12 Resipi Masakan Stim Ikan & Ayam Memikat Selera Seisi Keluarga Mesti Cuba

Pelbagai jenis masakan STIM mesti cuba seisi keluarga.


Jom kita selongkar..

1. Ayam Kukus Halia

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm ayam (bahagian paha )
  • 4 sudu teh lada putih
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar madu
  • 150 gm halia 9dikisar halus )
  • 100 gm bawang putih (dikisar halus )
  • 100 gm bawang merah 9dikisar halus )
  • 50 gm daun sup 9dihiris halus )
  • 50 gm daun bawang (dihiris halus )
  • garam secukup rasa
CARA MEMBUAT 
1. Bersihkan ayam dan gaul bersama bahan-bahan yang telah dikisar
2. Masukkan dan gaul dengan lada putih ,minyak bijan dan madu
3. Biarkan seketika selama sejam
4. kemudian kukus ayam tersebut sehingga masak




2. Resipi Ayam Kukus
Weiii muma...Arinie amba wat AYAM KUKUS..Khas utk ank2 amba 3 oghang...Stgi kita tgok sapa yg budiman nk bgiayam tu ckit kt mak dema  Muma nk resepi dak??Simple ja muma...Sesuai utk selera ank2...

Bhn2nya
  •  AYAM
  •  HALIA
  •  GARAM/SECUKUP RASA
  •  SERBUK LADA HITAM/BIJI LADA HITAM
  •  SERBUK LADA PUTIH
  •  KICAP
  •  SOS TIRAM
  •  DAUN BAWANG

Cara2nya
  1.  Lumur ayam dgn secukup rasa,serbuk
  2. lada hitam,lada putih,sos tiram dan kicap
  3.  Kicap amba guna kicap lemak manis ja...
  4. kicap cair xdak...guna ja apa yg ada di dapo
  5. muma ooo...nk bli bajet tu la...
  6.  Letak halia yg telah dipotong...
  7.  Perap sejam atau 30 minit...
  8.  Dh cukup time perap...panaskn periuk
  9. pengukus...
  10.  Kukus smpi masak...
  11.  Dh nk dkt msk tu...tabur daun bawang...
  12.  Siappp...

Pandai2 la muma agak2 tau... Kalau muma nk tambah bhn2 lain...silakan  Kalau nk sedap dema Kata buh minyak Bijan...amba p kedai cari xdak..ikut muma la nk tambah atau x...  Kalau muma nk ayam kukus asa masam2 kit...Perah la limau nipis atau lemon amba xbuh sbb buat selera ank2... Simple ja muma...tanpa penggunaan minyak

Selamat mencuba  



3. Ayam Masak Taucu Pedas

Sebelum & Selepas
Ayam kukus masak taucu pedas....
Kukus ayam tanpa campur air... Lepas kukus penuh juice ayam sahaja dlm dulang...
Masakan tradisi org teochew... Halal version kita guna ayam je kan senang...
Ok.. Sesiapa yg nk resipi kita akan post semula kat sini... Share dulu ya... Nk masak hidangan lain lg selepas ni sbb ada tetamu hari ini.... Nk menulis essay ni lambat sikit... Ok be right back

Resipinya
6 ketul bahagian paha dgn betis ayam, bersihkan dan potong kecil...
1 biji bawang holland dicincangkan
1 labu bawang putih dicincangkan
6 cili merah dicincangkan.. Nak pedas blh gunakkan cili api
1 sudu besar taucu tamin
1 sudu besar gula perang ganti gula putih
4 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk pati ayam
Sedikit lada sulah
(resipi ni xde guna garam sbb dah guna kicap cair)
Kalau yg nak masin boleh letak garam secukup rasa
1 batang daun bawang hiris kecil dan masukkan bila ayam dah nk masak dlm 30mins dan kacaukan jap dan kukus blk 10mins

Gaulkan semuanya dan masukkan dlm mangkuk ke dulang ke dan kukus dlm 40mins... Dah siap boleh hidangkan...

