Muzium & Galeri Dibawah Jabatan Muzium Malaysia Yang Boleh Dilawati

Sabtu dan Ahad ni dah tiada idea nak pergi jalan-jalan atau bawah anak-anak kemana? Dah bosan pergi “mall”?

Menteri Perpaduan Negara & Ahli Parlimen Kanowit telah berkongsikan senarai Muzium dan Galeri dibawah Jabatan Muzium Malaysia yang boleh dilawati menerusi akaun Twitternya, jadi jom kita selongkar.

1. Muzium Adat, Negeri Sembilan
Berada di Kuala Klawang, Jelebu. Di muzium ni terdapat 4 Galeri Utama. Kalau anda nak kenal dengan identiti Negeri Sembilan dan Adat Perpatih lebih dekat, boleh kunjungi muzium ini. 
Lokasi : https://g.co/kgs/nFevM7






2. Muzium Automobil Nasional
Buat yang minat kereta, di Sepang, Selangor ada Muzium Automobil Nasional. Tempatnya di bangunan Welcome Centre Litar Antarabangsa Sepang. Macam-macam model kereta klasik, kereta nasional dan perkembangan teknologi kereta dipaparkan disini. 


3. Muzium Etnologi Dunia Melayu, Kuala Lumpur
Disini pelbagai pameran mengenai alam Melayu bermula budaya hingga teknologi alam Melayu. Mereka juga ada aktiviti bersama pengunjung seperti membuat tembikar pada hari-hari tertentu. 





4. Muzium Kota Johor Lama, Kota Tinggi
Di Johor, Muzium ini khusus mempamerkan peranan Kota Johor Lama sebagai salah satu Pusat Pemerintahan Melayu satu ketika dulu.

Lokasi : https://g.co/kgs/iLb4Gb





5. Muzium Diraja, Kuala Lumpur
Muzium ini khas bagi kita belajar mengenai institusi kesultanan di Malaysia. Muzium ini dahulunya adalah Istana Negara bagi kediaman rasmi SPB Yang Dipertuan Agong.






6. Muzium Kota Kuala Kedah
Muzium ini terletak dalam Kota Kuala Kedah yang menjadi benteng pertahanan utama Kerajaan Kedah satu ketika dulu. 
Lokasi : https://g.co/kgs/biKCiv






7. Muzium Kota Kayang, Perlis
Muzium ini dahulunya merupakan tapak Istana keluarga diraja Kedah-Perlis. 400 Koleksi dipamerkan di 6 Galeri di muzium ini. 

Lokasi : https://g.co/kgs/vpYivD




8. Muzium Lukut, Negeri Sembilan
Kalau pergi ke Port Dickson boleh singgah di Muzium Lukut. Disini dahulunya adalah Kota pertahanan dan masih wujud peninggalan bersejarah yang boleh kita lihat. 

Lokasi : https://g.co/kgs/QZLWPF







9. Muzium Matang, Perak
Kota Ngah Ibrahim ini menyimpan banyak sejarah. Bagaimana Perak menjadi pusat perdagangan, hinggalah ke era pendudukan Jepun. 






Menarik kan, Bolehlah ajak anak-anak lawati muzium ini, dalam jalan-jalan dapat menimba ilmu.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post