14 Kostum Peserta The Masked Singer Malaysia Musim 4 (2023/2024) Siapa Di Sebalik Topeng?

Rancangan The Masked Singer Malaysia Musim 4 (2023/2024 akan kembali menemui penonton setiap hari ahad bermula 17 disember 2023 jam 9.00 malam di saluran Astro Warna (CH107) dan strim online di Astro Go.

 

Senarai peserta The Masked Singer Malaysia (TMSMY) 4


The Masked Singer Malaysia dengan tagline "Siapa di sebalik topeng?" telah menyenaraikan seramai 14 peserta selebriti bakal bersaingan dalam program The Masked Singer Malaysia 4 ini yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti televisyen, atlet sukan serta pempengaruh media sosial.

1. Teratai
Kembang cantik, simbol kesucian dan kebijaksanaan & tumbuh meliar di kawasan paya.


2. Kak Cat
 
Nakal, malas, suka tidur tetapi cergas & tangkas.

 
3. Ikan Emas
Cantik, aktif, mempersona, pandai berenang & mewah


4. Bunga Matahari
Ceria, bersinar, positif & simbol kebahagiaan.


5. Biskut Aiskrim
Biskut lagenda, warna-warni, fesyen retro, kegemaran kanak-kanak


6. Pom Pom Kin
Bertenaga, bermanfaat, unik & simbol keceriaan


7. Duo Cili Padi
Berbisa, menyengat, pedas berapi & popular dengan orang ramai.


8. Bawang Putih
Hati suci, versatil, cukup sihat & berkhasiat.


9. Mat Helang
Pahlawan handal, sayap lebar dan kuat & lambang kemegahan.


10. Roti John
Popular dan viral di Malaysia, makanan simbol budaya, lazat & pandai bergaya.


11. Sang Kancil

Kecil tapi licik, bersifat kemanusiaan & melindungi yang lemah.


12. Abang Jagung
Rambut lebat dan subur, ceria, penyabar tapi ada batasnya & pemanis pilihan.


13. Musang
Karakter popular filem klasik, si pencuri bulu & aktif di hutan.


14. Putera katak
Simbol cerita dongeng, putera lilin & ‘cool’ serta ceria

 
Buat pertama kalinya juga program ini akan memperkenalkan pasangan duo iaitu kostum cili padi dan roti john.

Kostum peserta The Masked Singer 4 dinaik taraf dengan menyelitkan elemen flora, fauna dan kepelbagaian makanan tempatan Malaysia dengan 14 kostum yang unik.

Barisan Juri

Juri tetap yang melibatkan sembilan orang personaliti dibarisi oleh Datuk Aznil Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah.



Waktu Siaran
Saksikan The Masked Singer Malaysia Musim ke-4! Mulai 17 Disember, setiap Ahad, 9 Malam di Astro Warna atau STRIM di Astro GO.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post