6 Tempat Tumpuan Pelancong Yang Berwarna Warni Pelangi Di Malaysia

Bagi memberikan nafas baharu pada suatu bangunan, pastilah di cat dengan warna baru bagi memberikan sentuhan dan bagi menghidupkan suasana tempat itu seperti baru.

Sesuatu tempat itu kelihatan kusam, suram menjadi ceria apabila keseluruhan bangunan dan landskapnya dicat dengan pelbagai warna persis pelangi ini menjadi tempat tarikan pelancong dan sangat pop apabila bergambar.

1. Pusat Sains Negara, KL

Selain berperanan sebagai taman tema sains, Pusat Sains Negara juga adalah sebuah mercu tanda negara melalui reka bentuknya yg unik. Pada asalnya, kompleks ini berwarna hijau. Namun sejak 2017, ia berwarna-warni untuk menarik minat pengunjung cilik.
 

Foto : @heartpatrick, Lip Fung

2. Kampung Pelangi Kuala Selangor
Kampung Pelangi Kuala Selangor (KPKS) di Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor, bakal menjadi tarikan pelancong yang gemarkan keunikan serta pelbagai aktiviti menyeronokkan. Boleh dikatakan hampir semua kawasan di tempat ini berwarna-warni dan cukup menarik perhatian.



3. Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis

Bagi kaki bergambar, jangan ketinggalan berkunjung ke Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis untuk merakam momen indah di kawasan perkampungan tradisional yang dicat menarik dengan warna-warni.
Ia adalah hasil Program Transformasi Kampung yang membabitkan 184 rumah iaitu inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis (YTSP).

Kampung Pelangi itu mampu menjadi lokasi pelancongan menarik dan pada masa sama dapat membantu membangunkan ekonomi penduduk setempat.


Jambatan Tuanku Syed Putra adalah antara ikon Kuala Perlis yang turut diberi keceriaan selain beberapa rumah penduduk di Seberang Ramai di sini membabitkan pelbagai agensi kerajaan dan inisiatif penduduk setempat.

4. Kampung Sungai Budor, Kota Bharu
Kampung Sungai Budor, Kota Bharu terdapat sebuah perkampungan yang rumah-rumah penduduknya turut dicat dengan warna-warna pelangi sekaligus mencetuskan suasana ceria untuk kunjungan orang ramai.



5. Batu Caves, Malaysia
272 anak tangga di Batu Caves telah dinaiktaraf. Hasilnya sangat luar biasa. Daripada tangga yang membosankan, ianya dicat dengan perlbagai tona warna yang terdiri daripada warna-warna pelangi.



6. Rainbow Elmina Valley Bridge
Rainbow Walkway Elmina Valley Bridge iaitu sebuah jambatan dengan laluan pelangi berwarna-warni yang unik dan memukau.


Wow..nampak ceria dan berseri-seri dengan sentuhan warna-warni



Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post