12 Filem Korea Paling Banyak Ditonton 2023 Dengan Lebih 5 Juta Tontonan

Filem ini menjadi filem Korea pertama tahun 2023 yang berjaya mencapai prestasi box office bersamaan dengan 11 filem Korea lain dalam sejarah lima tahun terakhir ini. Jom  kita selongkar:

12. The Roundup: No Way Out (2023)
Jumlah penonton untuk filem ini bakal terus bertambah, The Roundup: No Way Out (2023) menjadi filem pertama tahun ini yang berjaya meraih lebih dari lima juta penonton


 
11. Confidential Assignment 2: International (2022)
Walaupun tidak dapat menyaingi rekod filem pertamanya, filem Confidential Assignment 2: International (2022) tetap berjaya dengan 6.98 juta penonton
 
10. Hansan: Rising Dragon (2022)
Filem kedua dalam trilogi Jeneral Lee Sun Shin karya pengarah Kim Han Min iaitu Hansan: Rising Dragon (2022) meraih 7.26 juta penonton

9. The Roundup (2022) 
Filem ini menjadi filem terlaris di Korea tahun lalu. Sekuel filem The Outlaws (2017) tersebut meraih hingga 12.69 juta penonton dan menjadi bualan ramai secara global
 
8. Ashfall (2019) 
Filem yang mengisahkan tentang bencana alam sewaktu letupan Gunung Baekdu ini mendapat hingga 8.25 juta penonton

 


 
7. Exit (2019)
Bertemakan bencana dan komedi, filem Exit (2019) yang dibintangi oleh Jo Jung Suk dan Lim Yoo Na mencapai 9.43 juta jumlah penonton secara kumulatif


6. Parasite (2019)
Meraih 10,31 juta penonton, filem Parasite (2019) memang diterbitkan dengan jalan cerita yang sangat hebat untuk menunjukkan perbezaan kelas sosial yang ada dalam masyarakat

5. Extreme Job (2019)
Mempunyai jalan cerita yang menarik dan lucu tentang sekumpulan detektif yang menyamar menjadi penjual ayam, Extreme Job (2019) mengumpulkan 12.66 juta penonton
 
 4. Intimate Strangers (2018)
Remake dari filem Itali Perfect Strangers (2016), Intimate Strangers (2018) berjaya mencapai 5.29 juta penonton dan sangat berjaya secara komersial


3. The Great Battle (2018)
Mengumpulkan 5.44 juta penonton, filem The Great Battle (2018) yang dibintangi oleh Jo In Sung menampilkan aksi peperangan di era Dinasti Goguryeo

2. Along with the Gods 2: The Last 49 Days (2018)
Filem Along with the Gods 2: The Last 49 Days (2018) yang menceritakan tentang hubungan tiga malaikat maut ini meraih 12.28 juta penonton

1. Believer (2018)

Filem ini menceritakan tentang pertarungan dan permusuhan antara seorang detektif dengan ketua pengedar dadah. Filem Korea ini mencapai 5.06 juta penonton waktu ditayangkan


Diharapkan filem-filem Korea yang bakal ditayangkan nanti dapat menampilkan persembahan yang lebih baik. Filem-filem terbaru yang bakal tayang tidak lama lagi juga turut menampilkan banyak nama-nama pengarah popular yang membuat comeback.  
 
Kredit : Daebaking

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post