5 Trend Inovatif Sambut Lebaran Dengan Sampul Duit Raya Bertingkat, Sampin Instant, Pelita Solar dll

Bagi duit raya guna sampul dah terlalu biasa? tradisi pemberian duit raya tetap dikekalkan namun diberi nafas baharu dengan meletakkan pada sampul bertingkat, sampul candy dan macam-macam lagi trend yang berubah saban tahun seiring dengan perkembangan teknologi dan kreativiti orang. 

1. Sampul Raya Bertingkat
Mungkin Jadi Trend Lebaran Tahun Ini. Bayangkan dapat sampul duit raya bertingkat ni Raya tahun ini. Buka je ingat sampul duit raya biasa, sekali haaa berlapis-lapis beserta isi yang bertingkat-tingkat. Memang Suprised sangatlah dibuatnya

Sesuai untuk diberi sebagai kejutan kepada orang yang tersayang, Mak ayah, isteri atau suami tersayang. Sure Heboh!


2. Sampul Duit Raya Candy
Bila isi duit, tekan tepinya akan jadi bentuk seperti gula-gula sweet candy. Lain daripada lain sampul duit raya ni.



3. Batu Glow in the Dark 
Pakai batu glow in the dark! Buat kelainan sikit lepas ni lagi lawa! dari rumah org lain! mmg best pakai tak payah pelita dah lepas ni yer. 


4. Pelita Solar
Nak cari tempat jual minyak tanah susah dan mahal sekarang, jadi beralih pada tenaga solar pula sekarang. Automatik ON selepas malam tiba, ada sensor di atasnya yang charge menggunakan tenaga solar.



5. Pelita LED 
Dah tak risau nak pasang pelita keliling rumah mcm ni
Guna pelita LED ni je senang, selanat pun selamat. Setakat nak ber OOTD background pelita led ni bukan org tau pun



6. Sampin Instant
Sampin Instant untuk suami / anak-anak tercinta. Takde alasan susah nak pakai dah lepas ni..Mesti kacak bergaya cik abang raya tahun ni bila bersampin mcam ni.. gorjesss kak siap lipatan ala pahlawan melayu.


 
7. Periuk Lemang
Takpayah beli lemang,. buat sendiri je serious jimat tenaga, masa. Lemang pun sekata je masak dalam 2 jam camtu. Silap2 boleh buat duit tepi lagi dengan periuk lemang serba baharu ini.



Haaa...menarik ini. boleh la cuba trend baru masakini ini lebaran nanti.

Amacam?

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post