Suria FM : Frekuensi Radio, Segmen & Program Harian, Senarai DJ & Penyampai

Suria FM merupakan salah satu stesen radio berbahasa Melayu yang sudah lama bertapak di Malaysia dan mempunyai ribuan pendengarnya yang tersendiri.

Sehingga 2018, Suria FM merupakan salah satu daripada 5 stesyen radio bahasa Melayu paling popular di Malaysia. Stesen radio ini berada di bawah Kumpulan Radio Media Star, sebuah syarikat milik Star Media Group Berhad.
 

Stesen radio ini pertama kali disiarkan pada 24 November 2005. Pengaturcaraan stesen radio disasarkan kepada orang Melayu moden, berumur antara 25 hingga 35 tahun. 

Siaran ini menampilkan gabungan lagu kegemaran tempatan sepanjang masa dan lagu-lagu hits teratas carta dengan beberapa lagu Indonesia dan K-pop terkini.

Frekuensi Suria FM Di Setiap Negeri Seluruh Malaysia

Pada masa kini, siaran radio ini hanya boleh didapati di bahagian Semenanjung Malaysia sahaja setelah stesen radio ini menamatkan penyiaran di di Kota Kinabalu, Sabah pada 9 November 2019.

Selain itu, radio ini juga boleh didengar dari Singapura.

Bagi yang ingin mendengar stesyen radio Suria, anda boleh menukar frekuensi radio anda kepada frekuensi-frekuensi berikut:

FrekuensiLokasi / NegeriPemancar
105.3 MHzKlang ValleyGunung Ulu Kali
106.9 MHzPerlis, Kedah and PenangGunung Jerai
91.7 MHzTaiping, PerakBukit Larut
96.0 MHzIpoh, PerakGunung Kledang
107.0 MHzSeremban, Negeri SembilanGunung Telapak Buruk
88.5 MHzMelaka dan Utara JohorGunung Ophir
101.4 MHzJohor Bahru, Johor dan SingaporGunung Pulai
96.1 MHzKuantan, PahangBukit Pelindung
102.4 MHzKuala Terengganu, TerengganuBukit Jerung
106.1 MHzKota Bharu, KelantanTelipot

Bagi yang memiliki UnifiTV, anda boleh ke siaran 956 untuk mendengar Suria FM.


Selain itu, anda juga mendengar siaran radio ini secara dalam talian melalui website rasmi Suria di https://www.suria.my/
 
Penyampai / DJ 

Suria FM juga pernah dibarisi dengan nama-nama besar penyampai radio tanah air seperti Halim Othman dan Adibah Noor.

Senarai DJ dan penyampai radio stesen ini pada masa kini adalah:
Shuib Sepahtu
Ajak
Roslinda Abdul Majid (DJ Lin)
Feeya Iskandar
Sharifah Shahirah (Rara)
 
Segmen / Program Harian

Stesen radio ini juga mempunyai pelbagai segmen dan program untuk pelbagai lapisan umur dan konten-konten segar buat hiburan seisi keluarga.

Tagline
Ini sesuai dengan tagline stesen radio ini iaitu “Segalanya Hiburan”.

Berikut merupakan segmen-segmen yang terdapat di stesen radio ini:
60 Minit Muzik Tanpa Henti
Morning Morning Suria
Gaya Suria
Suria Petang
Muzik Top Suria
Refleksi Di Suria
Suria Cinta
Carta Suria Top 40
Hello Suria
Carta Rockmantika
Suria Pagi Show Bersama Anna J
Info Trafik d Di Suria



Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Suria FM, sila layari pautan – dan ikuti laman media sosial rasminya di pautan berikut :
Facebook : https://www.facebook.com/SuriaMalaysia/
Twitter : https://twitter.com/suria_malaysia/
Instagram : instagram.com/sinar_my
Youtube : https://www.youtube.com/suriafmtv

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post