#maryteoleena
#ayamkukustaucupedas



4. RESEPI SIAKAP STIM LEMON

Bahan-bahan untuk siakap stim lemon:
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 biji bawang besar
4-5 biji cili padi
1 biji tomato
Daun ketumbar
1 biji lemon (tambah lebih jika suka)
1 ekor ikan siakap
Sedikit garam
2-3 sudu besar sos ikan
3 sudu kecil tepung jagung
Sedikit air
1/2 kiub ayam
1 1/2 cawan air

Cara-cara untuk siakap stim lemon:
Cincang kasar bawang putih, bawang besar, dan cili padi manakala cincang halus halia secara memanjang. Kemudian, potong tomato.
Hiris halus sebiji lemon untuk dijadikan hiasan dan sebiji lemon lagi diperah jusnya untuk dijadikan kuah ikan siakap stim.
Bersihkan ikan dan kelar kedua belah bahagian ikan siakap tersebut.
Didalam bekas kukus, gaul ikan dengan sedikit garam dan masukkan 2-3 sudu sos ikan serta serai kedalam ikan.
Taburkan kesemua bahan cincang kasar dan halus serta tomato dan batang ketumbar.
Bancuh 3 sudu kecil tepung jagung. Masukkan kiub ayam kedalam bancuhan tepung dan gaul sedikit. Kemudian, tuang kedalam bekas kukus. (bancuhan tepung jagung adalah pilihan ya. Nak letak boleh, tak nak letak pun tidak mengapa).
Masukkan air, perahan jus lemon dan tambah sedikit lagi sos ikan.
Kukus ikan dalam anggaran 15-20 minit.
Buka tudung pengukus dan hias dengan hirisan lemon. Selepas itu, sambung kukus lagi 5 minit.
Setelah siap dikukus, taburkan hirisan daum ketumbar dan cili merah untuk kelihatan lebih menarik. Kemudian, ikan siakap stim lemon sedia untuk dihidang.

CheNom




5. RESEPI SIAKAP STIM LIMAU

.
Bahan-Bahan:
*1 ekor ikan cuci bersih2
Bahan2 hiris
2 inci Halia
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1/2 batang karot
1 biji Cili besar
Cili padi 5-6 biji
2 keping Asam keping
2 biji limau nipis
3-4 biji asam boy
1-2 sudu sos tiram
1 biji tomato
Gula & garam secukup rasa
.
Cara masak:
1-Rebus saja bahan2 hiris kecuali cili padi, tomato dan limau nipis
2-kemudian masukkan ikan..perahan limau, sos tiram gula & garam secukupnya tutup periuk hingga ikan masak
3- keluarkan ikan sahaja asingkan dulu letak dlm bekas
4-teruskan masak kuah..masukkan tomato, cili padi dan daun sup..
5- kuah yg panas2 tadi tabur terus atas ikan..siapp
.
Kredit : Amy Huszainie



6. RESEPI IKAN SIAKAP ALA THAI

Bahan-bahan :
Seekor ikan siakap
2 biji limau nipis
1 batang serai
5 hirisan halia
3 tangkai cili kecik merah
3 tangkai cili kecik hijau
5 ulas bawang putih
1 batang daun ketumbar
Setengah kiub pati ayam
Sos ikan

Cara-cara (untuk ikan)
1.Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badan nya
2.Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan
3.Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir
4.Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.

Cara masak (kuah stim ala Thai) :
1.Cincang bawang putih secara kasar
2.Gorengkan bawang putih yg telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan - kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim
3Padamkan api kuali lansung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
4.Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.
5.Kacau kuah sehingga sebati.

Langkah terakhir :
1.Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.
2.Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selema 3 minit.
3.Sedia dihidang.

Zurina Zulkefli



7. Resipi Ayam Kicap Stim
Ayam kukus kicap ringkas je harini. Pedas skit, halia, lada hitam, cili padi. Pastu limau kasturi hiris² halus. Masam, masin, manis. Makan dengan nasi air, telur dadar ngam sangat ni 
Ringkas je cara sy. Kuantiti bahan ikut sesuai selera ye

1. Ayam bahagian peha penuh, cuci bersih, sy buang tulang dan toskan

2. Hiris halia & bawang putih. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang putih & halia sampai naik bau. Sy tumis smpai dia brown. Angkat & ketepikan.

