7 Jenis Lemang Popular Selain Lemang Tepi Jalan Yang Susah Nak Jumpa Sekarang

Lemang merupakan antara menu pelengkap di hari raya, kalau tiada terasa seperti ada yang kurang.
Terdapat pelbagai jenis ini selain lemang biasa yang boleh didapati dengan senang di tepi jalan, terdapat banyak lagi versi lemang yang jarang kita dengar dan jumpa sekarang ini.  


Kalau datang berkunjung ke rumah itu sekali dihidangkan pula dengan lemang rare ini, korang memang bertuah!

1. Lemang Daun Lerek
Lemang daun lerek digunakan sebagai alas kerana dikatakan berkhasiat dan aromanya yang mampu membangkitkan selera. Pelanggan suka lemang daun lerek ini kerana buluhnya tidak perlu dibelah ia mempunyai daun bertangkai dan mudah untuk dikeluarkan untuk dihidangkan.





2. Lemang Pulut Kuning
Pulut kuning ini mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Pulut ini sifatnya melekit dan bila masak, butiran berasnya rapat.
 

3. Lemang Tepung
Lemang tepung ataupun nama lainnya Kelamai ini dihasilkan menggunakan tepung gandum sebagai bahan utama selain tepung pulut, santan dan gula kabung, iaitu manisan popular negeri Pahang, yang dihasilkan daripada air nira pokok kabung.

Lemang tepung ini juga jika dilihat dari luaran, ia sama sahaja seperti lemang yang diperbuat daripada beras pulut, iaitu juadah tradisional popular setiap kali sambutan hari raya.

Namun, saiz buluh yang digunakan haruslah lebih 'halus' berbanding lemang pulut, selain tiada daun pisang digunakan dan 'isi buluh' yang berwarna coklat.


4. Lemang Pulut Hitam
Pulut hitam juga ada dalam versi lemang. Lemang pulut hitam mempunyai resipi yang sama dengan lemang biasa cuma yang berbeza adalah penggunaan beras pulut hitam. Rupa dan texture lemang amat berbeza akan menjadi hitam.

Lemang pulut hitam 4jam setengah utk masak

 

5. Lemang Periuk Kera
Lemang periuk kera memang lain daripada yang lain. Perbezaan lemang periuk kera ini dari lemang biasa adalah dari segi rasanya yang enak berlemak manis ala amboi-amboi santan kelapa ala amboi-amboi.

Tapi disebabkan periuk kera adalah spesies tumbuhan yang terancam adalah sangat limited dan rare hidangan lemang periuk kera ini sekarang.


6. Lemang Durian
Siapa sangka durian pun pernah disebatikan dengan lemang. Lemang durian ini tidak begitu mendapat permintaan tinggi disebabkan ianya tidak boleh disimpan lama selain harganya yang sedikit tinggi berbanding lemang lain kerana isi durian itu sendiri yang mahal.


 
7. Lemang Jagung
Lemang jagung merupakan alternatif lain selain pulut hitam atau durian kerana jagung lebih murah dan senang didapati. Terdapat perbezaan dari segi rasa, kerana apabila ditambahjagung ianya menambahkan rasa manis jagung dalam lemang.


Korg dah pernah try yang mana?
Masih belum terlambat nak try kesemua flavor yg ada

Teringin makan makanan hari raya unik dan popular tapi semakin dilupakan? hah! cubalah
Sebelum Nak Beli Lemang Di Tepi Jalan, Pastikan Anda Tahu 8 Tip berguna untuk beli Lemang.

1. Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar
Sebabnya, wajib bakar lemang kat situ, takkan ada ‘lakonan’ je bakar lemang. Sesetengah ada yang kukus lemang tempat lain, dan bawak terus ke gerai dan layur je dekat bara api.
2. Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil
Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi beras pulut.
3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang
Nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik-balik, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Kesian korang.
4. Cuba minta diskaun kalau beli banyak. 
5. Jangan dan jangan, singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang.
6. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya ‘kepala’ yang dah kering.
7. Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya
Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Faham?
8. Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut
Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya akan bau masam basi macam tu.

Baca dan faham ,
save dulu mana tahu nak pergi beli lemang jap lagi berguna 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post