PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk balik kampung dan kembali ke Lembah Klang di Lebuhraya Utara-Selatan pada 19 April hingga 1 Mei 2023.
CADANGAN WAKTU PERJALANAN HARI RAYA AIDILFTRI LEBUHRAYA UTARA-SELATAN
Bagi pengguna lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kuala Kangsar-Bukit Merah) dan Johor, dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya lebih awal iaitu sebelum jam 9:00 pagi.Sekiranya anda menuju ke lokasi lebih dekat seperti Perak (Tanjung Malim-Ipoh), Negeri Sembilan dan Melaka dinasihatkan memasuki lebuh raya di antara jam 12:00 tengah hari hingga 3:00 petang.
Perjalanan kembali ke Lembah Klang di antara 19 April hingga 1 Mei, pengguna lebuh raya daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9:00 pagi.
Penggunaan aplikasi PLUS, Waze dan Google Map juga boleh membantu pengguna lebuh raya mendapatkan maklumat trafik terkini.
Kemudahan awam seperti tandas, stesen minyak di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan surau dibuka 24 jam setiap hari bersempena musim perayaan Aidilfitri untuk keselesaan pengguna lebuh raya.
Bermula tarikah 19, 20, 21 April 2023, pengguna lebuh raya dari Lembah Klang memasuki Plaza Tol Gombak mempunyai dua opsyen.
Opsyen pertama sekiranya anda menghala ke Pahang dinasihatkan bergerak jam 10 pagi hingga 2 petang. Untuk Terengganu dan Kelantan adalah jam 6 pagi hingga 10 pagi.
Opsyen kedua untuk bergerak ke Pahang pula adalah jam 8 malam hingga 11 malam sama seperti Terengganu. Kelantan pula bermula jam 5 petang hingga 8 malam.
Untuk perjalanan menghala ke Lembang Klang bermula 24, 25, 30 April dan 1 Mei, sekiranya anda dari Pahang, ANIH Berhad mencadangkan pada jam 8 pagi hingga 10 pagi atau 3 petang hingga 5 petang.
Untuk Terengganu, perjalanan pulang ke Lembah Klang dinasihatkan pada jam 11 pagi hingga 1 petang atau 6 petang hingga 8 malam. Kelantan pula pada jam 3 petang hingga 5 petang atau 10 malam hingga 12 tengah malam.
Pastikan baki e-Wallet dan kad Touch N’Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan demi mengelakkan sebarang masalah ketika di plaza tol.
Hati-hati di jalan raya!
Sumber: Facebook Lebuhraya Pantai Timur