3. Masukkan ayam dalam minyak, biar dalam 1-2 minit, kemudian terbalikkan ayam biar masak sisi satu lagi tu juga dalam 1-2 minit. Api besar hati², letak penutup sbb nnt ayam meletup². Jgn lama nanti hangus.

NOTA : nak terus kukus boleh, tp sy lebih suka aroma tumis tu.

4. Sediakan mangkuk, masukkan garam, kicap manis, sos tiram kalau suka, minyak bijan, lada hitam, chicken seasoning, kacau sebati & perap ayam sekurangnya 30min. Nak letak kicap masin skit pun boleh. Sesuai selera ye.

5. Panaskan air kukusan, kukus ayam sehingga masak.

6. Dah masak, angkat & hiris ayam menjadi kepingan, tuang kicap manis skit di atas nya. Hiris cili padi & buah limau kasturi kemudian tabur atas ayam.




8. RESEPI BAWAL STIM ALA CINA


Bahan-bahan:
Ikan bawal (dibasuh bersih)
Halia (dipotong nipis)
Batang daun bawang (dipotong bulat)
Cili padi(dipotong bulat)
Bawang putih (dimayang dan digoreng hingga keemasan)
Bahan sos:

2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
Cara-cara:
Kukus ikan bawal bersama halia selama 5 minit.
Tuangkan bahan sos ke atas ikan.
Hiaskan dengan batang daun bawang,cili padi dan bawang putih.
Sedia untuk dihidang."



9. Ikan Kerapu Kukus Chinese Style 
Hujan2 best betui pekena ikan lagu nie Versi Abg Remy
Bahan-bahan kukus ikan
-1 ekor Kerapu Dara dimandikan
-1 ketul halia muda, dihiris nipis
- serai sebatang kara
-lada putih
-garam
£-ratakan pada ikan lepas tu kukus

Bahan bahan sos
-sos tiram 3 sudu makan
-kicap manis/masin 2 sudu makan
-minyak bijan 1 sudu makan
-minyak bawang putih
cincang(ampa tgk kat tesco ada
-letak air sikit kacau siap2

Bahan bahan tabur diatas ikan
-cili padi & cili merah dicincang
-daun bawang/daun ketumbar/daun
sup potong halus

Bahan last
-minyak masak dlm 5 sudu besar panaskan
-Saya guna minyak bunga matahari
ikut ja ampa nak guna minyak apa
pon takpa

kaedah masak
-ikan yg siap dikukus dgn bahan first tadi tue.
-tuang sos tue lepas angkat ikan
dari dapur
-tabur semua bahan yg dipotong tadi
-last sekali panaskan minyak tuang
atas ikan pelan2..
- settle



10. Resepi Stim Ikan Simple Special
Stim ikan jadul nih sangat simple, mudah dan enak
.
Bahan :
300 gr ikan kerapu/ikan apa saja yg segar
80 gr jahe
3 siung bawang putih
6 cabe rawit
akar ketumbar

Saus campuran:
1 sdm sos tiram
1/2 sdm saus ikan

Cara :
1. Bersihkan ikan
2. Cincang halus semua jahe, bawang putih dan cabe rawit, letakkan di atas ikan.
3. Siram saus campuran ke atas ikan
4. Stim dgn air yg sudah mendidih dan api besar selama 15 menit atau masak, angkat dan sajikan. (waktu stim tergantung berat ikan)

Tips :
Untuk mengetahui ikan sudah masak atau belum, coba check tusuk dengan sumpit, bila dagingnya lekat di sumpit berarti belum masak.
.
By @dadatastes




Hari ni sya nk share resepi 
Yg ni dah masuk kali ke 2..lulus kata juri2 kita smlm..dorang ckp mcm mkn dkt kedai masakan tha

