9 Tip Pilih & Beli Lemang Di Tepi Jalan, Jangan Sampai Rumah Mentah, Basi Pula!

Lemang antara hidangan raya yang dicari di hujung ramadan. Walaupun harganya sedikit 

Sebelum Nak Beli Lemang Di Tepi Jalan, Pastikan Anda Tahu 9 Tip Yang Peniaga Ini Kongsi!

 

1. Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar
Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah orang, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.

2. Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil
Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut.

3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang
Ini kerana, nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik-balik, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian costumer.

4. Cuba minta diskaun kalau beli banyak
Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila-gila. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…

5. Jangan dan jangan, singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang
Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan-tuan semua perasan, pallet kayu ni jarang anai anai sentuh kan?

6. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering
Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari. Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan x elok, jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang.

7. Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya
Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?

8. Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut
Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

9. Hak sebagai pembeli, tapi dengan adab
Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak-hak anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual.

Kalau ada masalah ke apa, kawtim dulu dengan tokey lemang. Sekarang zaman viral, lemang tak masak sikit dah viral. Kesian kat peniaga lemang ni, dah la meniaga lemang setahun 2x.

Kredit: Maskulin

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post