ianya telah menguatkan jiwa saya tika menghadapi kehidupan beranjau.


4. Learn to speak well
Sepanjang zaman pekerjaan, saya dapat perhatikan bagaimana seseorang boleh mencatat kejayaan kerjaya sehingga mencapai tahap yang tertinggi. Apa yang common tentang mereka ini?

Adakah mereka pandai bekerja? Tidak, kerana jika bab skil bekerja ada 1000 orang lain boleh melakukan kerja yang sama, mungkin lebih sempurna lagi. 9 dari 10 orang yang cepat naik pangkat bukan setakat mereka pandai bekerja tetapi mereka pandai bercakap terutama public speaking

Mereka pandai ‘collect their thoughts’ dan berbicara menyampaikannya kepada ramai. Public speaking bukan inbuilt secara auto dalam diri atau sudah mempunyai kelebihan bercakap dari kecil tetapi ianya mesti nurture atau dipupuk.

Belajar cara mengolah idea dan perkataan agar pendengar faham apa yang anda perlu sampaikan. Practice public speaking skills and learn to speak well. Acquire the skills and you’ll be on your way to success in your fields.


5. Choose your parents carefully 
 
Mahathir pernah ditanya bagaimana beliau masih sihat dan berupaya untuk cergas berfikir dalam umur 90’an. Beliau menjawab ‘Choose your parents well’.

Tentu ianya perkara mustahil tidak seperti kebebasan kita memilih pasangan hidup. Jika difikir secara mendalam memang benar, ‘we are who our parents are’. Ini bermakna kita akan mengikut perangai dan kesihatan ibu bapa kita.

Saya pernah menceritakan sebelum ini kisah seorang rakan yang telah kehilangan bapa, semua abang dan semua pak sedara ketika mereka berumur 40. Ketika 40, kesemua mereka meninggal dunia kerana heart attack.

Rakan saya ketika itu berumur 38 tetapi sangat kerisauan kerana menjangkakan tidak akan hidup lama. Beliau telah sedar perkara ini dari umur belasan tahun dan telah merubah gaya hidup kepada lebih aktif, menjaga pemakanan sihat dan sentiasa membuat full medical checkup.

Sekarang rakan saya ini berumur 58 tahun dan masih sihat walafiat. Beliau telah dapat merubah statistik yang dipikul oleh ahli keluarga selama ini. Kaji kesihatan ibu bapa anda dan kemungkinan besar anda akan mewarisi apa apa penyakit yang mereka alami.

6. Rancang kewangan dari muda
Semasa dalam jagaan ibu bapa ramai tidak memikirkan masalah kewangan kerana parents akan membantu jika menghadapi kebuntuan. Walaupun sudah bekerja, mereka masih berharap pertolongan dari ibu bapa.

Apabila tahu ada orang dibelakang yang akan ‘bail you out’ jika bermasalah, anda tidak dalam positive stress mode dan tidak akan pandai belajar berdikari. Saya nasihatkan kepada orang muda untuk mula memikirkan halatuju kepada zaman bersara sekarang ini, sebelum umur capai 30.

Sebenarnya zaman bersara pada umur 50 atau 60 tidak jauh sangat dan masa yang sesuai untuk mencatat strategi adalah ketika muda. Anda perlu berusaha dari sekarang untuk mendapat passive income ketika bersara, ‘retire young retire rich’. Wallahua’lam



Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post