11. Ikan Masak Stim AsamBoi

Bahan A
Ikan(kerapu,kakap/apa2 jenis ikn sedap utk dimasak stim)
*Sos tiram(agak2 je utk saiz ikan)
*Tepung jagung 1sudu (bancuh dgn air masak..agak2 kepekatan tepung)
(perap dlm 15minit bersama ikan korang nak stim tu ha/sementara tunggu air kukusan tu mendidih)

Bahan B
*Bwg besar 1biji
*Bwg putih 3 ulas
*Cili padi 6biji(nk pedas letak byk2)
*Halia 1inci
*Sos Ikan 1sudu(xde xpe..masih sedap)
*Serai 3batang
*Asam limau 1biji(suka masam blh tmbh lagi)
*Daun ketumbar(masukkan skli dgn akar tau)
*Kiub pati ayam 1kiub
*garam secubit je
*gula 1sudu besar(klu nk manis2 lebihkn sikit)
*ajinamoto(xsuka xyh letak)
*air masak 1cwn
Potong halus semua bahan B ni..sebatikan dlm bekas..try test sndri lah rasa mcm mana(bagi yg cuti puasa blh try2 dulu)

Bahan C
*Lemon 1biji(potong nipis)
*Asam boi 6/7 biji
(Xde lemon asam limau pun blh

Cara2
1) Didihkan air kukusan(yg ni part mula2..kang lmbt pulak masak ikan ni
2)Perap Ikan bersama Sos Tiram+tepung jagung..ketepikan 15minit
3)Masukan semua bahan B ke dlm bahan A(ikan tadi)..kukus selama 30minit
4)Masukan bahan C(lemon + asam boi)..kukus lagi selama 10minit
5)Siap blh dihidang mkn panas2

*Sorry gaiss ni gmbr sblm masukan lemon + asam boi..xsmpt nk ambik gmbr gais ngam2 timing org azan smlm..terus ceduk dlm pinggan
*gmbr kat bwh ni sya gandakan 2 resepi ni sbb masak 2 ekor ikan
Selamat mencuba

#makjemahkitchen



12. Sotong Stim Ala Thai

Serious meme setmu kena cuba resepi Sotong stim ala thai nie
Makan sotong stim nie dengan sos atau kuah dia pedas pedas masam masam meme boleh membangkitkan selera.
Kongsi resepi (Google)

--------------------------------
BAHAN-BAHAN
----------------------------------

1) 5 tangkai cili padi (ats masing)
2) 4 Ulai Bawang Putih
3) 3 Tangkai Akar Daun Ketumbar (dibersihkan sepenuhnya)
4) 1tbsp Gula
5) 1tbsp Sos ikan @ kicap sotong
6) 3 biji Limau nipis (jus sahaja)
7) 1/2 biji Limau nipis (isis dipotong dadu)
 ï»¿ï»¿3 Tangkai daun Ketumbar dihiris halus

Sotong Steam
1) 4 Ekor Sotong (saiz sederhana besar)
2) 2 Batang Serai
3) 1Inci Halia
4) 15 Helai daun Limau purut

------------------------————-
CARA MASAK
---------------------------------

1) Stimkan sotong di atas semua bahan
2) Tumbuk cili padi, bawang putih, akar daun ketumbar sehingga hancur.
3) Campurkan dengan semua bahan yang lain.
4) Siramkan sos ke atas sotong yang telah di stim

Sedia dihidang kan!
Kredit Gambar :
Cookpad



RESEPI: IKAN TEMENUNG STIM

BAHAN:
.ikan temenung
.bawang putih potong nipis
.serai dipotong serong
.halia dipotong memanjang
.kiub ayam
.serbuk lada hitam
.aji namoto
.gula
.garam
.air
.cili hidup

CARA MENYEDIAKANNYA:

Gaulkan bahan2 tadi dgn air hingga sebati. Kemudian dituang diatas ikan.

Perap selama 2-3 jam utk rasa sebati. Lebih lama lagi sedap.

Kemudian stimkan dalam periuk pengukus selama 15 minit mengikut kuantiti ikan.

SELAMAT MENCUBA

Kredit: Empunya Resepi



Aumss.. Sungguh menyelerakan
Selamat Mencuba
 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post