21 Contoh Ucapan Takziah Di Atas Kematian Untuk Orang Islam

Kehilangan orang yang dicintai bukanlah satu hal yang mudah. Perasaan sedih dan hiba menyelubungi keluarga si mati. apa yang boleh kita lakukan jika itu berlaku kepada sahabat, kenalan dan ahli keluarga kita yang lain?



Salah satunya ialah mengucapkan takziah melalui percakapan, mesej WhatsApp dan panggilan telefon.

Untuk orang Islam, kita boleh sertakan dengan doa-doa yang baik untuk jenazah tetapi bagi bukan Islam cukup sekadar memberikan ucapan umum. 

Waktu Ucapan Takziah

1- Setelah Meninggal sehinggalah dikebumikan.

2- Setelah dikebumikan sehinggalah 3 hari. Selepas itu makhruh mengucapkan takziah.

3- Imam Syafi’i r.a berpendapat bahawa takziah sebelum dikebumikan dan sesudahnya adalah diharuskan tetapi selepas dikebumikan adalah terlebih afdal.

Takziah boleh diucapkan seawal seseorang tersebut ditimpa musibah sehingga dia boleh melupakan mausibah tersebut.

Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin menyatakan bahawa: “Waktu takziah diucapkan seawal jenazah meninggal dunia, atau setelah terjadi musibah. Jika takziah bukan kerana kematian maka waktu diucapkan ialah sehingga orang yang terkena musibah melupakan musibah daripada fikiran mereka. Hal ini kerana tujuan takziah itu bukan untuk menjadikan musibah itu selamat, akan tetapi tujuannya adalah menguatkan (jiwa) orang yang terkena musibah dalam menanggung musibah ini dan mengharapkan pahala”.

Bahkan dalam agama Islam itu sendiri, ia merupakan satu sunat berdasarkan hadis tersebut:

مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يُعَزِّي أَخَاهُ بِمُصِيبَةٍ إِلاَّ كَسَاهُ اللَّهُ سُبْحَانَهُ مِنْ حُلَلِ الْكَرَامَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Tidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya disebabkan suatu musibah melainkan Allah S.W.T akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari kiamat kelak.

Contoh Ucapan Takziah Dalam Islam Yang Boleh Diungkapkan


1. *إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن*

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali.

*اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ*

“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia” Takziah buat keluarga arwah (si mati)
Semoga roh arwah (si mati) sentiasa dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.


2. إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Al-Fatihah...
Salam Takziah
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ 
أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ
آمِّيْن...

Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.
Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin...
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْ
ن...




3. Salam Takziah kepada (ahli keluarga si mati) atas kehilangan (si mati) tercinta hari ini. Semoga tabah menghadapi saat duka atas kehilangan ini. Semoga allahyarham/ allahyarhamah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin

4. Innalillahi Wa Inna Ilahi Rojiun
Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah. Semoga Allah terima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya disisi Allah. Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia. Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin,
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Amiin Amiin Amiin…

5. Al-Fatihah dan salam takziah kepada seluruh keluarga allahyarham/ allahyarhamah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh . Al-Fatihah.

6. Salam takziah dari kami sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dan semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan Allah.
Darinya kita hidup. Dan kepadanya kita kembali.



7. انا لله وانااليه راجعون
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Takziah buat (nama waris) seisi keluarga. Semoga beroleh ketabahan & dipermudahkan segala urusan. Allahumma Aamiin

8. Assalamualaikum, pada (tarikh kematian) saya mendapat berita tentang kematian salah seorang keluarga sahabat saya, (nama). Takziah atas pemergian insan tercinta. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

9. Kami wakil dari (nama organisasi) ingin merakamkan ucapan takziah di atas pemergian ibu/ ayah/ suami/ isteri kepada (nama). Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan semoga keluarga arwah diberikan kesabaran atas pemergian ini.

