Ini Baru Betul Resipi Donut Peach, Lembut Gebu Siap Ada Inti Lagi

Baru-Baru ini viral Donut Peach, sampai harganya agak kayangan tapi rupanya adalah buah, bukan sejenis donut.

Tapi ini baru la betul2 Peach Donut
Berpuluh kali ganda sedappp !! Lembut gebu siap ada inti Terasa lemak2 masin dan manis2 gula



Ni Resepi Dan Bahan2, Jom kita selongkar :

Bahan-bahan asas:
1kg tepung gandum
700ml susu uht
2 sudu besar shortening
1 biji telur
1 sudu besar gula kastor
2 sudu besar yis
2 sudu kecil garam
1 sudu besar perisa tebu
1 sudu kecil pewarna kuning telur
1 sudu kecil pes red velvet
1 blok salted butter

Cara penyediaan:
1. Campur semua bahan di atas kecuali butter. Kalau adunan lembik boleh tambah tepung.
2. Uli sehingga sebati dan rehatkan doh.
3. Timbang doh setiap sebiji 30gm dan bulat-bulatkan. Masukkan salted butter sebagai inti.


4. Rehatkan doh untuk kali kedua dan tekap sedikit sehingga kelihatan sedikit garisan memanjang seakan buah peach.



 5. Tekan bahagian tengah doh dan rehatkan sehingga kembang.

6. Goreng dalam minyak yang banyak menggunakan api perlahan sahaja.



*Toskan. Tggu sehinga suam..



Toskan dan tunggu sehingga sejuk. Gaulkan ke dalam gula yang dicampur susu tepung.


 
Sedia untuk dhidangkan. Nak lagi sedap boleh makan panas-panas.



SELAMAT MENCUBA
0
Sumber: Facebook Che Azawimie Che Zahari

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post