Cara Semak Lesen Memandu & Road Tax Menerusi Aplikasi MyJPJ

Mulai 10 Februari 2023, semua pengguna jalan raya iaitu pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan (Road Tax) dan Lesen Memandu seperti biasa sebaliknya digalakkan guna Mod Paparan LKM Digital (e-LKm) dan LMM Digital (e-LMM) seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga aplikasi MyJPJ di telefon pintar.


Pengumuman yang telah disampaikan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dengan mengatakan melalui inisiatif ini iaitu Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 197 (Akta 333) yang diwajibkan LKM perlu dilekat dan dipamerkan pada setiap kenderaan tidak perlu lagi dilaksanakan.


Perkara ini telah disambut baik oleh semua pengguna jalan raya di Malaysia dengan bersetuju bahawa Lesen Memandu dan Road Tax digunakan secara digital dan juga ianya bukan satu kemestian bagi mereka yang masih belum dapat menerimanya serta ia dijalankan scara berperingkat mengikut fasa pertama.

Untuk anda yang masih tertanya bagaimana cara daftar aplikasi MyJPJ seperti yang disarankan oleh kerajaan, kami kongsikan kaedahnya secara langkah demi langkah sehingga anda boleh buat semakan Road Tax OnlineRegister dan lain-lain melalui apps dan website MySikap.

Cara Register Aplikasi MyJPJ: Semak Lesen Memandu & Road Tax


Apa Itu Aplikasi MyJPJ? Ia adalah sebuah aplikasi yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan untuk memudahkan semua pengguna membuat semakan dan urusniaga yang berkaitan dengan JPJ seperti yang berikut:
  • JPJeBid
  • Semakan Nombor Terkini
  • Semakan Lesen Kenderaan
  • Semakan Lesen Memandu
  • Semakan Keputusan Ujian
  • Semakan Saman
  • Buat Bayaran Saman Online
  • Permohonan Lesen Memandu
  • Semakan Senarai Hitam
  • eLMM & eLKM
  • Semakan Mata Demetrit
  • Membuat Aduan
  • Dan banyak lagi

Untuk mendaftar melalui app MyJPJ, berikut adalah cara-caranya yang diterangkan dengan ringkas berserta panduan bergambar bagi memudahkan anda yang tidak tahu supaya lebih faham untuk buat pendaftaran.

1. Pertama sekali anda perlu download aplikasi MyJPJ melalui laman yang dikongsikan di bawah berpandukan kepada jenis telefon samada Android dan iOS iPhone, iPad dan sebagainya.




2. Selepas selesai muat turun, sila buka aplikasi tersebut dan klik pada bahagian yang tertera Daftar Akaun Baharu.


3. Masukkan maklumat yang diminta iaitu nombor kad pengenalan MyKad.
 



4. Seterusnya isikan semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat supaya mudah untuk mendapatkan pengesahan daripada portal MySikap JPJ.

5. Kemudian, sila ciptakan satu kata laluan (Password) untuk digunakan semasa Login nanti.



6. Setelah selesai, anda akan mendapat pengesahan dan pihak JPJ akan memberitahu samada permohonan anda telah lulus serta boleh diakses untuk digunakan.


Cara Daftar MyJPJ Melalui MySikap


Selain menggunakan aplikasi MyJPJ untuk membuat semakan tentang maklumat yang berkaitan dengan lesen dan kenderaan, anda boleh juga mendaftar di laman web MySikap untuk tujuan yang sama. Kami kongsikan juga cara untuk register seringkas yang boleh seperti berikut:
1. Perkara pertama yang perlu anda buat adalah dengan layari pautan MySikap JPJ yang rasmi berikut: https://public.jpj.gov.my/public/

2. Kemudiannya paparan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah akan terpapar dan anda akan dapati penerangan tentang Platform Digital JPJ (Transaksi Dalam Talian MySIKAP) Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia serta terdapat form berikut:



3. Untuk pengguna baru iaitu pertama kali nak mendaftar, sila klik Log Masuk, seterusnya paparan bergambar untuk mengisi maklumat dibuka seperti yang ditunjukkan:



4. Sila isikan semua maklumat diri dan butiran yang dipinta, iaitu:

  • No MyKad
  • No Telefon Bimbit
  • Email Address
  • No Rujukan Sensitif (TAC)
  • Kod Sekuriti

5. Sila klik Teruskan apabila telah selesai. Siap dan pengesahan akan dilakukan melalui email yang telah anda daftarkan.


Soalan Lazim


1. Siapakah Pengguna MyJPJ app?
Semua warganegara Malaysia yang mempunyai ID Awam MySikap.

2. Di mana saya boleh download MyJPJ app?
Aplikasi ini boleh dimuatturun daripada secara online melalui telefon pintar anda melalui pautan di bawah:


3. Adakah saya perlu membayar untuk muat turun aplikasi?
Aplikasi MyJPJ adalah PERCUMA untuk digunakan oleh rakyat Malaysia.

4. Adakah pengguna perlu mendaftar akaun jika ingin menggunakan app ini?
Ya, semestinya perlu mendaftar untuk mendapatkan ID Awam MySikap sebelum menggunakannya melalui aplikasi MyJPJ dan portal rasmi JPJ seperti berikut: https://public.jpj.gov.my/public/

5. Bagaimana sekiranya saya terlupa kata laluan MyJPJ?
Cara untuk Reset Passsword adalah dengan klik pada Terlupa Kata Laluan yang terdapat paparan Login di aplikasi dan masukkan ID Pengguna dan alamat emel untuk didaftarkan.

Seterusnya, pengguna akan menerima kod TAC melalui email yang telah berdaftar untuk dapatkan semula kata laluan baru.

7. Bagaimana jika saya terlupa emel yang didaftarkan pada akaun MyJPJ?
Untuk tujuan ini, pengguna perlu pergi ke kaunter cawangan JPJ yang terdekat untuk mendapatkan bantuan bagi mengemaskinikan akaun MyJPJ.

8. Apakah saya akan Log masuk secara kekal di MyJPJ?
Aplikasi ini akan menyipan maklumat log masuk dalam tempat penyimpanan telefon pintar (Local Storage) dan pengguna tak perlu untuk Log masuk secara berulangkali dan boleh klik Log Out jika mahu.

9. Saya cuba Login tetapi paparan menunjukkan Loading yang sangat lam?
Pengguna boleh menyemak rangkaian telefon dan internet yang digunakan samada capaiannya boleh diakses atau tidak.

10. Bagaimana untuk mendapatkan bantuan teknikal sekiranya saya berdepan dengan masalah ketika guna aplikasi ini?
Untuk mendapatkan sebarang bantuan yang berkaitan, anda boleh menghantar sebarang aduan di https://jpj.spab.gov.my/eApps/system/index.do?aplCode=ms

11. Adakah maklumat peribadi saya yang didaftarkan di aplikasi ini selamat?
Kerajaan Malaysia telah beri jaminan bahawasanya semua maklumat peribadi pengguna tidak sama sekali akan dikongsikan dengan pihak ketiga atau pihak-pihak tertentu.

Kesimpulan

Diharap perkongsian cara daftar MyJPJ untuk semakan Lesen Memandu, Road Tax dan sebagainya samada melalui aplikasi dan protal rasmi MySikap JPJ ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan urusan anda untuk menggunakannya. 

Semoga bermanfaat. 

Kredit : bukitbesi

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post