Senarai Penuh Pemenang The Last Trio Standing Musim 1 2022/2023, Brigade Juara!

Seorang komposer, penyanyi & newbie membentuk gabungan Trio untuk mempersembahkan lagu komposisi baru! Trio manakah yang mampu menjadi The Last Trio Standing?  


Daripada 10 trio yang bertanding, hanya 5 yang layak ke peringkat final iaitu DARMI, BRIGADE, UTAMA, ADAM dan TRIVOCE. Trio-trio ini adalah terdiri daripada seorang komposer, penyanyi dan pendatang baru dalam industri.

Pada pentas akhir, para peserta perlu mempersembahkan 2 tugasan mengikut tema berasingan iaitu Melompat Lebih Tinggi dan Permintaan Hati. Ini bermakna mereka perlu menyediakan 4 lagu untuk dipersembahkan.

Daripada 4 lagu tersebut, skuad elit akan memilih 2 lagu daripadanya untuk dipersembahkan. Untuk pusingan akhir ini, skuad elit adalah terdiri daripada Joey Daud, Erra Fazira, Scha Alyahya, Haniff Hamzah dan Misha Omar

Manakala kesemua persembahan akan diadili sepenuhnya oleh 2 juri tetap seorang juri jemputan yang juga dikenali sebagai Muzik pro. Jennifer Thompsan dan Ajai sebagai juri tetap pada malam itu Dato Sri Siti Nurhaliza dijemput sebagai juri jemputan.

Senarai Pemenang The Last Trio Standing 2022 


Berikut merupakan senarai penuh pemenang mengikut kategori bagi program The Last Trio Standing 2023

Penyanyi Baharu Terbaik - Fidi ADAM (RM5000)


Penyanyi Terbaik - Amir Masdi BRIGADE (RM5000)


Komposer Terbaik - Tomok BRIGADE (RM5000)


Tempat ke-5 - D'ARMI

Tempat ke-4 - UTAMA

Tempat ke-3 - TRIVOCE

Naib Juara - ADAM

Juara - BRIGADE




Tahniah kepada semua pemenang

Saksikan The Last Trio Standing, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria dan strim di Astro GO.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post