Sam Ke Ting Akhirnya Dibebaskan, Ini Kronologi Tragedi Basikal Lajak Pada Tahun 2017
Tragedi basikal lajak yang berlaku di Johor Bahru pada 18 Februari 2017 mengorbankan 8 remaja dan beberapa lagi cedera.
Semalam (11 April) Mahkamah Rayuan telah melepas dan membebaskan kerani, Sam Ke Ting, 27, dari hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 berhubung insiden basikal lajak yang mengorbankan lapan remaja pada enam tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah sebulat suara mengetepikan hukuman tersebut yang sebelum ini dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap Ke Ting.
Kronologi kes basikal lajak
Berikut kami kongsikan kronologi tragedi basikal lajak dari mula insiden sehinggalah keputusan Mahkamah Rayuan semalam:
18 Februari 2017 – 8 Maut dan beberapa lagi cedera dirempuh sekitar jam 3 pagi
Sekumpulan remaja yang sedang bermain basikal lajak di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru dirempuh oleh sebuah kereta. Insiden yang berlaku pada awal pagi itu menyebabkan lapan remaja maut dan beberapa lagi cedera parah.
Kesemua remaja yang maut berumur antara 13 hingga 17 tahun.
Difahamkan kereta tersebut gagal mengelak lebih 20 hingga 30 kumpulan remaja berbasikal yang dipercayai memenuhi jalan pada jam sekitar 3 pagi.
28 Mac 2017 – Sam Ke Ting mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik Johor Bahru
Pemandu kenderaan tersebut, Sam Ke Ting yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Trafik Johor Bahru atas pertuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal membuat pengakuan tidak bersalah.
Mengikut kertas pertuduhan dia didakwa memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kematian penunggang basikal pada 3.20 pagi 18 Februari 2017 di Jalan Lingkaran Dalam.
Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

28 Oktober 2019 – Mahkamah Majistret JB bebas dan lepaskan Sam Ke Ting
Mahkamah Majistret Johor Bahru membebaskan Sam Ke Ting dari tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja.
Keputusan dilakukan Majistret Siti Hajar Ali tanpa memanggil Sam Ke Ting untuk membela dirinya selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

18 Febuari 2021 – Mahkamah Tinggi arah Sam Ke Ting bela diri
Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan Sam Ke Ting untuk membela diri atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan-lapan penunggang basikal terbabit.
Hakim Dr Shahanaz Sulaiman membuat keputusan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Sam Ke Ting.
Ini sekali gus mengetepikan perintah dibuat Mahkamah Majistret Johor Baharu pada Oktober 2019.

10 Oktober 2021 – Mahkamah Majistret kekal keputusan lepaskan Sam Ke Ting
Tidak sampai lapan bulan, Mahkamah Majistret mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan Sam Ke Ting yang juga seorang jurujual daripada tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak.
Sehari kemudiannya (11 Oktober) pihak pedakwaan memfailkan notis rayuan terhadap arahan pembebasan wanita berkenaan.

13 April 2022 – Mahkamah Tinggi perintahkan Sam Ke Ting dipenjara
Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan Sam Ke Ting yang kini seorang kerani dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000.
Hakim Datuk Abu Bakar turut mengarahkan responden untuk menjalani hukuman penjara enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Selain itu, dia juga akan hilang kelayakan memandu selama tiga tahun di mana proses tersebut akan mula berkuat kuasa sebaik sahaja Ke Ting selesai menjalani hukuman penjara.
18 April 2022 – Mahkamah Rayuan Putrajaya tangguhkan hukuman, orang ramai lancar petisyen untuk Ke Ting
Mahkamah Rayuan benarkan Ke Ting untuk menangguhkan hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi.
Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Hakim Datuk P Ravinthran bersama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebulat suara membenarkan permohonan Ke Ting yang diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar sehingga rayuan didengar.
Dalam pada itu beberapa pengguna media sosial mula melancarkan petisyen mahu Ke Ting dibicarakan dengan adil.
Dalam masa beberapa hari sahaja, petisyen itu telah berjaya mengumpulkan lebih 900,000 tandatangan.
Sam Ke Ting bagaimanapun memohon orang ramai agar tidak mendebatkan isu berkenaan sebaliknya percaya pada sistem perundangan dan kehakiman negara.
11 April 2023 – Mahkamah Rayuan bebaskan Sam Ke Ting
Selepas lebih lima tahun naik turun mahkamah, Sam Ke Ting akhirnya dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan.
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail ketika membaca penghakiman menjelaskan mahkamah mendapati pertuduhan yang dikenakan terhadap wanita itu adalah tidak betul dan cacat justeru sabitan adalah tidak betul.
Dengan keputusan ini, Sam Ke Ting kini bebas menjalani kehidupannya seperti orang biasa.