30 Senarai Finalis Bintang RTM 2024, Ini Baru Bintang

Bintang RTM merupakan sebuah program oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang dibuat khas bagi mencungkil bakat-bakat peserta di dalam bidang nyanyian. Walaupun telah wujud banyak program realiti seumpanya, program Bintang RTM tetap mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dalam industri hiburan tanah air.


Melalui platform ini jugalah telah lahirnya nama-nama berbakat besar dalam industri hiburan tanah air antaranya Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin, Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad, Rosemaria Abdul Hamid, Jennifer Yen, Dato’ Jamal Abdillah, Rohana Jalil, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Datuk Aznil Haji Nawawi Ernie Zakri dan banyak lagi, sekadar menyebut beberapa nama.

Bintang RTM bakal kembali bagi musim 2024 setelah kali kali terakhir dianjurkan pada tahun 2018 yang menyaksikan menyaksikan Hariz merangkul gelaran juara.

Jadual Ujibakat

Pertandingan yang bermula pada Januari 2024 ini telah membuka ujibakat secara dalam talian pada 10 Julai hingga 10 September 2023. Ujibakat terbuka ini layak disertai oleh warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 25 tahun. 

Untuk pemilihan bagi program Bintang RTM 2024, beberapa sesi pemilihan dan ujibakat telah diadakah di seluruh pelosok tanah air seperti jadual berikut:
Utara (Pulau Pinang) – Royale Chulan Hotel Penang: 5 – 6 Ogos 2023
Selatan (Johor Bahru) – Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor: 18 – 20 Ogos 2023
Timur (Kuantan) – RTM Kuantan, Pahang: 26 – 27 Ogos 2023
Sabah (Kota Kinabalu) – RTM Kota Kinabalu, Sabah: 2 – 3 September 2023
Sarawak (Kuching) – Vivacity Megamall Kuching, Sarawak: 9 – 10 September 2023
Tengah (Kuala Lumpur): RTM Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur – 23 – 24 September 2023

Senarai Top 30 peserta Bintang RTM 2024


Peserta Bintang RTM 2024 diumumkan oleh pihak RTM.








Konsep & Skim Pemarkahan

Berikut merupakan skim pemarkahan yang baru diperkenalkan oleh pihak Bintang RTM.Vokal (mewakili 80%)
Persembahan dan penampilan (mewakili 20%)
Markah keseluruhan (100%)
Pembahagian markah kepada peserta adalah melibatkan juri profesional atau bebas untuk menilai kemantapan vokal, persembahan serta penampilan peserta. Berikut merupakan penilaian yang baru diperkenalkan oleh pihak Bintang RTM.Panel penilai juri atau bebas lantikan RTM (100%).
Teknologi SMS (Untuk menarik perhatian daripada penonton)

“Berjuta bintang menyanyi, ku diantara yang satu, mungkin cahaya dan impianku, di sini gemilang”
Persaingan mereka belum berakhir di sini.. mereka akan meneruskan perjuangan esok untuk peringkat yg seterusnya!! Tahniah Top 30 BRTM2024 dan selamat berjaya.

Boleh saksikan setiap sabtu langsung di rtmklik.rtm.gov.my bermula jam 2 petang

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post