10. Salam takziah buat ahli keluarga (si mati)
Sesungguhnya Allah telah menarik segala kesakitan yang dihadapi di dunia sepanjang beliau melawan sakitnya selama ini.

Sesungguhnya Allah berkehendak agar beliau berehat di negeri abadi. Semoga arwah tenang dan ditempatkan di dalam orang bertaqwa.
Buat ahli keluarganya, semoga tabah dan sabar dengan musibah kematian ini.

11. اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
'Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali'

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِه وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya"

غفر الله له ورحمه رحمة الأبرار، وأسكنه فسيح الجنان

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama-sama ahli syurga dan para solihin, Aamiin.. Alfatihah...

12. إنا لله وإنا إليه راجعون...
Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah dan meletakkannya di kalangan org beriman.




13. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un
‎ 
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Allahumarghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu..
salam Takziah buat keluarga arwah
Al-Fatihah (dibaca)
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang² yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat.


14. Ucapan takziah yang paling terbaik adalah sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW:

إنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ، وَلَهُ مَا أَعْطَى، وَكُلُّ شَىْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى، فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ

Maksudnya: ‘’Sesungguhnya bagi Allah SWT apa yang Dia ambil dan milik-Nya jualah apa yang Dia berikan. Kesemuanya terdapat ajal (tempoh masa) yang tertentu di sisi-Nya’. Maka bersabarlah nescaya kamu akan mendapat ganjaran’’.

15. Bersabarlah dan berharaplah kepada pahala dariNya, hak Allah untuk mengambil dan hak Allah untuk membiarkan. Segala sesuatu di sisiNya ada batas ajalnya.

16. Bahawasanya kepunyaan Allahlah semua yang Dia ambil dan apa yang Dia beri, dan segala sesuatu di sisiNya telah ditentukan tempoh waktunya. Bersabarlah, semoga dikurniakan pahala dariNya buatmu.

17. Salam takziah diucapkan buat keluarga (nama arwah). Walaupun ujian ini begitu pahit dirasakan, semoga kita semua yakin dengan janjiNya buat hambaNya yang soleh dan solehah. InsyaAllah, syurga buat arwah.

18. Semoga Allah membesarkan pahalamu, dan semoga Allah menghiburkanmu, dan semoga Allah mengampuni jenazah (keluarga) mu.

19. Salam takziah daripada kami sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan Allah. DaripadaNya kita hidup dan kepadaNya kita kembali.

20. Salam takziah buat ahli keluarga (nama si mati), sesungguhnya Allah telah menarik segala kesakitan yang di hadapi oleh beliau sepanjang beliau melawan sakitnya selama ini. Sesungguhnya Allah mahukan beliau berehat di sana yang kekal abadi. Semoga beliau aman dan di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada ahli keluarganya yang sentiasa sabar menjaga beliau dengan ikhlas kerana Allah.

21. Salam Takziah atas musibah yang telah berlaku. Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Bersabarlah sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bersabar.

22. Al-fatihah buat ahli keluarga (nama si mati). Semoga ahli keluarga arwah tetap sabar dan redha dengan pemergian arwah. Ampunilah, rahmatilah dan ampunilah segala kesilapan yang pernah arwah lakukan secara sengaja atau tidak. Tempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga setiap amal yang dilakukan diberkati oleh Allah. Sesungguhnya, Allah adalah sebaik-baik perancang. 

23. Assalamualaikum, pada (tarikh kematian) saya baru mendapat berita tentang kematian  salah seorang ahli keluarga sahabat (nama) saya. Takziah di atas pemergian insan tercinta. Semoga roh mereka di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. 

Kesimpulan

Ucapan Takziah ini merupakan satu ucapan yang boleh diungkapkan ketika seseorang itu berlaku musibah besar atau kecil seperti kehilangan harta benda atau kehilangan orang-orang yang terdekat yang telah pergi selama-lamanya.

Dengan memberi ucapan seperti ini ia dapat membangkitkan semangat seseorang atau kenalan bagi mendapat semangat dan motivasi diri.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post