6 Peserta Pasangan Berentap Dalam Famili Duo Musim 3 (2023) Berduo Lebih Baik

Program hiburan Famili Duo kembali lagi buat musim ketiga dan dikenali sebagai Famili Duo 3 (FD3).

Program realiti ini dianggap unik kerana para pesertanya terdiri dari dua individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan seperti suami isteri, adik beradik, sepupu dan sebagainya.



Pada musim lalu, program hiburan ini berjaya mencetus fenomena apabila berjaya meraih lapan juta penonton.

Senarai Peserta Famili Duo Musim 3 / 2023

Pada sidang media Famili Duo 3, hanya lima pasangan diperkenalkan kepada umum, manakala identiti pasangan keenam hanya didedahkan pada episod pertama program yang bakal memulakan siarannya 15 Oktober ini.

Berikut merupakan senarai peserta FD3:
  • Shila Amzah dan Syahir Amzah (adik beradik)
  • Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (adik-beradik)
  • Fuad Rahman dan Tom (suami isteri)
  • Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik)
  • Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu).
  • Sharif & Saiful Zero (Adik-Beradik)
Penyertaan pempengaruh popular, Ryan Bakery bersama adiknya dianggap mengejutkan memandangkan kedua-duanya bukanlah penyanyi.

Pasangan duo keenam yang belum diumumkan juga merupakan satu kejutan memandangkan mereka juga bukanlah dari kalangan penyanyi.


1. Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (adik-beradik)

 
 

2. Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu)



3. Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik)



4. Shila Amzah dan Syahir Amzah (adik beradik)



5. Fuad Rahman dan Tom (suami isteri)



6. Sharif & Saiful Zero (Adik-Beradik)




Juri pertandingan
Ajai dan Mas Idayu kekal sebagai juri Famili Duo 3

Pengacara
Izzue Islam dan Janna Nick terus diberi kepercayaan menjadi pengacara bagi Famili Duo 3 ini.

Format Pertandingan & Hadiah
Pemenang mingguan Famili Duo 3 ditentukan oleh juri tetap sebanyak 70 peratus dan undian dalam talian melalui Tonton (30 peratus).

Setiap penonton boleh membuat undian sebanyak 10 kali setiap minggu, manakala penonton melanggan TontonUP pula mendapat kelebihan istimewa apabila boleh mengundi duo kegemaran sebanyak 50 undian.
Enam pasangan selebriti akan tampil bertarung dan mempamerkan kreativiti menerusi tema berbeza setiap minggu.

Hadiah
Untuk edisi kali ini, pasangan yang menjadi juaran mingguan bakal memenangi hadiah bernilai RM10,000 pada tujuh episod pertama.
Seterusnya, finalis di pentas akhir FD3 berpeluang merebut hadiah wang utama sebanyak RM100,000.

Waktu Siaran
Famili Duo 3 ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di TV3 mulai 15 Oktober 2023
Selain itu, anda juga boleh menonton FD3 secara siaran langsung dengan menstrim langsung di https://www.xtra.com.my/live-tv/ atau secara HD melalui Tonton di https://www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun di Google Play atau App Store.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post