16 Finalis Cilik The Chosen One Astro Ceria Musim 1 (2023)

Saluran nombor satu kanak-kanak di Malaysia, Astro Ceria kini mempersembahkan rancangan pertandingan nyanyian baharu yang bakal mewarnai setiap Rabu para penonton dengan vokal-vokal hebat serta wajah-wajah popular industri hiburan Malaysia menerusi ‘The Chosen One’.


Tidak asing dengan format pertandingan nyanyian realiti kanak-kanak, ‘The Chosen One’ mengandingkan bakat-bakat baharu dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang menggalas tugas sebagai jurulatih peserta-peserta terpilih.

Seramai 30 peserta dipilih menerusi uji bakat tertutup dan 16 daripada mereka dipilih oleh lapan orang selebriti, atau jurulatih rancangan ini untuk berentap di Episod Prelude. 16 peserta teratas yang dipilih dalam sesi ini akan bersaing untuk membentuk pasangan dengan selebriti tersebut. Hanya lapan daripada mereka yang terpilih sahaja akan bertanding selama enam minggu bersama pasangan selebriti mereka untuk merebut gelaran sebagai ‘The Chosen One’.


SENARAI PESERTA ‘THE CHOSEN ONE’

1. Cinta – 9 tahun
2. Muhammad Rayyan Rifqi – 9 tahun
3. Nur Qahirah Maisarah – 11 tahun
4. Amirul Ashraff Khan – 11 tahun
5. Amir Sisi – 12 tahun
6. Raja Dayana Umayma – 13 tahun
7. Aliaa Athirah – 13 tahun
8. Hannah, Hannis & Eva – 14 tahun
9. Reyza Fenge – 15 tahun
10. Ahmad Rizarofiq – 15 tahun
11. Nur Nurul Iman – 16 tahun
12. Afrina Damia – 16 tahun
13. Nur Zuleikha Qaisara – 17 tahun
14. Erika Foo Hann Yi – 17 tahun
15. Sera Yue Zi Xin – 17 tahun
16. Khalyn – 17 tahun 









‘The Chosen One’ dipecahkan kepada beberapa tema yang berbeza setiap minggu sebagai cabaran kepada para peserta. Mereka yang gagal menarik perhatian para juri serta mencapai kriteria pemarkahan yang ditetapkan akan disingkirkan.

Sistem Pemarkahan
Setiap persembahan daripada barisan peserta bersama pasangan selebriti mereka diadili sepenuhnya oleh pihak juri berdasarkan teknik vokal (50%), kreativiti dan feel (30%) serta watak dan pembawaan persembahan mereka (20%).

Peserta dengan markah tertinggi pada penghujung rancangan akan dinobatkan sebagai ‘Juara The Chosen One’ dan membawa pulang hadiah berbentuk wang ringgit sebanyak RM30,000. Naib juara akan membawa pulang RM20,000, manakala tempat ketiga dan keempat akan membawa pulang hadiah berbentuk wang ringgit sebanyak RM10,000 dan RM5,000.

Pengacara
‘The Chosen One’ diterajui penyanyi dan pelakon popular, Alif Satar bersama penyanyi dan pelawak, Namie sebagai hos, manakala gabungan unik Dato’ Awie dan Jihan Muse sebagai juri tetap menyerikan lagi rancangan ini pada setiap minggu. Kedua-dua juri hanya mempunyai satu imuniti sahaja untuk menyelamatkan peserta dari tersingkir.

Coach
Rancangan ini turut membariskan penyanyi-penyanyi terhebat tanah air termasuk Shiha Zikir, Sarah Suhairi, Afieq Shazwan, Aisha Retno, Putera Muhammad, Wani Kayrie, Hazama serta Kmy Kmo dan Luca Sicta sebagai jurulatih dan juga pasangan setiap peserta. ‘The Chosen One’ turut menampilkan nama-nama hebat sebagai juri jemputan pada setiap minggu.

Waktu Siaran
’The Chosen One’ akan ditayangkan bermula hari ini (6 September 2023), pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ceria (611). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Grand Finale
Amir Sisi, Orang Asli suku kaum Temiar berusia 12 tahun yang berasal dari Pos Kemar, Gerik, Perak, telah menewaskan tiga lagi peserta lain yang bertanding di peringkat akhir iaitu Khalyn, 17 tahun, Erika Foo, 17 tahun dan Raja Dayana Umayma, 13 tahun.


Juara : Amir Sisi telah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000, sebuah trofi berserta single baharu daripada Rocketfuel Entertainment. Manakala Putera Muhammad selaku jurulatih terbaik membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000. 

Naib Juara : Khalyn membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000
Tempat ke-3 : Dayana bawa pulang wang tunai sejumlah RM10,000
Tempat Ke-4 : Erika bawa pulang wang tunai sejumlah RM5,000

Dayana pula merangkul anugerah persembahan terbaik.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post