Pencalonan Akhir Top5 Kategori Utama & Extra! Anugerah Bintang Popular ABPBH35 (2023)

Pusingan pertama undian Top 20, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35 yang dilancarkan 12 Mei hingga 11 Jun lalu, mencatat rekod baharu dalam sejarah penganjuran acara anugerah berprestij itu apabila lebih 21 juta undi diterima sepanjang tempoh 31 hari proses pemilihan dibuka.

Secara keseluruhan, sejumlah 21,033,657 undian diterima daripada peminat membabitkan 12 kategori utama dan tujuh kategori sampingan, Ekstra! yang dipertandingkan pada edisi kali ini.


Proses pemilihan calon Top 5 bagi setiap kategori adalah berdasarkan 70 peratus undian peminat, manakala 30 peratus lagi penilaian juri profesional.

Calon yang memperolehi undian dan markah tertinggi akan meraih gelaran Bintang Paling Popular ABPBH 35.

Meneruskan debaran menjelang malam kemuncak, penganjur ABPBH 35 hari ini mengumumkan secara rasmi calon Top 5 bagi kategori utama dan Ekstra! serta melancarkan undian pusingan kedua bagi acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia.

Undian pusingan kedua bermula hari ini sehingga 15 Julai.

Peminat boleh layari www.abpbh.com.my bagi meneliti senarai Top 5 atau finalis edisi ke-35 ABPBH, mulai jam 11 pagi hari ini.

Pada malam kemuncak ABPBH 35, sebanyak 12 kategori utama dipertandingkan iaitu BBNU Lelaki Popular, BBNU Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular dan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular.

Turut dipertandingkan, Aktor Filem Popular, Aktres Filem Popular, Aktor TV Popular, Aktres TV Popular, Penyampai Radio Popular, Pengacara Televisyen (TV) Popular dan Artis Komedi Popular.

Undian tertinggi daripada mana-mana kategori tunggal disaingi artis pada peringkat Top 5 akan menjadi penentu kepada pemenang trofi utama, iaitu Bintang Paling Popular ABPBH 35.

Turut dipertandingkan pada ABPBH 35 adalah tujuh kategori Ekstra! iaitu Couple TV Popular, Couple Filem Popular, Drama Popular, Lagu Paling Boom, Content Creator Popular, TikTokers Popular dan Video Viral Popular.

Kategori Utama ABPBH35

BBNU Lelaki Popular
Amir Ahnaf
Danial Chuer
Fadhli Masoot
Meer Nash
Mierul Aiman


 

BBNU Wanita Popular
Anna Jobling
Puteri Khareeza 
Qasrina Karim 
Siti Khadijah Halim 
Sophia Albarakbah


Penyanyi Lelaki Popular
Amir Masdi
Hael Husaini
Haqiem Rusli
Khai Bahar
Naqiu


Penyanyi Wanita Popular
Aina Abdul
Ernie Zakri
Nabila Razali
Siti Nordiana
Wany Hasrita

 

Artis Kolaborasi / Duo/ Berkumpulan Popular
Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
Dolla
Ernie Zakri & Syamel
Nuha Bahrin & Naufal Azrin
Siti Nordiana & Bunga Isme


Aktor Filem Popular
Beto Kusyairy
Datuk Adi Putra
Fattah Amin
Zizan Razak
Zul Ariffin



Aktres Filem Popular
Ahirine Ahirudin
Diana Danielle
Janna Nick
Maya Karin
Sophia Albarakbah


Aktor TV Popular
Aedy Ashraf
Ben Amir
Kamal Adli
Meerqeen
Redza Rosli

 

Aktres Tv Popular
Anna Jobling
Puteri Sarah Liyana
Raysha Rizrose
Sharifah Rose
Siti Saleha


Penyampai Radio Popular
DJ Lin
DJ Sonic
Haiza
Johan
Tyzo


Pengacara TV Popular
Alif Satar
Elly Mazlein
Hawa Rizwana
Janna Nick
Sherry Alhadad

Artis Komedi Popular
Bell Ngasri
Jaa Suzuran
Johan
Syahmi Sazli
Zizan Razak

Kategori Ekstra ABPBH35

Couple TV Popular
Aedy Ashraf & Amelia Henderson (Kisah Cinta Kita)
Aniq Suhair & Siti Khadijah Halim (Sekali Lagi Cinta Kembali)
Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad 2)
Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
Redza Rosli & Raysha Rizrose (Bisik-Bisik Gelora)

Couple Filem Popular
Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)
Farid Kamil & Ahirine Ahirudin (Rempit 2)
Naqiu & Elizabeth Tan (Mat Bond Malaya)
Zizan Razak & Elizabeth Tan (Abang Long Fadil 3)
Zul Ariffin & Azira Shafinaz (Tablis Iblis)

Drama Popular
Bisik-Bisik Gelora
Kisah Cinta Kita
Melur Untuk Firdaus
Rindu Awak Separuh Nyawa 2
Sekali Lagi Cinta Kembali

Lagu Paling Boom Popular
Casablanca (Nuha Bahrin & Naufal)
Cinta Sejati (Aiman Sidek & Alin Sidek)
Gatal (Janna Nick)
Mimpi (Haqiem Rusli)
Terus Hidup (Aina Abdul)

Content Creator Popular
Alieff Irfan
Arieff Yong
DD Chronicle
Qawiyaro
Sofyank

Tiktoker Popular
Aaabias
Aleeya Zailan
Hafiz Mahamad
Sally Whoo
Ustaz Ahmad Yusof

Lawak Viral Popular
Airiena Yahaya
Aldariya Dareesa
Ryan Bakery
Satthiya Kandi
Syahmi Sazli, Hasif & Yoe Parey


ABPBH 35 yang diajaibkan oleh Jelly Ajaib Bellrossa, keluaran @felleraskin_hq
Undian bermula 20 Jun - 15 Julai 2023
Undian boleh dibuat di laman web rasmi abpbh

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post