Dah Cuba Memang Sedap Resipi Ayam Kewpie Khairul Aming Bakar Guna Air Fryer

Resepi Ayam kewpie viral khairulaming

Tak pernah terbayang sos kewpie ni boleh dijadikan bahan perapan ayam. Ramai rupanya yang sukakan resipi perapan Ayam Bakar Kewpie ini. Boleh kita tengok cara Khairul Aming yang amat ringkas dan mudah ini. Hanya menggunakan empat bahan saja perapannya.

Kebiasaannya, sos kewpie roasted sesame ini hanya dijadikan dressing untuk membuat salad atau pasta. Tapi, nampak begitu mengiurkan bila dijadikan sebagai salah satu bahan perapan untuk bakar.

 

Bahan-bahan yang digunakan untuk resepi ini adalah mudah sangat, Kewpie dressing, sos tiram dan serbuk blackpepper, percaya ke tidak? Macam main-main sahaja sebab dengan bahan sedikit itu boleh ciptakan makanan sedap menjilat jari.

Jom lihat cara penyediaannya di bawah.

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam – sudah dibersihkan
  • Sos Kewpie perasa roasted sesame
  • Sos tiram
  • Serbuk blackpepper
  • Sedikit minyak masak
  • Mixed herbs – optional

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula, gaulkan dengan sos kewpie + sos tiram + serbuk blackpepper + mixed herbs. Gaul sebati.

2. Kemudian tambahkan sedikit minyak masak supaya bagi kulit ayam lebih rangup.

3. Selepas itu, boleh masukkan perapan ayam tadi didalam air fryer dan bakar pada suhu 200C selama 20 minit.

4. Siap. Sedia untuk dihidang.

Video penuh:


Selamat mencuba resipi ringkas perapan Ayam Bakar Kewpie ini.


kredit: ig khairulaming

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post